
KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Datuk Dr Hassan Ahmad meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya petang ini.
Anaknya, Aida berkata, Allahyarham dipercayai diserang sakit jatung dan menghembuskan nafas terakhir sekitar 2 petang tadi.
“Ayah saya tidak sakit apa-apa,” kata beliau kepada The Malaysian Insider petang ini.
Hassan yang ditemui The Malaysian Insider di rumahnya di 30, Jalan 22/49, Petaling Jaya ketika sambutan sambutan Aidilfitri semalam kelihatan ceria menyambut saudara mara dan rakan-rakannya.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok, kata Aida.
2 Ulasan:
Al-Fatihah.
Takziah kepada keluarga.
Semoga roh beliau dirahmati Allah SWT dan diletakkan bersama orang-orang beriman. Amin.
Kerja gigih beliau untuk memartabatkan semula Bahasa Melayu yang dilondehkan oleh UMNO didoakan dikurniakan oleh Allah dengan keampunan dan kerahmatan..
Post a Comment