Tetamu Kehormat...

July 11, 2011

Pelukis Kartun Memfitnah Najib Dapat Anugerah Antarabangsa

Pelukis kartun pemfitnah dan pengaib no 1 negara, saudara Zunar, atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque dianugerahkan penghormatan antarabangsa atas segala jasa jijik dan kotornya dalam menghina, mengaib dan memalukan para pemimpin negara. Beliau menerima anugerah dalam bidang kartun editorial daripada Jaringan Antarabangsa Hak Kartunis (CRNI) yang berpengkalan di Amerika Syarikat pada 7 Julai lalu. Anugerah itu disampaikan dalam majlis tahunan di St Petersburg, Florida oleh Presiden CRNI Joel Pett. Baca di sini..


Maka - bersorak dan riang rialah puak-puak yang tidak kenal dosa dan pahala ini. Mereka ingat gambar-gambar kartun yang menghina para pemimpin UMNO itu boleh membawa pahala ke dalam kubur. Hakikatnya, gambar-gambar kartun yang dilukis dan dikelolakan oleh Zunar dan rakan-rakannya itu akan terus menjadi amalan kotor dan dosa yang mengalir tidak putus-putus sampai ke akhirat kelak, kecuali beliau berlutut memohon ampun terhadap para pemimpin UMNO yang dihina, disindir dan diaibkan melalui lukisan dan kartunnya selama ini. Sesungguhnya, anugerah yang diterimanya daripada puak Amerika itu sama sekali akan membantunya di alam kubur, sehinggalah beliau memohon ampun dan maaf terhadap semua individu yang dihinanya itu.


Zunar mungkin terlupa bahawa kartun-kartun yang beliau lukis dan kelolakan di dalam majalah Gedung Kartun di atas adalah contoh hasil kerjanya yang hanyir dalam menghina nama ayah Najib Tun Razak, mengutuk Rosmah Mansor dan menyindir para ulama yang menyokong UMNO. Apakah Zunar fikir ini semua bukannya dosa? Apakah semua dosa ini akan terhapus di hadapan Allah hanya kerana alasan, "Ya Allah aku lakukan semua ini kerana UMNO itu zalim, demi rakyat, demi pilihan raya yang bersih dan demi kebebasan bersuara" - Apakah ini hujah yang akan mempertahakan dosa-dosa si pelukis kartun di atas? Nauzubillah minzalik. Agaknya kita lupa kepada sabda Rasulullah yang bermaksud, “Menghina, mencerca, mencaci maki seseorang Islam adalah fasiq, dan membunuh orang Islam adalah kufur.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) dan dalam satu hadis yang lain, nabi bersabda, “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.” (Riwayat Ahmad dan Tirmizi). Renung-renungkan...

14 comments:

Anonymous said...

Dia orang tu kan masuk syurga... jangan ditegur bang, berdosa...

Anonymous said...

Kat dunia ni, sapa2pun bole bagi anugerah. Kat akhirat nanti, lain lak penilaian anugerahnya..

Sakit, beb..!!

Anonymous said...

biarkan kartunis2 hebat ni berkarya ikut acuan anuar ibrahim.kita yg waras jgn ikut rentak org mcm ni dan ingatlah ALLAH maha mengetahui akan segala2nya.semoga kita semua dirahmati oleh NYA.

Anonymous said...

tahniah.selamat berkarya. berkaryalah sampai krem.

Halalsurf Ahli said...

Mai tengok dalam http://www.halalsurf.com atau http://www.m.halalsurf.com adoii..

Anonymous said...

Telah nyata dan tetap wahyu dari Allah s.w.t.,

Wailul likulli humazatil lumazah...

Terjemahannya: Kecelakaan besar menunggu bagi tiap - tiap Pencela dan Pengumpat.

Bertaubatlah sebelum dikunjungi oleh Izrail alaihissalam.

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

Anonymous said...

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَاءَتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا وَجُنُودًا لَّمْ تَرَوْهَا ۚ وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا ﴿٩﴾

"Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan." (QS Al Ahzab : 9)

Anonymous said...

biarlah dia Allah mengetahui segalanya...........kita doakan dia supaya dia sedar apa itu fitnah dan menghina sesama hamba Allah..........

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

acad27 said...

Assalamualaikum,

Bila macam ni,terkena batang hidung sendiri,pandai nak cari dalil,cari hadis.

Berkenaan pentadbiran,ada peduli halal haram?hadis?ayat al-Quran?

TO'UGI said...

2x5

jack said...

puak pas nie kutuk gile ustaz kazim pendakwah tuuu, nie ke pejuang islam, takbir, hapuskan musuh islam yang bertopeng islam, takbir,

Anonymous said...

nama ZU ('babi' dlm bahasa cina), NAR ('neraka' dlm bahasa arab). sesuai kan nama yg dia guna tu??