Tetamu Kehormat...

August 1, 2011

Bersama Kita Berdoa Semoga Najib Selamat Menjalani Pembedahan

Marilah bersama-sama kita berdoa agar Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selamat menjalani pembedahan lutut kirinya esok dan meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri dengan penuh dedikasi dan cemerlang. Dalam bulan yang penuh kemuliaan ini, kuatkan berdoa, agar kita semakin hampir dengan-Nya. Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR 31 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mendaftar masuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan kecil pada lutut kirinya esok. Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa serta Norashman Razak, tiba di Wad Diraja HKL pada jam 10 malam.

Khamis lepas, semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lepas. Perdana Menteri berkata, pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan.

Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari. Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990. – Bernama

3 comments:

amieiezam said...

kalau naik "wilcha" esok pun ada sebabnya...tak perlu menipu

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

Aznan Isa said...

Kepada Dr yang bakal bedah lutut DS Najib, sila panggil juga pakar otak yang berkelayakan untuk memeriksa otak Najib kerana dia disyaki menghidap penyakit "Melayu Mudah Lupa".Dia sering melalut dan cakap "berputar-putar" sehingga ada rakyat yang suruh dia "diam".Sila teliti nasihat saya, kerana saya "sayang" sangat dengan PM.Sekian.