Tetamu Kehormat...

July 15, 2011

Syeikh Ahmed Tijani Mangsa Terbaru Ulama PAS?

Setelah begitu ramai ulama tempatan yang menyokong kerajaan atau UMNO "dibabi dan haramsani"kan oleh ustaz-ustaz tegar PAS, maka mungkin sudah tibalah pula giliran seorang pendakwah terkenal antarabangsa bernama Syeikh Ahmed Tijani Ben Omar yang akan menjadi mangsa terbaru untuk dimaki dan dicaci-maki oleh para ulama-ulama PAS, ekoran kenyataannya yang menyindir sikap segelintir umat Islam yang condong melakukan demonstrasi jalanan, khususnya di negara yang aman seperti Malaysia. Menurut Beliau, Islam tidak pernah mengajar umatnya melakukan demostrasi jalanan sebagai salah satu cara menyelesaikan apa-apa juga permasalahan. Islam adalah agama yang indah dan menjadikan musyawarah sebagai kaedah dalam menyelesaikan segala kemelut yang melanda. Baca berita di bawah :

JOHOR BAHRU 14 Julai – Umat Islam tidak seharusnya menyertai sebarang bentuk perhimpunan atau demonstrasi untuk menyuarakan tuntutan sebaliknya ia perlu disampaikan secara bijaksana seperti diperintahkan Allah. Pendakwah antarabangsa, Sheikh Ahmed Tijani Ben Omar berkata, jika wujud pihak yang merasakan ‘suara permasalahan’ mereka tidak didengari, maka keutamaan adalah mendengar ‘suara’ Allah dan pesanan Rasulullah SAW.

“Dengan nama Allah dan Rasulullah SAW, saya rayu umat Islam di negara Islam yang paling indah di dunia ini agar jangan keluar berarak di jalan raya menuntut apa sekalipun. Sebaliknya sebarang permintaan perlu melalui cara bijaksana seperti mana diperintahkan Allah.

“Jumpa ketua dan beritahu masalah untuk dibincang, inilah yang diperlukan. Tetapi kalau membelakangi pemerintah, sama dengan meninggalkan Allah, Rasulullah SAW, al-Quran dan hadis. Keluar ke jalanan dipengaruhi dan dipandu oleh syaitan,” katanya. Beliau ditemui selepas syarahan umum bertajuk Kuasa Penyembuhan Al-Quran Yang Menakjubkan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai dekat sini semalam. Sambung bacaan anda di sini...

8 comments:

Anonymous said...

Jangan la memperbodohkan ulama dengan tipu daya. Dah tu menggunakan kata-kata beliau setelah fahaman beliau dipesongkan untuk menghalalkan yang batil. Sesungguhnya perbuatan ini lebih teruk daripada orang munafik.

Secara amnya, kata-kata Syeikh Ahmed Tijani memang betul. Tapi adakah beliau tahu cerita yang sebenar?? Adakah beliau tahu dari awal lagi pemerintah dah bersifat defensif dan provokatif dengan kumpulan baju kuning.

Beristifar dengan banyak-banyak. Perbuatan ini teramat-amat jijik. Nauzubillah.

Pakcu Rantau Panjang said...

Salam buat tuan.

Dalam menerima sesuatu keadah mau pun pendapat(fatwa) kadang-kadang ramai diantara kita mudah bertaklik buta apatah lagi bila terlalu taksub dengan pandangan seseorang itu.

Apa lagi bila Islam diletakkan sebagai sandaran perjuangan hinggakan sanggup memperlekeh dan menepis pandangan orang lain seakan kita saja yang betul dan lurus.

Inilah satu agenda syaitan yang berjaya menyesatkan manusia tampa bertaubat kerana menyangka mereka sahaja pejuang Islam yang luhur tapi telah terlalu jauh dengan ajaran Islam dan sunnah yang sebenar.

Maka inilah bahayanya jika kita terlalu angkuh dan taksub maka orang lain semua tidak layak dipanggil ulamak apatah lagi menerima pendapat.Malah mungkin melibas kembali kata-kata sinis yang tak sepatutnya dilontarkan dari mulut orang yang beriman dan berilmu.

Pakcu sering doakan agar sentiasa diberi pertunjuk untuk diri dan umat ini..walahualam

Anonymous said...

Adalah amat tepat kata2 Syeikh Ahmed Tijani,sebenarnya dari sudut kepimpinan demontrasi tu pun kita dah tahu ianya bersifat jahat dan di pimpin oleh kafir lakhnat dgn sebab utama untuk memburukkan pemimpin beragama islam, jadi sepatutnya tiada alasan untuk kita menerima demontrasi ni sbg cara sesuatu yg halal..dan sepatutnya kita sedar siapa yg munafik..bertaubat la wahai rakan beersih yg beragama islam..

Anonymous said...

Kapada Anon 10.20 PM..
Si an_war pernah menggunakan pendapat ulama terkenal dari Mesir dalam hal peribadi nya ...tanpa memberitahu hal yang sebenarnya.

>>> your comment ...please?????

anti bohmau said...

ya! yb zul nordin diperalatkan nwar utk memberitahu sheikh yusuf alqadharawi bahawa dia difitnah sedangkan perkara sebenar nwar suruh tutup...apa hal lak?

Sheikh Ahmad Tijani datang sendiri ke Malaysia & melihat sendiri betapa aman makmur & harmoninya negara kita. silap kah pandangannya? jika tidak ada masalah, mengapa huru-hara yg mahu dicipta? tidakkah itu kufur nikmat namanya?

sebenarnya bukan pemerintah yg menyekat bersih tapi MAJORITI rakyat yg cintakan keamanan tidak mahu melihat negara kita menjadi spt negeri2 yg sentiasa bergolak di bahagian dunia lain.

jgn ingat hak kumpulan bersih saja penting. hak MAJORITI rakyat yg tidak mahu demo haram berlangsung bagaimana plak? apakah kami perlu diamkan saja? tidakkah kami juga mempunyai hak utk tidak bersetuju?

Anonymous said...

komen sikit pasal cincin dan gelang laki najib tuan punya blog

Anonymous said...

kalau dah pencacai pencacai juga puak UMporNO ni....

Anonymous said...

Saya tak pernah dengar nama ulama ni,entah dari mana datang nya saya tak tau.Sekarang ni terlalu ramai ulama jenis ni yg datang ke sebelah timur ni kerana dakwah mereka di negara sendiri tidak di hiraukan rakyat setempat.Lebih lebih lagi mereka ni hidup di zaman pemerintahan kuku besi di negara mereka,jadi di negara sendiri tak boleh beri nasihat atau perbaiki keadaan datang ke sini pula nak menjual ubat.Kita perlu ingat beberapa ramai Syeikh Alazhar yg menyokong Hosni Mubarak,sekarang apa jadi,mereka sudah serba salah kerana selama ni menyokong orang jahat.....kita seharusnya dengar para ulama sendiri kerana mereka lebih memahami keadaan setempat tidak kiralah ulama sebelah mana...kerana kita di berikan otak untuk menilai yg mana betul atau salah.Tak payahlah memanggil ulama luar ni yg mana kita perlu pula tanggung makan minum mereka di sini.Kita ambil contoh Kerajaan negeri Trengganu hendak mengambil IMAM dari SAUDI untuk menjadi imam sembahyang terawikh di bulan puasa .ni .....selama ni kita katakan ulama /rakyat berfahaman WAHABIAH dan sepatutnya di tangkap serta di halau dan kita hanya berimamkan mereka semasa di MEKAH semasa mengerjakan Haji kerana dharurat...jadi kenapa menjemput/membayar/menanggung mereka kesini pulak? adakah kita dalam keadaan dharurat /di negeri sendiri sudah mati semua ulama????...pikir pikirlkan lah wahai umat Islam sekelian.