Tetamu Kehormat...

July 3, 2011

Mengapa PAS Takut Dengan Khutbah Jumaat Ini?

Para pemimpin PAS meloncat tidak tentu pasal apabila mendengar khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM untuk dibaca diseluruh Lembah Kelang baru-baru ini. Pelbagai tuduhan hodoh lagi hanyir dilemparkan kepada JAKIM, kononnya menjadi kuda tunggangan kepada kerajaan UMNO/BN.

Sekarang, soalnya ialah mengapa PAS begitu takut dengan khutbah Jumaat JAKIM tersebut, kalau memang benar mereka berada di pihak yang benar? Atau sebenarnya PAS bimbang rakyat dan umat Islam mendapat ilmu yang benar tentang bertapa besarnya dosa para pemimpin mereka yang gemar menghasut manusia agar huru-hara dan berdemonstrasi. Bahkan - sudah termaktub bahawa melakukan demonstrasi di jalanan adalah haram hukumnya. Namun, PAS tetap berdegil dan menolak hadis-hadis nabi yang melarang umatnya melakukan demonstrasi dan kacau-bilau.

PAS sebenarnya takut kalau-kalau rakyat yang selama ini mudah diperbodohkan oleh para pemimpinnya tiba-tiba tersedar daripada mimpi dan retorik kosong Nik Aziz dan Mat Sabu. Selama ini rakyat begitu mudah ditipu dengan jubah serta serban yang tinggi para pemimpin PAS, tetapi sejak akhir-akhir ini apabila kerajaan menyampaikan ilmu yang betul dan kefahaman Islam yang tepat, rakyat semakin hari, semakin sedar bahawa mereka hanya dipergunakan untuk meramaikan lagi peserta jalanan yang akhirnya merugikan diri mereka sendiri. Bacalah sendiri khutbah Jumaat yang disediakan oleh JAKIM di bawah - ada tuan-tuan jumpa perkara yang salah dan tidak betul? Jadi mengapa PAS mesti takut?

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan keimanan dan ketakwaan, kita beroleh rahmat dan keredhaan hidup di dunia dan di akhirat.

Mimbar pada hari ini akan membincangkan tajuk khutbah mengenai " Memelihara Nikmat Keamanan " .

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Dalam sejarah ketamadunan manusia telah menunjukkan betapa nikmat keamanan memberi sumbangan besar kepada kemakmuran dan kesejahteraan dunia. Keamanan bererti kita bebas dari segala bentuk ancaman yang menggugat keharmonian hidup. kita amat bersyukur bahawa negara kita berada dalam suasana aman dan damai walau pun pada ketika ini sedang menghadapai beberapa isu yang boleh mengancam keselamatan negara.

Dengan keamanan kita dapat melakukan urusan kehidupan dunia tanpa merasa takut, gerun dan dengannya juga boleh membawa banyak kebaikan serta rezeki kepada manusia dan negara. Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 112: Maksudnya: Dan Allah memberikan satu misalan; Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, tetapi penduduknya kufurkan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka telah lakukan.

Memelihara keamanan adalah suatu yang dituntut dalam kehidupan tanpa mengira anutan agama, bangsa atau keturunan. Sejarah telah membuktikan Nabi Ibrahim AS semasa meneroka pembukaan Mekah sebagai pusat ibadah dan tanah suci telah mendoakan agar Mekah dikurniakan Allah SWT dengan keamanan dan kemakmuran. Kita juga telah menyaksikan betapa rugi dan malangnya negara-negara yang dilanda kekacauan, persengketaan dan perpecahan.

Negara-negara berkenaan bukan sahaja ketinggalan dan mundur dalam aspek kemajuan dan pembangunan malah keselamatan hidup seharian pun sentiasa terancam. Justeru itu, Agama Islam menolak gerakan-gerakan yang boleh menghuru-hara keamanan sesebuah negara termasuklah gerakan pelampau. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada bersikap pelampau, maka sesungguhnya umat sebelum kamu telah dibinasakan kerana bersikap melampau dalam agama.” (Riwayat Ahmad).

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mutakhir ini kita dibimbangi oleh gerakan golongan pelampau yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Pilihan Bersih dan Adil. Golongan ini pada asasnya memperjuangkan kepentingan individu atau fahaman tertentu tanpa mengambil kira sensitiviti dan kepentingan awam. Dalam usaha mencapai matlamat perjuangan, golongan ini akan melakukan demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, mereka berarak ke hulu-hilir, berkumpul untuk bertindak ganas, merosakkan harta awam, melanggar undang-undang negara malah sanggup mencederakan pasukan keselamatan.

Apa yang paling malang lagi, golongan ini berlindung atas nama perjuangan hak asasi manusia, perjuangan politik, menggunakan media cetak dan elektronik, kemudahan internet dan meniru tindakan keganasan yang berlaku di negara asing bagi menekan dan mengugut pemerintah serta rakyat di negara ini dalam memenuhi tuntutan mereka. Mimbar ingin menegaskan bahawa tindakan golongan pengkhainat seperti ini merupakan satu tindakan yang zalim dan haram bagi umat Islam mengikutinya kerana cara ini sebenarnya satu tindakan yang boleh mencampakkan manusia itu di dalam kebinasaan serta mendatangkan keburukan, kegelisahan dan kesusahan kepada masyarakat.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 195: Maksudnya: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya

Mimbar ingin menegaskan bahawa sebarang bentuk perhimpunan besar yang berasaskan protes tertentu kebiasaannya akan mencetuskan pelbagai insiden yang buruk. Tidak kurang juga akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang bertentangan dan akan mencetuskan lebih banyak perbalahan serta konflik yang akhirnya mengakibatkan berlaku pertumpahan darah. Justeru, sebagai umat Islam yang cintakan agama, bangsa dan negara, maka kita dituntut agar tidak terlibat dalam segala bentuk perhimpunan yang boleh merosakkan agama dan keamanan negara.

Soal ancaman ini perlu di ambil perhatian oleh semua pihak kerana ia membabitkan masalah keselamatan negara. Sekiranya perkara ini tidak dipatuhi, maka akan hancurlah keutuhan bangsa yang boleh memusnahkan kedaulatan negara. Seorang ulama besar dalam mazhab al-Shafie, Abi Ishak al-Juwayni berkata: Haram melakukan segala perhimpunan yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada manusia dan negara.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,Anugerah keamanan dan keharmonian negara mestilah dipelihara dan dipertahankan dengan bersungguh-sungguh oleh seluruh warganegara. Islam menuntut bahawa cintakan keamanan negara sebagai tanda orang yang beriman dan bersyukur. Segala bentuk perjuangan mempertahankan keamanan dan keselamatan adalah sebahagian daripada ibadah dan tanda jihad kita di jalan Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Surah al-Anaam ayat 82: Maksudnya : Orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka dengan kezaliman, bagi mereka itulah keamanan dan merekalah yang mendapat petunjuk.”

Negara Malaysia adalah tanah air kita yang perlu dipertahankan. Di sinilah tempat kita membiakkan keturunan, membesarkan generasi Islam, menyuburkan syiar Islam dan menjaga kemaslahatan ummah yang kita warisi dari zaman berzaman. Oleh itu, sebagai seorang yang beriman marilah kita berusaha mewujudkan dan mengekalkan keamanan yang telah dikecapi selama ini. Jangan sekali-kali terjebak dengan demonstrasi yang dikenali sebagai “Perhimpunan Bersih ini”.

Jangan kita terikut-ikut dengan rayuan mereka dan jangan termakan budi dengan golongan yang tidak menyedari asal usul, tidak memahami adat budaya, latar belakang penduduk dan agama di negara ini. Mimbar ingin menegaskan bahawa sebarang tindakan yang boleh memporak- perandakan umat Islam dan negara akan diancam dengan hukuman yang berat oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: Mana-mana kumpulan berarak menuju ke arah pemerintah untuk menghinanya, maka Allah akan menghinanya sebelum hari kiamat ( Riwayat al-Bazzar)

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru jemaah dan seluruh umat Islam sekalian agar sama-sama kita menjaga keamanan yang dinikmat pada masa ini. Janganlah kita melibatkan diri dengan perkara-perkara yang boleh mengugat keselamatan negara kita. Ambillah iktibar apa yang telah berlaku di luar sana bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara terus berkekalan.

Marilah sama-sama kita berdoa kehadrat Allah SWT agar hidup kita ini dilindungi dari segala malapetaka yang boleh membawa kehancuran kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Ingatlah bahawa memelihara nikmat keamanan merupakan sebahagian daripada ajaran Islam iaitu agama yang membawa kepada keamanan sejagat . Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah an-Naml ayat 89: Maksudnya: Sesiapa yang datang dengan kebajikan maka ia akan beroleh yang lebih baik daripadanya, dan mereka akan beroleh keamanan pada hari kiamat


Sumber : http://www.islam.gov.my/khutbah-online

12 comments:

hafiz said...

Tamparan hebat oleh mimbar...

Muhammad Azli Shukri said...

betul kata tuan hafiz

Anonymous said...

masalahnya umngok ni yang takut hilang kuasa. mana logiknya himpunan sebegini boleh timbulkan huru hara. yang jadi huru haranya bila polis kuda tunggangan umngok yang buat hal. apa bezanya himpunan hari merdeka atau maulidurrasul? semuanya berarak di jalan raya juga. kenapa ada kategori halal dan haram?

Azli shukri sebenarnya bersuara seperti seekor katak yang berdiri di atas sebuah tempurung. Bercakap di atas dasar yang sempit. lagi hina daripada duduk dibawah tempurung.

Apa2pun saya bangga kerana media massa sebenarnya telah memainkan peranan menyebar luas lagi perihal himpunan BERSIH. orang sekarang lebih intelektual. dah pandai fikir yang baik dan buruk. Hanya makhluk terhina sahaja menggunakan kerajaan untuk kepentingan politik. Kerajaan untuk rakyat tetapi bukan untuk kepartian.

Hmm... boleh pulak guna mimbar utk kepentingan politik UMNGOK ye?

Shaifful said...

Hanya si pengecut atau dayus atau orang kata lelaki yang tak ada TELOQ jer yang gunakan nick anonymous ni. Hehehehe, dari sy yang pukul sana sini. Dua2 kalau salah kita kata salah. Kalau betul kata betul, x perlu memaki atau gunakan bahasa kasar.

Anonymous said...

anon 12.29
masalahnya Umno takut hilang kuasa?

Takut hilang kuasa untuk diberikan kepada siapa PAS atau DAP? Mampukah PAS memimpin DAP atau sekadar membontoti DAP/PKR sekiranya Umno hilang kuasa? Tolong berikan hanya SATU contoh pendekatan PAS(majoriti melayu islam) yang menjadi ikutan DAP(majoriti kafir harbi)/PKR? Nak tegakkan negara Islam? haha malas nak ulas...

mana logiknya himpunan sebegini boleh menimbulkan huru hara?

Come on Bro..Jangan ikut hukum logik kepala otak anda semata mata. Pihak berkuasa memutuskan sedemikian setelah mendapat maklumat risikan, analisis2 terhadap situasi semasa dan sebagainya yang sememangnya mereka(pihak berkuasa) mempunyai kepakaran tersebut berbanding hukum logik kepala otak anda semata mata.

Beza himpunan hari merdeka dan maulidurrasul berbanding Bersih?

lagi sekali.. Come on bro..Banyak bezanya bro..
perarakan thaipusam pon x pernah diharamkan. Perarakan sambutan hari kemerdekaan pun tak pernah menyusahkan peniaga2 orang awam malah menjadi tarikan kepada pelancong..Pernahkah saudara mendengar bantahan dari peniaga2 supaya membatalkan perarakan hari kebangsaan kerana menyusahkan mereka atau menjejaskan perniagaan mereka?

guna mimbar untuk kepentingan politik Umno?

Ini dah bukan sekadar soal politik bro. Ini soal keselamatan negara. malah sewajarnya mimbar digunakan untuk mengingati umat islam akan hal sebegini...

kalau pakatan rakyat nak gulingkan BN selaku pemerintah, gunakan saluran yang betul iaitu pilihanraya.(majoriti rakyat Malaysia masih memilih BN..terimalah kenyataan tersebut...)

shuib said...

Takkan ada amannya...takkan ada bersihnya perhimpunan itu. Percayalah!

Tamingsari said...

Syukurlah kalau kempen anti bersih ini dibawa ke mimbar Jumaat dan tidak hanya di dalam tv sahaja.

Ini membuktikan Islam amat melarang sama sekali cubaan atau aktiviti yang berunsur keganasan.

Tahniah Jakim atas khutbah yang membakar jiwa syaitan.

Shaari said...

bole pulak bandingkan dengan perarakan maulidur rasul & hari merdeka.. isy isyyy. refer entry:-

Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: “ Mana-mana kumpulan berarak menuju ke arah pemerintah untuk menghinanya, maka Allah akan menghinanya sebelum hari kiamat” ( Riwayat al-Bazzar)

maulidur rasul & hari merdeka tu hina pemerintah ke?

kalau rasa pilihanraya ni tak bersih, pulangkan balik negeri-negeri pakatan ye. menang tu pun pasal pilihanraya tau.

mohdhazim said...

bila khutbah jumaat di selangor menyibarkan fitnah dan fakta yang tak betul, ilmu sekerat2, boleh , tapi bila kerajaan nak beri nasihat dan pandangn yang betul kepada rakyat, salah pulak??? kuning punya otak. mmg orang mcm ni dah tak nampak betul-salah, hanya mereka sj yang betul. gi duduk kat pulau lg baik.

Anonymous said...

jangan jadi kacang lupakan kulit.dulu
puak-puak bersih kecil tak tahu apa,
bila dah senang hasil pemerintah buat
planing dan stratigy ekonomi.kamu
dapat nikmat aman, boleh sembahyang
dan lain lagi kau kata makihamun,racun fikiran orang...apa sudah jadi pak arab dok gaduh sama
sendiri..sekarang atau semua ini
kerja yahudi?

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Saya berada di SOGO ketika BERSIH 1 berlangsung. Saya tak perasan hari itu akn berlangsung perarakan BERSIH 1.

Di SOGO, saya nampak begitu ramai ahli BERSIH 1 bukan Melayu. Diatas jalanraya pula begitu ramai anak muda Melayu "berperang" dengan polis.

"Let the stupid Malays do our dirty jobs", kata seorang Cina pada saya tanpa menyedari saya Melayu( India Muslim).

KENAPAH anak muda Melayu begitu "TAAT" pada Ambiga, seorang wanita bukan Islam yang niatnya diragui. Segala nasihat dari Mufti, Sultan, polis, pemimppin seperti Dr mahathir ditolak mentah mentah.

Peringatan dan sabda Nabi bahawa BAGINDA benci akan orang yang terjerit jerit dan memberontak dipandang mudah.

Sebaliknya segala kata kata Ronnie Liu, kit Siang , Ambiga dan "Yahudi YahudI' bertopengkan seban dan jubah dijunjung tinggi seperti Nabi Muhammad SAW menjunjung perintah Allah SWT.

Dari mana sudut kita melihat, HANYA ORANG MELAYU RUGI. Yang berarak atas jalanraya adalah Melayu. Polis juga Melayu. Yang dipandang zalim ialah Kerajaan yang dikuasai Melayu juga.

Bilalah kita nak sedar bahawa kita diperbodohkan. Adakah kita perlu menempuh BALA Allah SWT baru mahu sedar.

Anonymous said...

Assalamua'laikum

masing ad pendirian masing la kan..pada saya perjuangan Bersih tu betul...mungkin caranya telah dieksploitasi..pastu dengan berbagai2 ragam manusia lagi..

perhimpunan haram, besenya kalau pergaulan bebas, lelaki sentuh perempuan dengan senang..hiburan berlebihan..tu senang2 je jadikan

kalau polis tak wat kacau rasanya xde mslah besar sgt kot..lagi sakit hati ad gak sesetgh polis laknat lepas geram kat diorang nih...

salah ke nak tuntut adil utk pilihan raya..salah ke?korang rasa seronok ke kita byar cukai, tapi orang atas relax je dapat bahagian..

aku cabar korang kaji satu2 tempat kat malaysia..korang tengok rumah2 besar (yang memang gah giler) cth kat Janda baik..tu milik sape??

senang citer camni la..kita tunggu je la hari pembalasan..Allah akan tunjuk sape yang betul...tapi ingat, hanya sedikit golongan yang benar2 akan beriman..semoga kita termasuk dalam golongan yang sedikit..insyaAllah

Nujaidi Israr



Nujaidi Israr bin Abdul Hadi