Tetamu Kehormat...

August 18, 2011

Apa Sudah Jadi Dengan Universiti Malaya?

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Universiti Malaya (UM) didakwa sedang mengalami krisis kemerosotan ilmuwan dan pakar berikutan peletakan jawatan 146 staf akademik sejak 2009 kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Naib Canselornya, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon (gambar). Mereka yang meletak jawatan melibatkan profesor, profesor madya, pensyarah dan ahli akademik dari pelbagai fakulti yang sudah lama menabur bakti dan berkhidmat di universiti itu.

Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM), Prof. Madya Dr. Azmi Sharom semasa mendedahkan perkara itu berkata, antara yang meletakkan jawatan ialah 52 orang dari Fakulti Perubatan, 12 dari Fakulti Perakaunan, 10 Fakulti Sains dan 8 orang dari Fakulti Kejuruteraan. Pada tahun ini sahaja, katanya, kira-kira 20 staf akademik meletak jawatan atas alasan yang sama.

"Berikutan itu, pihak pengurusan universiti telah melantik 576 pensyarah baru dengan 80 peratus daripada mereka dari negara lain seperti Bangladesh, Nigeria, Filipina, Sri Lanka, India dan Jordan.

"Pelantikan dibuat bagi tujuan penerbitan jurnal bahasa Inggeris demi mengejar rangking sehingga menganaktirikan pensyarah tempatan yang telah lama berkhidmat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Naib Canselor UM itu pernah mengeluarkan kenyataannya Mac lalu yang mengakui 'kegilaannya' meletakkan universiti tersebut dalam rangking 100 terbaik di dunia. Usaha tersebut bagaimanapun kurang berkesan kerana rangking universiti tertua di Malaysia itu jatuh ke tangga 207 pada 2010 berbanding kedudukan 180 pada 2009.

Azmi mendakwa Ghauth turut memperketatkan proses dan prosedur kenaikan pangkat dengan memfokuskan penerbitan jurnal yang tersenarai dalam pangkalan data ISI dan Scopus yang kurang memberi tumpuan kepada penerbitan dalam bahasa Melayu.

"Tindakan ini menjejaskan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tunjang pembinaan negara bangsa Malaysia.

"Beliau hanya memberi tumpuan kepada penerbitan jurnal antarabangsa tanpa mengira kualiti penyelidikan dan mutu jurnal semata-mata untuk mengejar rangking sehingga mengabaikan fungsi teras universiti untuk menyebarkan ilmu dan melahirkan graduan berkualiti," katanya. Ghauth dilantik menjadi Naib Canselor pada 2008 menggantikan Tan Sri Dr. Rafiah Salim.

4 comments:

otaklunyai said...

sejak bila m'sia mempunyai professor2 yg berkualiti???? hampir 99% professor2 dim'sia ini boleh dikategorikan sebagai professor kangkong... yg tidak menilai dgn ilmu yg kununnya penuh didada. namun kepentingan diri lebih menguasai maruah agama dan negara...

ajai62 said...

Assalam Bro

Itulah jadinya bila meletakkan orang yang salah di tempat yang penting. Memanglah hancur jadinya. Kerajaan kita sering melakukan kesilapan meletakkan orang yang salah ditempat yg strategik eg. GLC... tunggu sikit hari nanti semua GLC akan jadi milik orang asing

Hayee said...

MAAF. LUAR TAJUK.

DI BULAN YANG MULIA INI SEMASA KITA HENDAK MENYUAP MAKANAN KE DALAM MULUT SEWAKTU BERBUKA PUASA,CUBA FIKIR SEJENAK NASIB RAKYAT SOMALIA YANG MENGHADAPI KEBULURAN DI NEGARA MEREKA.

APAKAH YANG DAPAT KITA SUMBANGKAN?

HULURKAN DERMA SEBERAPA IKHLAS KEPADA GLOBAL PEACE MISSION YANG MENGENDALIKAN BANTUAN KEMANUSIAAN INI.SEMOGA DIBERKATI ALLAH. AAMIIN.

NO. AKUAN: MBB 5642-2161-1602

BIMB 14-023-01-002922-4

MymassaVoice said...

Bro...Dr. Azmi Sharom tu pro pembangkang.

Isu ni dibangkitkan sebab nak hentam Kerajaan.

Masalah UM bukan terletak pada pentadbiran tetapi lecturer dia kuat berpolitik kepartian. Bila dah popular, mula jadi calon pembangkang dalam PRU. Salah sorang yang kuat berpolitik adalah Azmi Sharom.

Kaitannya, bila kuat berpolitik kurang tulis jurnal. Kurang tulis jurnal, ranking U turun. Ranking U turun, salahkan NC.

Kangkong punya prof. Kalau aku jadi NC, yang kuat politik macam Azmi ni la aku buang dulu. Pemalas tulis jurnal tapi rajin tulis blog.

Nak tau pasal Azmi ni boleh baca di sini.

http://theunspinners.blogspot.com/2010/06/azmi-sharom-tiduri-dekan-untuk-dapat.html