Tetamu Kehormat...

July 24, 2011

Masjlis Peguam Isytihar "Perang" Terhadap Yang Di-Pertuan Agong?

Amalan korupsi dan rasuah yang membengkak dalam parti DAP dikenalpasti sebagai punca kematian Teoh Beng Hock. DAP kelihatan bersungguh-sungguh mahu menutup kes tersebut dan mengkambinghitamkan SPRM. Terkini, Majlis Peguam secara terang-terangan sudah dikira mengisytiharkan "perang" terhadap sistem kehakiman dan Suruhanjaya Diraja, sekali gus menghina Yang Di-Pertuan Agong. Soalnya, apakah kerajaan masih mahu berpeluk tubuh? Apakah Majlis Peguam terlalu berkuasa sehingga kita memerlukan "pengesahan" atau pengiktirafan daripada mereka, maka barulah sesuatu keputusan Suruhanjaya Diraja dikira betul dan shahih? Ada benar kata-kata Ezam Mohd Noor, sudah sampai masanya Majlis Peguam dihukum dan rombak strukturnya. Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR 23 Julai - Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas ke atas Majlis Peguam kerana mempersoalkan hasil laporan Suruhanjaya Diraja Siasatan Kematian Teoh Beng Hock yang sekali gus dianggap menghina institusi raja. Senator Ezam Mohd. Nor berkata, Majlis Peguam jelas menjadi persatuan rasis, berkepentingan dan perkakas politik kepada pembangkang khususnya DAP dalam kes ini.

"Kenyataan yang dikeluarkan Majlis Peguam dilihat bodoh, rasis dan berbaur politik. DAP yang sepatutnya meminta maaf kerana amalan korup mereka yang menyebabkan Beng Hock menjadi mangsa.

"DAP khususnya majikan Beng Hock yang amalkan rasuah menjadi punca kes ini bermula. Pemimpin DAP wajib minta maaf dan bayar ganti rugi pada keluarga Beng Hock," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila mengulas mengenai kenyataan Majlis Peguam yang menolak penemuan laporan Suruhanjaya Diraja Siasatan Kematian Teoh Beng Hock mengikut laporan portal berita Malaysiakini dan The Malaysian Insider. Tambah Ezam, kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga dilihat menghina keputusan suruhanjaya diraja dan mesti dikenakan tindakan kerana memberi contoh pemimpin tidak ada adab dan kurang ajar.

7 comments:

Anonymous said...

Sila beri pandangan apa yg boleh kerajaan buat pada majlis peguam ini ? mereka terlalu angkuh !

Anonymous said...

Tubuhkan satu Royal Commission untuk meninjau kegiatan dan pentadbiran tiap Ahli dalam Bar Council..

Memandangkan salah seorang ahli Majlis tersebut (tak kira ex atau apa) disabit kes penipuan, merompak, torture, murder and burning evidence of THEIR OWN CLIENTS, satu perbuatan lebih BESAR.

Ini yang kita tahu, saya rasa pasti banyak lagi kes2 penyelewengan yang sedang berlaku.

Saya sendiri hampir ditipu seorang peguam sejumlah RM17K (nasib baik dia dah mampus - heart attack)dalam soal jual beli kedai. (Dia tembak saya perlu kasi wang kopi kat siPolan2 bagi melicinkan process??????????? dan kos ini tidak termasuk kos guaman).

Anonymous said...

Diaorang berjaya mengalih perhatian terhadap matinya Teoh ni. Tapi isu sebenarnya iaitu rasuah oleh DAP ni macam hilang begitu saja. Nak tahu juga bagaimana kesudahan siasatan rasuah terhadap DAP ni. Nampaknya berjaya perhatian dialihkan dari isu asal, iaitu korupsi DAP.

nayan said...

Kita org Melayu sebagai permulaan wajib memboikot loyar yg berdaftar dgn Majlis peguam. Kita ada persatuan peguam Muslim. Guna mereka.

KAPAKTAJAM said...

Sudah tiba masanya Peguam2 Melayu keluar dari menganggotai Majlis Peguam dan jadikannya sesuatu yang sudah tidak relevan. Kuatkan dan istiharkan Majlis Peguam Muslim untuk mengambil alih peranan suara Peguam2 di Malaysia. Jangan jadikan Bangsa melayu bangung dan menghancurkan Majlis Peguam.

Blog 1 Malaysia said...

Sama2 berperang











'Lubuk Emas' Terengganu dikhianati - Generasi muda dan generasi baru Terengganu adalah generasi paling bodoh dan tolol jika BN terus berkuasa..
http://Facebook-1Malaysia.blogspot.com/
Undi BN Undi HARAM- Media BN Media Porno. FUCK Pemimpin BN. Pemimpin BN mcm PUKIMAK.
http://blog1Malaysia.blogspot.com/

Anonymous said...

Setuju sangat-sangat dengan semua komen-komen tersebut. kita perlu bertindak segera, jangan sampai nasi jadi bbur...cuma saya nak tanya, naper depe tak jelaskan sebenar-benarnya naper Teoh dan Sarbini mati...pastu naper SPRM tak siasat kes cincin Rosmah ye..naper kalau kena kat Nuar, terus polis buka kertas siasatan...boleh jawab ke?? sbb ada yang kata itu satu fitnah terhadap Rosmah, tapi naper bila ada tuduhan terhadap Nuar, dan-dan tu jugak buka kertas siasatan...cer jelaskan sikit...(Ex BPR dipencenkan 2008)