Tetamu Kehormat...

August 25, 2011

Dr Rosli Sudah Kena Serang!!!


Seperti yang dijangkakan sebelum ini. Dr Rosli yang merupakan ahli parlimen PAS yang secara terang-terang menyokong projek Lynas di Kuantan, Pahang bakal dikutuk dan dicaci oleh bloggers PR kerana kenyataannya dalam TV3 semalam. Memang sah - tidak sampai 24 jam, bloggers PR sudah mula menyerang Dr Rosli - kita tunggu sehingga esok, apakah tahap maki hamun mereka terhadap Dr Rosli dan apakah mereka akan menuduh UMNO telah merasuah Dr Rosli? Baca di sini...

1 comment:

Anonymous said...

Biasalah, Pakatan Rakyat hanya mempedulikan perkara yang memberikan keuntungan politik pada mereka saja, tak kisah benar atau salah, halal atau haram, berdosa atau berpahala, semuanya tendang ke tepi, janji kalau beri keuntungan politik, semuanya jadi baik, halal, mulia dan segala yang baik belaka walaupun perkara itu buruk, keji dan memudaratkan. Lihatlah, dalam isu video tak senonoh Anwar, Pakatan Rakyat kata itu tak boleh jadi bukti, besi, kena ada 4 saksi lelaki beriman, tapi bila mereka menuduh Perdana Menteri ada skandal dengan Altantuya dan Dr. Rais Yatim yang dituduh sebagai perogol, tak payah ada 4 saksi lelaki beriman, tak payah ada video, sampai orang yang dikatakan kena rogol pun terkejut dan menafikan dirinya dirogol, itu pun Pakatan Rakyat tak percaya, mereka tetapi percaya Perdana Menteri ada skandal dengan Altantuya dan Dr. Rais Yatim sebagai perogol. Inilah sikap Pakatan Rakyat, mereka akan buat apa saja untuk kepentingan politik mereka, hatta kebeneran pun mereka akan kuburkan dalam-dalam supaya tidak dapat dikesan oleh orang. Dahulu Dr. Hasan Ali jadi mangsa kerana hendak halang penjualan arak dan judi di Shah Alam hingga dipecat dari jawatan Pesuruhjaya PAS, kemudian beliau dimaki hamun lagi oleh pimpinan Pakatan Rakyat kerana hendak pertahankan akidah orang Islam berkaitan isu upacara keagamaan bukan Islam melibatkan orang Islam di pusat ibadat bukan Islam, sekarang Dr. Che Rosli pula dikecam dan dimaki hamun kerana menerangkan kebenaran. Puak-puak Pakatan Rakyat ini memang jenis pelik, mereka akan bangkang buta tuli dan sokong juga buta tuli, inilah sikap buta kayu puak-puak Pakatan Rakyat, fikir guna nafsu serakah sedangkan akal pemikiran dihumban ke tong sampah, ini semua kerana taksub dengan politik.