Tetamu Kehormat...

July 16, 2011

PAS Tidak Pernah Menyesal

Inilah agaknya kesan tarbiyyah Islamiyyah PAS terhadap DAP - secara terang-terangan langsung tidak menghormati prinsip perjuangan PAS. Yang mereka tahu hanya satu, iaitu PAS perlu menghormati prinsip perjuangan DAP. Walaupun Islam itu baik untuk semua bangsa dan kaum, tetapi DAP tetap akan menolaknya. Untuk menyelesaikan masalah ini dengan mudah - salahkan sahaja UMNO/BN. PAS akan berkata, tengok inilah kesan daripada UMNO yang memerintah selama 52 tahun, orang Cina sampai sekarang tidak faham-faham tentang Islam. Padahalnya, UMNO telah memerintah Malaysia selama ini dengan penuh bijaksana, tidak perlu dikecoh-kecoh sehingga kaum lain benci dan tidak selesa kepada Islam, sebaliknya PAS yang bising sahaja lebih, tetapi isinya kosong, cara dakwahnya pun salah. Bertahun-tahun terpekik mahukan hukum Hudud, tetapi sampai sekarang Karpal Singh dan Lim Kit Siang tidak faham-faham. Baca berita di bawah :

KUALA LUMPUR 15 Julai – DAP hari ini meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap parti-parti komponen lain dalam pakatan pembangkang.

"DAP sedar mengenai keperluan pelbagai komuniti berbeza dalam negara dan akan berjuang untuk hak mereka, sebagaimana yang dilaksanakannya sejak dahulu, lama sebelum pilihan raya pada 2008 lagi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. Beliau berkata, DAP tidak akan mengetepikan prinsip-prinsip perjuangannya, dan menurutnya, parti itu berada di barisan depan sejak dahulu lagi, menentang hasrat Pas menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

"DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih penyokongnya.

“Sebarang keputusan kerajaan negeri tidak seharusnya menjejaskan kaum bukan Muslim. Sebarang undang-undang kecil yang mendiskriminasi kaum bukan Muslim adalah bertentangan dengan perlembagaan,” katanya. – Bernama

6 comments:

Anonymous said...

Islam itu Ad-Deen. Kadang2 kita menggunakan agama bukan untuk menegakkan jalan/tali kebenaran Allah swt. Sebaliknya menggunakan agama mentafsir ikut kepala otak sendiri yang akhirnya org yang taksub percaya bula2.

Bagi PAS yang konon tegakkan agama Islam, dengan DAP halalkan dan mengharuskan w/pun tidak boleh. Kalau dengan UMNO semua haram. itulah politik murahan.

Ingat semua negeri pembangkan x der maksit, judi dll..ada..klu itu pun x leh fikir dan selesai, mcm mana nak kutuk org.kuman depan mata x nampak.gajah seberang laut juga nampak..ketaksuban melebihi ilmu dan amal sebenar menurut ajaran Islam

Anonymous said...

jangan terkejut kalau PAS mengiakan saja apa kata DAPigs. masing-masing dah kena tarik hidung dgn sheikh al-jubury. buku negara islam yg haron din canang dulu pun tak tau dah campak ke mana

p.s: menarik juga buku free yg aku download tadi. memang betul rupanya
boleh dapat RM10 pada yg galak membaca

betul UMNO terer!! said...

UMNO memang terer.
selepas 50 tahun memerintah, PAS terus bodoh dan bahalol dlm pemerintahan ISLAM dan terus jadi KAFIR atas usaha UMNO.
tak caya? tengok la nik aziz bingai. dia masuk UMNO, lepas tu keluar terus gile.
anuwar? tak payah citer la.

Anonymous said...

anon 7:43,

orang bodoh dan gila tidak diperlukan dalam umno...

nik aziz memang bodoh sebab kuar fatwa tidak berlandaskan ajaran Islam sebenor...anwar memang gila dari dulu..gila kuasa dan nafsu serakah...

lagipun ideologi pas sekarang tak boleh pakai ..tak relevant..hanya menunjuk jalan ke neraka...

pas sebenarnya berdosa besar mempermainkan aqidah..memecahbelahkan ummah..melacurkan agama demi mejaga hati kafir dap..memfitnah..membohong..parti apa ni..sah parti hampas dunia akhirat...

Anonymous said...

Kepayahan & kesulitan mendaulahkan perjuangan Islam bermula daripada runtuhnya sistem khalifah yg dah mabuk dunia, tapi perjuangannya tetap diteruskan sehingga kiamat. Masakan payahnya perjuangan ini maka ambil pendekatan pragmatik letak urusan Islam hanya sekadar di peringkat jabatan atau di pinggiran saja. Inilah peluang media massa & jentera penerangan kerajaan pusat yg menjalankan tugasan messager kpd non-muslim.

Muhammad Azli Shukri said...

Tq