Tetamu Kehormat...

July 26, 2011

Warkah Asri Kepada Polis - Ini Jawapan Kita

Mantan Mufti Perlis, Dr Asri, memberi teguran kepada pihak polis dengan nada penuh berhikmah dan ingatan yang sangat ikhlas, tahniah saya ucapkan (baca di sini). Tetapi, Dr Asri juga jangan lupa dan alpa, bukan polis sahaja yang zalim dan jahat, tetapi mata pena yang ditulis oleh golongan cerdik pandai bergelar Profesor, Profesor Madya, dan Dr yang menghasut dan mengadu-domba agar rakyat bangkit dan mencetus huru-hara di negara ini juga boleh dikategorikan sebagai kezaliman yang sepatutnya dihentikan dengan segera.

Jangan dilihat kekerasan polis sebagai kezaliman - kerana itu kezaliman yang tampak, tetapi kecil kesannya - bagaimana pula dengan kezaliman yang tercetus hasil daripada tulisan ulama-ulama su' (jahat) yang mengadu-domba dan menghasut rakyat agar saling membenci sesama kaum muslimin, sehingga tercetusnya huru-hara dan ketakutan dalam masyarakat biasa? Siapakah puncanya? Polis atau si Penulis?

Ingat, kezaliman para penulis jahat termasuk ulama-ulama yang tidak amanah dengan ilmunya merupakan kezaliman yang maha hebat dan tidak tergambar lagi kerosakan yang akan berlaku dalam masyarakat, natijah daripada penulisan serta ideologinya. Asri seharusnya kembali meneliti apakah tulisan dan pandangannya selama ini benar-benar tidak mempunyai unsur kezaliman terhadap pihak lain?

Apakah manusia seperti beliau sahaja yang boleh dikategorikan sebagai mangsa kezaliman polis dan kerajaan? Apakah peserta Perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini tidak boleh dianggap sebagai melakukan kezaliman terhadap kerajaan dan orang lain? Apakah Allah hanya meletakkan beban kezaliman itu hanya untuk polis dan kerajaan semata-mata? Sungguh bacul kefahaman seperti ini.

Mengapa Asri tidak pula menghitung segala kerosakan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat terhadap agama, bangsa dan negara kita ini sebagai salah satu bentuk kezaliman juga? Mengapa istilah "kezaliman" itu hanya dilonggokkan kepada polis, SPRM dan kerajaan? Apakah fitnah, mengadu-domba, mencaci-maki, mengaibakan pemimpin kerajaan, mereka-reka cerita palsu dan mengkafirkan sesama Islam bukan satu kezaliman yang nyata dilakukan oleh puak-puak Pakatan Rakyat? Mengapa ini semua tidak termasuk dalam kamus kezaliman yang seharusnya difahami oleh Asri?

Ingatlah - Kezaliman sama sekali tidak boleh dituju kepada sesuatu golongan sahaja contohnya "polis zalim", "kerajaan zalim", "UMNO Zalim" - kerana tidak semua yang kita labelkan sebagai zalim itu benar-benar zalim. Umpamanya menuduh UMNO zalim, apakah semua ahli UMNO benar-benar zalim? Atau ia hanya akan menjadi tuduhan fitnah tanpa bukti? Menuduh "Polis Zalim" - bukan semua anggota polis itu berlaku zalim, maka perkataan zalim tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya seperti mana yang sering dilakukan oleh Anwar Ibrahim dalam banyak ucapannya!

Satu setuju dengan Asri yang mengingatkan polis perihal isu kezaliman, tetapi adalah tidak adil sekiranya rakyat disogokkan dengan fahaman bahawa kezaliman itu hanya dibebankan kepada kerajaan dan agensi-agensinya sahaja, manakala rakyat biasa seperti Asri terbebas daripada istilah melakukan kezaliman. Mengadakan ceramah agama tanpa tauliah merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang yang digariskan oleh kerajaan negeri Selangor. Maka mana-mana rakyatnya yang tidak mengikut undang-undang tersebut, boleh dianggap sebagai menentang penguasa/pemerintah yang diharamkan oleh Islam. Dan merupakan perbuatan yang salah, seandainya si penceramah yang ditahan tersebut mula menghasut rakyat agar bersama dengannya dengan alasan kononnya pihak kerajaan telah berlaku zalim terhadap dirinya. Padahalnya yang melakukan kezaliman adalah berpunca daripada dirinya sendiri!

Sesiapa sahaja yang melanggar lampu merah di jalan raya tetap dikira melakukan kezaliman terhadap dirinya dan jika berlaku kemalangan, maka dia dianggap melakukan kezaliman terhadap orang lain pula (dua kali zalim). Ramainya orang yang melanggar lampu merah bukanlah tiket yang menghalalkan perbuatan tersebut. Ia tetap perbuatan yang salah dan berdosa. Sebagai contoh, walaupun Asri mempunyai PhD dalam bidang agama dan seorang pensyarah, tetapi itu bukanlah lesen besar untuk beliau memberikan kuliyyah agama tanpa memiliki apa-apa tauliah yang telah disyaratkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Dalam hal ini, JAIS dan polis tidak boleh dituduh zalim, kerana kezaliman itu sebenarnya datang daripada diri kita sendiri, kerana kita sendiri tidak mahu mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Janganlah dendam lama kita gali semua dengan coretan yang baru. Perhimpunan Bersih sudah dikatakan tidak boleh, mengapa masih berdegil juga, maka, polis tidak boleh dituduh zalim, kerana yang zalim pada asalnya adalah diri kita sendiri, maka kezaliman itu akan kembali kepada kita semula.Wallahualam.

16 comments:

hilbert said...

Salam saudara,

benar sekali dan saya setuju sanagt dengan peringatan yang ditujukan khas kepada Dr. Asri ini.. sudah banyak kali dia membuat kenyataan yang mengelrukan dan dia harus ditegur selalu agar jangan alpa

Anonymous said...

polis tlg check ..manakah sebenarnya kiblat si maza ini

~ Cik Azz ~ said...

Umpama menarik rambut dari tepung..

Kalau dah tak pandai nak tarik rambut tu secara berhemah, biar aje si musang berjanggut yang melakukannya.. :)

j3bat said...

Kenapa Dr Asri tak tegur, si penipu, pelakon dlm bersih tu. Mereka ni yg membuat polis nampak zalim.

Fathul Bari kena tarbiah Dr Asri sikit, jauh tersasar dah nie, bekas idola ku itu.

Anonymous said...

Saya salahkan DS Najib cakap tak serupa bikin..dayus ...dah bagie pilihan buat kat stadium lepas tu tak bagie buat pula kat situ....arah pengurusan stadium tak nak bagie kebenaran sebagai alasan nak cover kesilapan beliau terlepas cakap..ini akan lebih membuat rakyat lebih marah...patut kah tuan blogger pemimpin seperti ini menjadi contoh.......

Anonymous said...

ini apa pulak cerita pasal hal stadium. Banyak orang kita tak faham tajuk dan hujung pangkal cerita. kalau nak cerita pasal najib dan stadium tolong buat tajuk lain.main hembus jer...

Anonymous said...

dr asri tak pandai nak tengok cermin atau tak kenal cermin. dia tak dapat nak lihat diri sendiri. apa yang dia tau ialah melihat orang lain. dia pakai apa yang dia nampak dan lihat. mata dan telinga orang dia tak pakai. mungkin dia tak tau dia ada mata, telinga, lubang hidung mulut busuk dan jerawat. dia lihat rupa orang tak cantik pasal tak serupa dengan dia yang tak punya mata, telinga lubang hidung dan sebagainya. sapa la boleh ajar dr asri mengenali cermin. boleh suruh dia tengok diri dulu.

Anonymous said...

salam semua
tak perlu cari kesalahan sendiri, tapi carilah kesalahan orang lain. sebab itulah di kelantan masjid digunakan untuk mendedahkan dan menyatakan kesalahan orang lain

AnaQarbana said...

Tahniah dan terima kasih Dr....
apakah Polis sahaja yang akan dibicarakan di hadapan rabuljalil..bagaimana dengan diri Dr sendiri..
bagaimana dengan DSAI, Hj Hadi, Nik Aziz..Ambiga...apakah tokoh-tokoh ini tidak di hisab di depan Allah swt...apakah mereka maksum..apakah mereka sedikitpun tidak melakukan kezaliman...apakah yang menjadi Polis manusia dari spisis mana.....sebagai tokoh agama yang berwibawa, Dr sepatutnya memberikan hujah bernas yang seimbang yang tidak sedikitkan pun menjurus kapada usur-unsur kezaliman dan fitnah...nyata sekali...dalam usaha Dr untuk memperbaiki diri Polis supaya tidak zalim dan Polis akan berdepan dengan Allah swt...Dr sendiri telah melakukan kezaliman melampau dengan memberikan pandangan yang berat sebelah, kerana Dr memberikan ulasan berdasarkan pandangan sebelah pihak ...Dr tidak ada bersama Polis semasa demo berlaku...Dr hanya jadi penonton yang entah di mana duduknya....memang mudah mengkritik...memang sukar melaksanakan tugas untuk memuaskan hati 28 juta rakyat malaysia...ingat Dr...Hujan pun salah,.....panas pun salah...bila berlaku hujan panas lagi besar masalah.....Dr mungkin lebih arif ..tetapi Dr juga telah melakukan kezaliman....

Anonymous said...

tegur tak kena tempat...tegur ada makna tu....dia sokong demontrasi haram ambiga ...tulis baik tujuan jahat....

Anonymous said...

Dia ni kalau mau bersuara pasal politik join saja mana2 parti politik kalu diteliti dengan cara beliau berhujah eloklah join DAP ada peluang jadi PM atau MB.

Anonymous said...

iyolahhh korg jerla yg bijak sgtkn...dr maza mane tau pape..lg2 tuan blog nie hebat giler..hebat menjilat org yg zalim..maklumla taun blogkn hafal quran...tp pelik gak dia x jmpe ayat2 dlm quran camne balasan bg org yg menyokong kezaliman...nk aku jelaskn sal kezaliman??xyahla kot...tuan blog kn pak ostad...lg tau kn...x jmpe ker dlm al-quran Allah bg tau tentang ulama bisu??org yg tau kefahaman tntg Islam n kezaliman tp duduk jgk dan membela jgk kezaliman...syabas dr MAZA krn menjadi ulama yg sbnr..bkn ulama pekak bisu..klu stakat org nk kata dr maza or x btl ke pape aku cume nk gelak n senyum jer..sbb aku dpt dah menilai mane yg btl n salah dah ngan kata2 korg diatas...nabi dlu waktu sebut benda yg btl n bersandarkn al-quran dlu pn rmai jgk org yg maki blk...yg xtau pape pn blagak nk bg komen jgk mklumla diaorg pengetahuan agamanye lg hebat dari dr maza lg2 tuan blog nie..wakaka...

Anonymous said...

Kerajaan BN yang perintah Malaysia dah lebih 50 tahun.Apa-apa berlaku baik ke, buruk ke, kena tanggunglah sendiri.Jangan harap rakyat nak puji selalu. Kalau kena tegur ke atau keji terima je lah. Kerajaan bukan maksum, tak ada salah langsung.Lain kali ingat-ingatlah kuasa tu rakyat yang bagi.perintah baik-baik.Kenapa dulu ramai orang sokong? sekarang ramai menentang?..LU PIKIRLAH SENDIRI..!!

mat said...

jadi betul la polis bertindak zalim???

Anonymous said...

Yang banyak menentang kerajaan ialah orang yang tamak dan tak tahu bersyukur..sentiasa tak berpuas hati. hanya pandai meminta...dan bagi ahli2 polirik biasanya mereka bertukar wajah apabila tidak mendapat habuan yang diidamkan.....apa pula tanggungjawab sebagai rakyat...sudahkah semua kita membayar zakat, cukai, menjelaskan pinjaman, membayar saman, tidak merosakkan harta awam , tidak terpengaruh dengan fitnah2 terhadap penguasa negara, patuh pada ulul amri,dsb, kalau belum melaksanakan maka kita rakyat ni pun zalim terhadap kerajaan..

Anonymous said...

dr maza ni kadang2 betul..kadang2 tak betul...tapi memberi ceramah agama tanpa tauliah dlm kes beliau dulu memang tak betul...peh tu marah kerajaan dan jadi tak betul sampai sekarang...