Tetamu Kehormat...

July 17, 2011

Sampai Bila PAS Perlu Bertolak Ansur Dengan DAP? Zaman Perpecahan Bermula!

Tony Pua mahu menunjukkan taringnya atau mungkin juga taring DAP, bahawa mereka merupakan wakil masyarakat orang Cina yang mampu menunjukkan kuasa di negara ini. Dengan menyergah Azizan Razak, Menteri Besar Kedah, dan kemudian mengugut kononnya DAP akan keluar daripada Pakatan Rakyat - sekali gus menunjukkan hakikat bahawa, DAP tidak akan rugi apa-apa walaupun mereka tidak lagi bersama dengan PKR atau PAS. DAP - Sebenarnya tidak mempunyai cita-cita besar untuk menguasai Malaysia, mereka hanya mahu mempengaruhi sesiapa sahaja yang bakal memimpin negara ini agar mengikut telunjuk mereka, itu sahaja.

Mereka tahu, mereka tidak boleh menjadi Perdana Menteri dan mendominasi politik Malaysia, tetapi mereka merasa cukup dan memadai sekiranya "arahan" di sebalik tabir yang diberikan mampu mempengaruhi sesiapa sahaja yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia kelak - tidak kiralah Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Najib Tun Razak, atau sesiapa sahaja, yang penting apa-apa yang mereka perjuangkan akan dipenuhi oleh kepimpinan negara. Kita harus sedar percaturan politik DAP yang sangat licik ini. Baca berita di bawah :

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Meskipun wujud hubungan mesra dan kukuh, Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua mencadangkan partinya keluar perikatan tiga tahun Pakatan Rakyat ekoran isu penguatkuasaan penuh enakmen melarang operasi pusat-pusat hiburan di Kedah ketika bulan Ramadan. Pemimpin-pemimpin DAP membincangkan idea itu pada pemukiman mereka semalam, yang dilihat kemungkinan akan membawa kepada berulangnya perpecahan dalam kerjasama dengan PAS-DAP dalam perikatan Barisan Alternatif pada 2001.

Pua melahirkan rasa tidak puas hati menerusi Twitter semalam dengan berkata, beliau berpandangan DAP tidak wajar berada dalam Pakatan Rakyat jika keprihatinan dan kebimbangan pihaknya tidak diambil kira oleh kerajaan negeri dalam isu semasa ini.

“(Kami) tidak mahu jadi macam MCA atau Gerakan dalam BN,” kata wakil rakyat ini. Bagaimanapun ketika dihubungi The Malaysian Insider, Pua enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dengan berkata ia hanya pandangan peribadi, bukannya pendirian rasmi parti. Sambung bacaan anda di sini..

2 comments:

Abu Nawas said...

Dalam negeri yg majoriti Melayu seperti Kedah pun PAS masih tidak mampu laksanakan dasarnya, apa lagi dalam negeri yg dikuasai DAP dan PKR..PAS dah tak ada teloq ke...

Muhammad Azli Shukri said...

Tq