Tetamu Kehormat...

July 24, 2011

Nazri Aziz, Jangan Melampau Sangat!

Saya tidak tahu untuk menyatakan apa lagi terhadap Nazri Aziz ini. Walau apa pun hujah beliau, nampaknya menteri yang menjaga parlimen ini seolah-olah tetap mahu menyalahkan SPRM, sekali gus mahu menjadikan SPRM sebagai kambing hitam. Siapakah Nazri untuk menentukan sebab dan akibat hidup mati seseorang itu? Nazri dilaporkan berkata, "Kematian Teoh Tidak Akan Berlaku Jika Siasatan Ikut Standard" (baca di sini).

Apa hak Nazri untuk berkata sedemikian? Pertama - Nazri bukan Tuhan! Kalau sekali pun SPRM mengikut standard (SOP) dalam siasatannya, tetapi jika suspek benar-benar bersalah dan tertekan, lalu membunuh diri, maka apakah kita masih tetap mahu menyalahkan SPRM? Ambil contoh kematian Ahmad Sarbini Mohamed di bangunan SPRM, apakah Nazri mahu menunding jari kepada SPRM sebagai punca kematiannya disebabkan SPRM tidak mengikut standard siasatan?

Jawapan dalam soal ini sangat mudah - izinkan SPRM menyelesaikan kes rasuah Teoh sehingga selesai - jika sudah terbukti bahawa DAP dan Teoh terlibat dengan rasuah, maka kematian Teoh adalah disebabkan "dosa" diri sendiri dan bukan SPRM. Dengan kata lain, kematian Teoh tiada kena mengena dengan SPRM, sebaliknya Teoh yang tertekan dengan dosa rasuah yang dilakukannya sehingga sanggup membunuh diri sebagai jalan pintas menyelesaikan masalah! Mustahillah Nazri tidak nampak semua ini?

Kalau beginilah sikap Nazri, saya boleh katakan kematian Teoh tidak akan berlaku sekiranya DAP Selangor tidak terlibat dengan sebarang rasuah, dan kematian Teoh juga tidak akan terjadi seandainya tiada laporan rasuah dilaporkan kepada SPRM. Dengan kata mudah, kematian Teoh bukan berpunca daripada SOP SPRM yang salah atau tidak standard, tetapi kematian Teoh adalah berpunca daripada tabiat rasuah yang bermaharajalela dalam DAP! Untuk menutup malu, bunuh diri adalah jalan paling mudah bagi mana-mana manusia yang tidak beriman kepada Allah. Ada faham?

Cubalah semak kembali, sudah berapa banyak kes yang dikendalikan oleh SPRM yang menggunakan SOP yang sama dengan kes Teoh, ada kita dengar sesiapa bunuh diri akibat daripada tekanan siasatan yang kononnya tidak mengikut SOP SPRM? Tetapi, yang peliknya apabila kes seperti ini terkena batang hidung DAP atau kaum Cina, riuh satu Malaysia, seolah-olah SPRM jauh lebih hina daripada tahi anjing! Hanya orang yang bersalah sahaja yang sanggup membunuh diri, kerana itu penyelesaian paling mudah.

Sepatutnya Nazri mempertahankan SPRM dan bukan membuat kenyataan bodoh seperti di atas. Sekarang cuba Nazri jawab soalan saya, Altantuya tidak akan mati dibunuh di Malaysia sekiranya Najib tidak membeli kapal selam, betul atau tidak? Boleh terima soalan bodoh macam ini? Untuk Nazri, cukuplah DAP sahaja yang menjadikan SPRM sebagai kambing hitam, jangan ditambah lagi komen-komen hanyir seperti ini.

Bukan mudah untuk membuat sesuatu kerja dengan SOP yang standard, lebih-lebih lagi dalam kerja siasatan seperti polis dan SPRM - atas kertas nampak cantik SOPnya, apabila hendak dilaksanakan, cirit hijaulah jawapnya. Cubalah sekali sekala Nazri jadi pegawai siasatan, kita mahu tengok SOP yang macam mana digunakannya bagi mendapatkan maklumat daripada suspek.

Masalahnya sekarang, apakah Nazri sebagai menteri ada SOPnya? Kakitangan awam bukan balaci kepada menteri, bila-bila masa boleh dikambinghitamkan sesuka hati. Saya nak ingatkan Nazri agar menjaga hati kakitangan awam dan jangan mudah menyalah mereka ikut sedap mulut. Jangan sampai saki-baki kakitangan awam yang masih menyokong kerajaan ini berpaling tadah, buruk akibatnya. Wallahualam.

27 comments:

Anonymous said...

Berani kerana benar atau berani kerana wang?

Anonymous said...

betul tu, cuba bayangkan jika tindakan diambik kepada org yg bertungkus lumus memecahkan kedegilan cilaka tu, apa akibat nya.
awak tau tak sape makan rasuah. ooo tak de ye. nak minum apa ye. kalau tak de ape lagi, saya hantar awak balik.
lepas tu dok kutok kerajaan tak buat ape utk membentras rasuah.
cina ni mampus konon org kehilangan anak lah, org kehilang org tesayanglah, tapi
apa nak jadi anak2 org yg bededikasi utk menghalang gejala rasuah, bila bapak dia kena jail.
kalu bapak dia yg makan rasuah, anak malu pun terpaksa tanggung sebab bapak dia nak dpt cara senang, anak mewah dari harta haram, kena tindakan terpaksa terima sebab dosa yg dibuat.
ini bapak dia buat kerja utk mengatasi gejala yg sinonim ngan gomen apa perasaan dia. tak ke rugi segala usaha yg dilakukannya. lain lah memang dia gi cekik leher org tu. atau campak org tu kebawah. cina tu cilaka, bior mampus org cilaka tu, bior check semua harta dia, kalu ada bukti dari sumbar rasuah, rampas kan aje, bior mak bapak kelurga dia mampus pun, sebab selagi dapat dari cara salah tu, bior dorang menderita. kalu tak rugilah kita jadi org baik, yg mengikut undang2.

Anonymous said...

Nazri buat semua ni sebab nak cari pengaruh, especially dari non-malay sebab tu dia bawak si celaka keparat namewee tu ke parlimen...mana lah tau satu hari nanti boleh jadi PM...

Anonymous said...

itu semua cakap Politik...nak tunujuk atau nak ambil hati.. 1 bangsa lain mati 3 bangsa melayu di korban kan.. dia ingat..SPRM/PDRM semua kerja suka hati ke? semua buat kerja untuk kerajaan...siasat lemah kena tibai.. tegas keras sikit di tohmahnya.. buat apa era sejak dollah jadi PM .. semua salah...yg tak salah hanya aljuburi n the geng...Semua isu Polis/SPRM di Politikkan utk lemahkan kerajaan..itu aja.. ah dato kayu...tau lah kau org dollah..

Anonymous said...

aku pun heran...pergi balik pergi balik akhirnya pegawai sprm yg bersalah...yg makan rasuah yakni puak dapig ditatang tatang...apa nak jadi dgn nazri...peragai dia lain mcm sikit aku tengok...dulu dok bergaduh dgn tun mahathir....pesan aku jgn smpai org melayu meluat kat engkau sudahlah....apalh sgt jasa kau pd org2 melayu...cuba kau sebut..jauh langit dgn bumi kalau nk dibandingkan dgn tun contohnya.....

Melanau said...

ayat power abg Azli..

cayalah..aku kesian tengok 3 peg SPRM. Padahal mereka menjalankan amanah negara.sepatutnya Pak menteri/Bos SPRM membela mereka..ini Tak kamceng dengan DAP tibai 3 Org ni.aku rasa sedih tengok Pak Menteri kita cuba menyalahkan org lain demi kepentingan Politik sendiri.

mrsedapkl said...

oooooi nazri cina babi no bukan sorang2 nya sprm pernah disoal sisat dah beripi suspek di soal siasat tapi ade ke di org terjun bingunan bunuh diri?? cina babi ni bunuh diri sbb dia tau dia dah buat salah so dia ni tertekan bukan sbb cara sprm soal siasat dia tapi dia tertekan kerana dia dah buat sesuatu yg salah disisi undang2 itu sj sbbnya so nazri tolong guna kepala otak kau bkn kepala lutut sng2 nak salah2kan pegawai kerajaan yg menjalankan tugas

Anonymous said...

Rosak parti kerajaan disebabkan duri dalam daging like org mcam ni..hidup bagai lalang.. tapi dia cakap sedap mulut sebab sehingga kini belum ada tindakan untuknya.

Orang hina negaraku, pergi jumpa dia minta perlindungan selesai...apa semua ini..

Orang buat kerja bagus pun dikeji dihina apa semua ini.

Contohnya mudah: bila rumah kita dipecah masuk pencuri, kita perlukan polis, bila kita berpolitik kita kata mcam2 polis silap itu x betul/.kita jer betul.

renungkan..

usin said...

entah si nazri ni. kena ke tempatnya melalak mcm tu. ambik ati sapa? ckp mcm tuhan. liabiliti kasi buang...

Anonymous said...

Baik bubarkan saja SPRM ini ... termasuk lah pasukan polis kat Malaysia nih... Buat kerja macamana baik pun ... orang tetap tuduh bukan-bukan ... tegas salah ... tak tegas pun salah... Baik bubarkan saja... lepas tuh pakat-pakat ramai makan rasuah... buat demo hari-hari sampai muntah hijau.. tak dak sapa nak larang... tak dak sapa nak tangkap..

Anonymous said...

Parti Pembakang selalu kata Kerajaan CORRUPT tidak telus. SPRM mesti tegas bla..bla... Tapi bila SPRM serious menangani Rasuah dengan Berkesan lain pula ceritanya.

Sebenarnya mereka kalau kena Batang Hidung mereka dikatakanlah SPRM tak mengikut SOP.

To me Job welldone SPRM..and to DAP stop politicing on the death of TBH. Let him Rest In Peace. For those who have abused him in anyway that lead him to suicide will never sleep in PEACE.

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Terimakasih kerana bawa isu Nazri ini. Dah lama saya tengok perangai Nazri.

Nazri sebenarnya liability pada UMNO dan BN. Tak kan Najib tak nampak lagi. Diharap Najib tak simpan Menteri begini yang sebabkan orang benci pada UMNO.

Satu ketika dulu Nazri biadap dengan Tun Mahathir. Wartawan beranya pada Dr Mahathir pasal BTN yang difitnah Anwar dan Kit Siang. Sebagai Pm selama 22 tahun, pandangan Tun memang dialuk-alukan oleh setiap wartawan. Dr Mahathir berkata tiada salahnya kursus BTN.

Nazri pula tuduh Tun sebagai perkauman. Barangkali Nazri sengaja buat buat lupa pengaruh Tun terutama dikalangan orang melayu. Berperang dengan Tun samalah seperti berperang dengan UMNo sendiri. Jika Tun dianggap perkauman, habis buat apa Nazri sertai UMNO dan siap ada jawatan dalam Pemuda UMNO pula dizaman Tun.

Dan Nazri pula bersikap "double standard". dalam kes Namawee, siap dia kata tiada kes. Makin naik tocanglah budak kurang ajar ini.

Dalam kes Teoh, Suruhanraya Diraja juga cakap Teoh bunuh diri kerana tekanan perasaan bersalah sebab bekerjasama dengan EXCO perasuah.

Tak pun Nazri suruh SPRM siasat DAP yang jadi punca Teoh bunuh diri. Malah berani saya katakan DAP cukup lega Teoh mati. Rahsia tak terbongkar dan boleh fitnah SPRM pula.

Nazri kata "dia Malaysia baru Melayu" seolah olah perli Muhyiddin yang kata dia Melayu baru Malaysia. Nazri lupakah tiada siapa pun dikalangan ahli politik Cina yang anggap mereka Malaysia kemudian Cina.

Banyak kerosakan kerana Nazri ini. Dia dilihat angkuh dan terlupa bahawa dia disokong kerana mewakili UMNO. Cubalah bertanding sebagai wakil bebas . Baru tahu langit tinggi rendah.

Satu sikap pelik Najib pula ia suka sangat simpan Menteri yang berperang dengan orang melayu dan dirinya sendiri.

Anonymous said...

Salam Bro Azli, tqvm... botak ni memang dah lama melampau! kes TBH ni belum selesai lagi...pembangkang nak alih focus dari isu rasuah yg diamalkan. Botak ni bukan 'Melayu mudah lupa' tapi 'Melayu lupa dunia'!!

Anonymous said...

Aku orang melayu yang takde join mana-mana parti tapi aku memang lama dah meluat dengan Nazri dengan KJ tu yang nak jadi champion bukan melayu dengan cara yang menyakitkan hati orang melayu dan kakitangan kerajaan, rasanya ramai lagi melayu macam aku
Kalau dah terlibat dgn rasuah DAP kemudian pecah tembelang tak rasa bersalah ke? tak rasa tertekan ke? Kalau dia setuju jadi saksi untuk menyatakan kebenaran maka tiadalah begitu akhirnya. Dia dah ambil keputusan taknak menjatuhkan partinya, malu? tertekan? mungkin semuanya sekali tapi SPRM je yang jadi mangsa yang bersalah beri tekanan?

ril said...

AKU DAPAT SEPAK MUKA CILAKA NI MEMANG BEST,NAZRI NAJIS LEBIHKAN KAUM LAIN,,DIA NIE AKU RASA KALAU PEMBANGKANG MEMERINTAH NEGARA NIE DIA ORANG PERTAMA JADI ANJING LOMPAT PARTI,,,AKU DARI DULU BENCI DIA,CARA DIA,,MINTAK2 PM,ATAU TIMBALAN PERDANA MENTERI PECAT DIA,,AKU TAK KISAH KALAU DIA JOIN DAP,,SEBAB DIA MUKA MACAM KOMUNIS

Anonymous said...

nazri kamu lupa kamu sama macam kami kerja nak cari makan tanggung anak bini, mungkin nasib kamu baik kamu dapt jadi menteri,kalau peraturan yang sama digunakan tidak menyebabkan orang lain bunuh diri, kenapa si budak ni bunuh diri,.. tentu dia tahu dia bersalah,takut,tertekan dan mau jaga nama baik bos dan parti dia,ada rasuah dalam parti dia..puncanya rasuah dalam parti dia,.. sprm menjalankan tugasnya.

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

jan said...

mengapa DAP boleh lepas begitu shj, mengapa....mengapaaaaa......
mengakulah yg kita memerlukan tunjuk ajar Anuar Ibrahim, anuar the mastermind.

Hans said...

saya dari dulu lagi tak suka Nazri nih
cakap dia tak serupa bikin
dia nih kalau campak keluar dari UMNO memang tak ada parti mana pun nak ambil dia
sebab pengaruh atau aura dia tu membencikan orang
jadi harapan saya pada Najib silalah buang orang sebegini dengan segera...
tka campur dengan KJ lagi...
itu semua buat orang2 menyampah jer
:-)

Anonymous said...

nazri ni selalu dok ingat dia tersangat pandai bab undang2. tu boleh respek la pasal dia peguam. tapi bab soal siasat ni bukan tugas peguam. peguam punya soal siasat, orang salah pun dia bela, pasal dia soal siasat kat mahkamah. dia berpandukan orang tak bohong pasal dah bersumpah. tapi dia sendiri pun bohong jugak. so mana boleh pakai.

soal siasat orang yang disyaki hanya boleh dilakukan orang yang mahir dan memahami kes jenayah. macam cerita criminal minds. hanya mereka sahaja yang mengetahui apa yang ada dalam kapla otak penjenayah. kapla otak peguam ada ingat wang sahaja. dia mau menang kes sahaja. criminal mind tak ada. mana dia tau cara orang buat jenayah. dia pandai bela sahaja. tapi tambah baik ok la dengan cara merekod segala soal siasat. tambah duit untuk keselamatan.

Anonymous said...

SPRM tak salah. Yang salahnya kes berjuta-juta tak pulak siasat sampai orang terjun bangunan. Ini hanya kes RM2400 je...

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Selain Nazri, satu lagi Menteri yang memang patut letak jawatan atau digugurkan dari Kabinet ialh Hishamuddin.

Hishamuddin gagal sebagai Menteri dalam Negeri. Dan beliau, semua orang tahu, gagal dengan begitu teruk sekali.

Hishamuddin gagal kerana enggan laksanakan tanggungjawab. Beribu report polis dibuat oleh segenap lapisan masyarakat menentang BERSIh tetapi Hishamuddin buat tak peduli saja.

Hishamuddin diberi "talian hayat" oleh Yang DiPertuan agong sendiri. Baginda sendiri sudah cakap tak berkenan dengan benda benda tak berfaedah begini. Jika saya jadi Hishamuddin, dah lama Ambiga. Mohd sabu termasuk Tian chua, Ronnie dan Anwar masuk ISA.

Perkara yang dulunya tak mungkin terjadi kini terjadi akibat sifat lembut lemai Hishamudin. Orang persendakan "Negaraku", dia buat tak peduli saja.

Shamshul AMK Keadilan hasut nak jatuhkan Kerajaan di "jalanraya", juga tiada tindakan dibuat walhal ianya menghasut.

Mohd Sabu kini masih bebas walau terbukti memfitnah polis. Apa maknanya.

Kerana Hishamuddin lembik , maka orang munafik dan kafir ambil kesempatan. Dan orang Melayu rasa tempiasnya, Ugama mereka dihina dan mereka sukar bercakap pasal kepentingan bangsa sendiri kerana Hishamudin enggan laksanakan tanggungjawab menangkap puak yang "melanyak" Melayu.

Percayalah. Tidak akan ada tindakan pada pelajar Universiti yang sertai BERSIH. Lama lama orang pun malas bercakap kerana Menteri Pelajaran pun tak kisah VC tak buang pelajar.

Jadi dipilihanraya akan datang, nasihat saya pada pengundi "senggarang", jangan pangkah Hishamudin. Pangkah Hishamudin bermakna akan lebih ramai Namawee akan lahir dan menghina Melayu.

Muhammad Azli Shukri said...

tq

SiamangBukit said...

Rileks la bro. Ini semua retorik. Nazri Nak jam-kan pembangkang. Sebenarnya, tidak ada apapunboleh dibuat kepada pegawai SPRM kerana mereka ini memang jalankan kerja mengikut SOP.
Kalau mereka2 ini dibuang kerjapun banyak orang nak ambil depa kerja. CIA dan KGB menanti kepakaran mereka ini. Kalau ada orang macam En Ahraf dan lama mereka2 di Guatanamo bay dah bunuh diri kot.
Tak boleh salahkan SPRM kerana TBH hanya ada satu jalan keluar untuk jadi hantu di pilihanraya akan datang. SPRM Mesti teruskan sisasatn kerna ini hak kami, rakyat

Anonymous said...

nazri ni adakalanya bila dia bantai pembangkang kaw kaw..tapi banyak juga tindakannya yg menyusahkan BN..pasal kes TBH kalau la ikut standart pn tapi bila si TBH rasa dia terpaksa juga dedahkan penyelewengan boss dia kemungkinn bunuh diri tu tetap ada..so takde beza sangat pun sb jelas dalam hal ni penyelewengan berlaku dan TBH terpaksa dedahkan pada SPRM..itu sb dia bunuh diri..

Anonymous said...

SPRM tolong dedahkan rasuah DAP ni biar senyap mulut-mulut mereka.

Anonymous said...

Hey Nazri,mulut kau tu penuh dengan tahi anjing.Lebih baik kau diam kalau tak reti nak beri komen.