Tetamu Kehormat...

July 22, 2011

Mat Sabu Berbohong!

9 comments:

Pak Pandir Jr said...

..lihatlah dunia bagaimana banggang dan tololnya seorang yg berjawatan tinggi dalam parti PAS..ooppps Timbalan Presiden PAS konon..apa boleh buat dia dipilih oleh para perwakilan yg setaraf dengannya..si tolol dipilih oleh si tonggong..no wonder la PAS jadi barua DAP..

juhari said...

Mat Sabu banyak belajar menipu daripada Anwar Ibrahim.

Hairan bin ajaib. Anwar dibuang oleh UMNO kerana masaalah moralnya. Pembangkang kutip dia dan letak dia menjadi pemimpin mereka.

Kemudian pilih pula Mat Sabu jadi timbalan Presiden PAS yang juga mempunyai masaalah moral.

PAS akan binasa disebabkan:

1. Bersekongkol dengan kafir harbi yang memusuhi Islam.

2. Mengubah dasar perjuangan parti.

3. Meletak pemimpin yang tidak selayaknya menduduki jawatan nombor dua dalam parti.

Mudah-mudahan penyokong2 PAS diberi Allah petunjuk dan hidayah dan akan sedar akan kesilapan mereka.

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

Irfan Sani said...

GEORGETOWN, 23 Julai: “Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim,” kata Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.

Justeru, katanya semua yang polis paparkan dalam tayangan video mengenai kemalangan melibatkan beliau pada himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu adalah tidak benar.

“Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan.

“Jika tidak pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor,” ujarnya ketika ditemubual di sini, semalam.

Bagi menangkis tohmahan jahat polis, beliau sudah pun mengarahkan peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Saleh Mat Rashid yang melemparkan tuduhan, menghina dan memfitnahnya.

“Alhamdullilah berkat doa rakan-rakan semua pembedahan lutut saya untuk memasukan besi sudah pun selesai,” ujarnya semasa ditanya mengenai kesihatannya selepas pembedahan berkenaan.

Menurut Hanipa yang merupakan timbalan pengerusi Lajnah Undang-undang PAS pula, Mohamad Sabu berkata, jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnah Mohamad.

Sebelum ini Mohamad Sabu mendakwa motosikal yang dinaikinya semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lepas telah dirempuh sebuah kenderaan polis dan menyebabkan beliau terjatuh dan lututnya cedera.

Akibatnya, Mohamad terpaksa menjalani pembedahan lutut dan 2 1/2 skru telah dimasukkan ke dalam lututnya untuk mengukuhkan ligamennya yang koyak.

Namun begitu, Umno dan penyokong mereka mendakwa, Mohamad dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim pura-pura cedera untuk meraih simpati.

Tiga hari lepas, pengawal peribadi Anwar membuat laporan polis ekoran kecederaan yang dihadapinya selepas ditambak dengan gas pemedih mata secara yang tidak betul sehingga menyebabkan tulang pipinya patah terkena balang berisi gas pemedih mata yang ditembak ke arahnya.

(TEMUBUAL PENUH DENGAN MOHAMAD SABU DI DALAM HARAKAH TERBARU)

Lihat lah dunia!! Polis lebik penipu dari penipu!!

Anonymous said...

Polis mesti buat mcm ni. Kena jaga nama baik beb!

Azli Shukri sila jawab.

Aznan Isa said...

pemimpin umno dah pegang teloq polis, pasal tu polis terpaksa kerja keras nak cover kebodohan pemimpin umno menangani crisis ni. kalau polis benar2 bebas, kekalutan perhimpunan BERSIH ni tak jadi pun. Polis malaysia bijak, cuma bila di arah oleh pemimpin umno yg bodoh...mereka pun turut kelihatan bodoh.

Anonymous said...

PADA 9 Julai 2011, iaitu tarikh yang sama dakwaan Mat Sabu dilanggar kereta Polis sebelum ditahan, Portal The Malaysian Insider ada menyiarkan berita mengenai dakwaan tersebut, yang juga pada hari yang sama perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan

Jelas, terang dan nyata, Portal The Malaysian Insider melaporkan bahawa Mat Sabu dilanggar dengan sebuah kereta Polis sebelum ditahan, diulangi dilanggar dengan KERETA POLIS sebelum ditahan. Sila rujuk sendiri berita ini,

Polis dengan yakin dan bangganya mengeluarkan video untuk membuktikan Mat Sabu menipu. Tapi malangnya video yang dikeluarkan oleh Polis, menguatkan lagi dakwaan bahawa Mat Sabu memang benar dilanggar oleh kereta Polis sebelum beliau ditahan 9 Julai lalu.

Bermula pada durasi ke 2:18 di dalam video yang dibentangkan oleh Polis, jelas sekali menunjukkan bahawa kereta Polis berada pada bahagian kanan jalan (lorong yang salah), sementara motorsikal yang ditunggangi Mat Sabu dilihat tumbang di hadapan kereta polis tersebut.

Apa yang melucukan, Polis memutar belitkan cerita untuk menegakkan benang yang basah dengan cara mengalihkan isu. Polis mendakwa Mat Sabu tidak dilanggar oleh pajero (Land Rover) Polis. Memanglah! Sebab mat Sabu dilanggar oleh kereta proton waja Polis.

Kuang.. Kuang.. Kuang... BOHONG lah lagi...

Kenali juga dan ketahuilah kenapa dan mengapa tiada tindakan oleh pihak berkuasa terhadap Papagomo biarpun beliau diketahui menyiarkan dan menayangkan Video Lucah..

Anonymous said...

Mat Sabu nak setel bende ni senang je. Kasi tunjuk x-ray lutu yang ada paku tu. Habis cerita. Rakyat mesti sokong dia punya lah.

Tapi... macam tokey dia si Anuar jugak. Jalan mudah ada, banyak dalihnya. Jalan susah jugak yang dia harung. Nampak sangat. Hahahaha. Mat Sabu dah kantoi mesti muka terkulat-kulat. Precious!

Anonymous said...

Nak cek portal yang bias tu nak buat apa, kalau berita keluar dari mulut tuan sendiri dulu kata kena langgar lan roba. Hahaha. Dah kantoi pun boleh try nak spin lagi. Hmm. Macam macam bila Allah dah tarik perasaan malu dari diri seseorang.