Tetamu Kehormat...

August 2, 2011

Agenda Tersembunyi DAP Semakin Terselah

Semoga umat Islam di Malaysia kembali sedar apakah agenda tersembunyi DAP di negara ini. Orang Melayu, khususnya ahli-ahli PAS tidak pernah peduli akan hal ini. Yang mereka tahu hanya mengejar kuasa yang ada pada UMNO. Baca berita di bawah :

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Hasrat DAP untuk bertanding di kawasan majoriti selain Cina pada pilihan raya akan datang adalah strategi terancang parti itu untuk menguasai sedikit demi sedikit negeri yang majoritinya Melayu. Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu, Che Hamdan Che Mohd. Razali berkata, keberanian DAP itu juga didorong oleh keyakinan bahawa mereka boleh menggunakan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk melebarkan pengaruh.

"DAP berasa cukup yakin kerana mereka tahu Pas dan PKR tidak akan membantah bagi memperlihatkan kepada rakyat bahawa parti pembangkang ketika ini bersatu dalam ikatan yang kuat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berasakan sudah tiba masanya bagi parti itu meluaskan pengaruh dengan menjangkau seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Kit Siang dalam wawancara eksklusif bersama portal pembangkang MalaysiaKini itu turut menambah, ia adalah sesuatu yang baik untuk pembangkang meskipun mengakui mungkin terpaksa membuat 'keputusan yang sukar'. Che Hamdan menambah, DAP mungkin mendapat kebenaran daripada pemimpin kanan parti pembangkang lain dalam hasratnya itu namun bakal berdepan dengan tentangan hebat daripada ahli akar umbi.

Ini kerana kata beliau, kebanyakan penyokong Pas di Kelantan dan Kedah tidak memerlukan DAP kerana beranggapan parti itu lebih menyukarkan masyarakat kerana sikap pemimpinnya yang lantang membantah isu melibatkan amalan dan perlaksanaan Islam di negara ini.

Dalam perkembangan sama, pensyarah Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Lee Kuok Tiung berkata, keinginan besar Kit Siang itu ada kaitan dengan kejayaan DAP menguasai lebih kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, April lalu.

Kata beliau, sokongan pengundi terhadap DAP pada pilihan raya negeri Sarawak itu memberi kesempatan kepada parti berkenaan meningkatkan kuasa permintaan di kalangan parti pembangkang.

"Ada kemungkinan DAP berasakan mereka patut mendapat kerusi yang lebih pada pilihan raya akan datang termasuk di kawasan yang majoriti bukan Cina," kata beliau. Ketika ditanya mengenai penerimaan Pas dan PKR, Kuok Tiung berkata, adalah mustahil untuk kedua-dua parti itu membenarkan DAP bertanding di kawasan majoriti Melayu terutama di Kedah dan Kelantan.

"Apabila Pas dan PKR menolak, DAP boleh menggunakan alasan ini untuk membersihkan nama parti mereka daripada dilabel sebagai parti Cina semata-mata," katanya.

12 comments:

Anonymous said...

Jangan bimbang bangsaku, PAS ganti UMNO dgn constitutional pillars tidak terusik dan prinsip rule of majority dan majority rules tetap ada, ditambah lagi kemasaa affirmative action sebagai menegak keadilan yg kena pada tempatnya.

Anonymous said...

Biarlah DAP hendak bertanding dimana-mana tempat yang ia sukai.
Semangat anti-Melayu dan anti-Islam sudah sebati dalam jiwa DAP.

Biarlah lembu-lembu Melayu menjadi barua DAP. Inilah nasib Melayu apabila seruan untuk "BERSATU-PADU" tidak dihiraukan.

Beginilah nasib Melayu yang akan merempat dibumi Melayu dibawah telunjuk kafir DAP.

Anonymous said...

PAS sebuah parti yang penuh dengan angan-angan. Semuanya nampak hebat belaka. Tetapi apabila tiba masa perlaksanaan, nampak lebih bodoh dari cina kafir yang tidak pandai berbahasa Melayu.

KESIAN.....
KESIAN.....

Melayu lebih RELA menjadi BARUA DAP. Kita ucapkan selamat "MEMPERBODOHKAN DIRI DAN BANGSA SENDIRI". Minat Melayu kepada Bangsa sendiri dipandang sepi, cinta Melayu kepada KAFIR umpama "Irama dan Lagu". Inilah bangsa yang paling terkutuk didunia, malah tidak akan mendapat tempat yang selayaknya diakhirat kelak.

Anonymous said...

PAS ganti UMNO??? lupakanlah...PAS ganti bendera bolehla..nama jer parti Islam...tp setiap pemimpin mengalahkan yahudi bila asyik menyalahkan org lain dgn erti kata lain...pemimpim PAS mengangkat PAS itu sendri lebih dari ISLAM...

Anonymous said...

bukti umno bagi kad pengenalan kepada warga asing dan di jadikan mereka sebagai pengundi...hancur malaysia kalau begini....sudah pasti satu hari nanti akan penuh lah mesyuarat agung umno dengan minah endon dan mat bangla..seperti sekarang umno di penuhi oleh mamak belukang....
tak percaya baca sini dan sila semak no IC yg di beri dengan web site JPN..kemudian semak pulak dengan SPR...itu belum lagi yang ada dua IC....http://www.perisik-rakyat.com/2011/08/pru-13-misi-pertahan-kuasa-dengan-kod.html

pasulukinta said...

melayu (UMNO) perintah melayu 50thn lebih merempat dibumi sendiri. apa lah yang nak dibanggakan dengan melayu jual melayu

Anonymous said...

MCA saman Kelantan kerana sekat judi. MCA marah DAP kerana bagi projek kat melayu di Penang. Presiden MCAS cakap..what so great about Islamic values ? masa by-election Tenang. Fikir-fikirkan lah..sekarang bukan zaman parti menjadi lubuk duit, tapi wadah idealisma.

Anonymous said...

salaaah bukan Pas ganti Umno, tapi DAP ganti Umno signifikan - parti utama membuat keputusan.

wey pengundi hantu tu isu lama, brapa kali mau renew daaaa fitnah tak abis.. mmg PR dasar penakot. takot kalah! org kalau gigih menjaga kebajikan rakyat, tak cuak dgn semue ni..

Anonymous said...

anon9.45
sapa yg berkuasa dlm BN? Umno ke MCA?
kaum cina kini jelas tak sokong MCA, Dlm BN pun jadi liabiliti takde sokongan. kadang kita kena berhati hati dlm hal ini kaum cina sebenar dah bersatu dibawah DAP, MCA hanya main peranannya shj takde powerpun.

Anonymous said...

Melayu akan jadilah seperti melayu padang rengas dekat kilang simen..dulu tanah kilang ilah malay rizab..kemudian di tukar status kemudia di beri kepada YTL...maka melayu kawasan tsb dapat habuk dan debu simen yg melekat di bumbung, tingkap dan menyesak pernafasan....hidup melayu...

DAP memang jahat bila bagi Singapore kepada LKY..jual air 1ribu gelen 2 sen beli balik 50 sen..bagi pulau batu puteh dan kini bagi stesen keretapi...kemudian dengan bacul nya takut nak buat jambatan atas tanah sendiri..

DAP juga jahat bila

zaminc said...

1malaysia yg diidamkn oleh PM akan direalisasikan oleh DAP.. apa salahnya.

Pewaris Wasiat said...

Pasulukinta...sebab mak bapak ko bukan Melayu kot...??? sebab ko kebulur hari-hari kot...tu pasal ko cakap Melayu merempat 50th...Melayu jual Melayu...Dasar Buta Akal lagi Jahil Marakab..(nak tahu Jahil Marakab..ko pegi mengaji...atau tanya sapa2 yg tau Agama)....Bodoh ..!!!