Tetamu Kehormat...

July 15, 2011

Isu Penutupan Disko Di Kedah : Apabila Disergah Lim Kit Siang, PAS Mula Cari UMNO!

Isu penutupan pusat disko yang ingin dikuatkuasakan oleh PAS di Kedah semakin berada di persimpangan - ternyata enakmen tersebut telah digubal oleh UMNO yang selama ini memperjuangkan Islam, tetapi PAS tersepit untuk melaksanakan sepenuhnya enakmen tersebut apabila Lim Kit Siang mula menyerang Menteri Besar Kedah dengan mendakwa bahawa enakmen tersebut merupakan warisan UMNO dan ia seharusnya dihapuskan - soalnya, sama ada ia warisan UMNO atau pun tidak, itu bukan persoalan besar.

Yang penting apakah enakmen tersebut mampu memartabatkan Islam di negara ini atau pun sebaliknya? Jika Ya, maka PAS harus meneruskannya dan tidak perlu menunggu lampu hijau atau sokongan moral daripada UMNO, kerana PAS yang memegang tampuk kuasa di negeri tersebut. Mengapa tatkala saat tersepit seperti ini, barulah PAS terhegeh-hegeh mengharap sokongan dan ehsan daripada UMNO untuk melaksanakan enakmen tersebut? Bukankah UMNO adalah parti yang dihina dan dicaci maki oleh puak-puak PAS selama ini? Dan bukankah Lim Kit Siang merupakan rakan karip Nik Aziz sudah semakin mendekati Islam? Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR, 15 Julai — Dewan Pemuda PAS pusat mencabar Umno dan Perkasa agar menyatakan pendirian mereka mengenai keputusan kerajaan negeri Kedah yang memutuskan untuk mengharamkan sepenuhnya operasi pusat hiburan ketika Ramadan — yang mendapat tentangan hebat rakan komponen Barisan Nasional (BN), MCA. Menurut Exco Dewan Pemuda PAS pusat Mohd Firdaus Jaafar, tindakan yang dibuat kerajaan negeri Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak itu adalah satu perkara wajar dan mengikut lunas Islam.

“Dalam kenyataan Menteri Besar Kedah, pusat rekreasi seperti kafe siber, boling dan pusat snuker dibenarkan termasuk persembahan budaya agama masyarakat bukan Islam. “Dalam hal ini mengapa MCA harus melenting dengan larangan ini?” kata beliau dalam satu kenyataan.

Katanya, larangan ini sebenarnya tidak bercanggah dengan hak asasi manusia, khususnya masyarakat bukan Islam, tetapi langkah mendidik masyarakat untuk mengelakkan diri mereka daripada terjebak dalam gejala sosial yang semakin menjadi-jadi,” katanya lagi. Kelmarin Azizan berkata akan melaksanakan larangan pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan seperti mana dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang digubal masa era BN.

Azizan berkata Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan sudah wujud sejak 1997 dan bukannya dasar baru. Oleh itu kata beliau, enakmen itu terpakai sejak BN mentadbir Kedah, cuma tidak dikuatkuasakan sepenuhnya sebelum ini. Azizan berkata menurut enakmen itu, kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko.

Bagaimanapun Ketua Biro Profesional Muda MCA Chua Tee Yong menyelar tindakan itu yang didakwanya sebagai menafikan hak asasi manusia dan hak dalam Perlembagaan terhadap bukan Islam. Selain MCA, rakan komponen Pakatan Rakyat, DAP berkata penguatkuasaan enakmen itu harus dibatalkan sepenuhnya. Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata oleh kerana BN sendiri yang menggubal undang-undang itu tidak menguatkuasakan sehingga ia ditumbangkan pada 2008, maka kerajaan negeri Pakatan Rakyat wajar mengkaji balik untuk memansuhkannya.

Mohd Firdaus menegaskan, MCA sepatutnya melihat implikasi baik ekoran tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan bukan bertindak secara melulu.

“Pemimpin MCA harus melihat kepada realiti yang berlaku dalam masyarakat. Apakah nilai positif yang ingin diambil dengan berleluasanya pusat-pusat hiburan, pub, disko dan kelab-kelab malam selain untuk menambah gejala sosial seperti zina, pelacuran, dadah, gangster, pergaulan bebas sehingga membawa kepada kes pembuangan anak. Gejala sosial tidak mengira warna kulit, bangsa atau keturunan. Adakah MCA bangga dengan meningkatnya gejala sosial dan jenayah hasil dari pusat-pusat hiburan pada hari ini?

“Selain itu, nilai hak asasi manusia ada batasnya. Segala perkara yang baik dan menjurus kepada kebaikan bolehlah diteruskan. Tetapi, perkara yang boleh memudaratkan atau membawa keburukan tidak boleh dibiarkan. Hiburan dibenarkan tetapi ada batasnya. kami menganggap semua agama dan bangsa tidak boleh menerima hiburan yang boleh membawa implikasi buruk kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara,” katanya.

Justeru kata Ahli Parlimen Jerai ini, pihaknya kesal dengan tindakan Perkasa dan Umno yang tidak mengeluarkan sebarang respons terhadap serangan dilakukan MCA.

“Dalam isu ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak Perkasa dan Umno sedangkan mereka sebelum ini kononnya lantang membela agama dan bertindak menyelar PAS yang dikatakan bersetongkol dengan Bersih 2.0 yang dipengerusikan oleh Datuk Ambiga Sreenevasan yang dikatakan membela orang murtad sedangkan mereka lupa Ambiga bertindak atas undang-undang yang diluluskan oleh Umno-BN sendiri.

“Ini adalah akibat apabila Umno yang merupakan parti tunjang di dalam BN tidak menjelaskan Islam yang sebenar sehinggakan selepas 54 tahun merdeka, MCA masih ‘terkapai-kapai’ dalam hendak memahami Islam.

“Agama hanya digunakan apabila ada kepentingan politik semata-mata. Islam hanya di bibir mereka bagi mengaburi mata rakyat kononnya merekalah pejuang agama,” katanya. Oleh itu kata Mohd Firdaus, beliau menggesa Umno agar menasihati MCA untuk mengormati agama Islam.

“Jangan hanya kerana memenuhi kehendak politik sempit Umno tidak berani menegur rakan komponennya.

“Umno perlu jelaskan apakah nilai Islam sebenar serta larangan dalam Islam, jika benar Umno memperjuangkan agama Islam di negara ini dan ini berbeza dengan DAP yang amat-amat menghormati Islam sebagai agama rasmi negara,” katanya.

10 comments:

Anonymous said...

Elok juga kalau PAS Kedah keluar dari Kelompok PARTI yang tunggang terbalik masa kini. Pusat dengan Negeri pun tak sehaluan. Masuk BARISAN.......

hangkedee said...

Lihat lah PORK Nik sebatang lidi penyupu amat mudah dipatahkan Dapig kafir laknatullah.Lihatlah rakan akrab mu Dapig semakin dajjal..Buta atau buat buta kah mata hati mu.Berkali kali berumrah dan Haji...?adakah matburuk atau sebaliknya.Thumb up for niky menjahanamkan Islam di malaysia.

usin said...

“Umno perlu jelaskan apakah nilai Islam sebenar serta larangan dalam Islam, jika benar Umno memperjuangkan agama Islam di negara ini dan ini berbeza dengan DAP yang amat-amat menghormati Islam sebagai agama rasmi negara,” katanya.
DAP amat2 menghormati Islam sebagai agama rasmi negara? hahahaha org kuat agama bercakap tetapi leher terjerut jumud politik!!!

agama saya Islam.... said...

Nak tanye.... MB kedah islam ke selam? Kalau islam, enforce aje enakmen tu. Biak pi depa2 tu.. dua2 cina lahanat. Yg mustahak jlnkan tugas mmlihara agama islam. X kirelah legasi umno atau sesiape pun. Agama tetap agama. MB dok btaichi ni ape hal? Where r ur balls mannnn?? Jgn lah pasal cine2 lahanat tu MB tsedak kahak sendiri...

Muhammad Azli Shukri said...

PAS dah ada kuasa di Kedah pun masih bimbang untuk melaksanakan perintah Allah kerana diherdik DAP...

Anonymous said...

Apa hal nak haram dari beroperasi dalam bulan Ramadhan sahaja, Haramkan untuk selama-selamanya la, itu baru pemerintahan Islam. Bulan bulan lain pun ada kemuliaannya juga.

Apa la punya pendirian PAS.

WARGA SEBELUM MERDEKA

Anonymous said...

aikkkkk... pasai apa nk kaitkan ngan UMNO. ajakla geng yg berdemo ber'shit' atau pun ajak la ambiga ketua segala agama bg puak fuckatan.

la nie PASBerg takut kat ALLAH ke atau takut pada DAPigs ataupun takut kedah dpt balik kt UMNO.

ha3
-PASberg-

Anonymous said...

Kepada Saudara Ketua Pemuda Pas Kedah saya ingin berpesan bahawa kuasa dah kat tangan,buat ajelah.Jangan nak beri pelbagai alasan yang tak masuk akal.

Anonymous said...

apasal ustaz ni byk persoalkan pasal mca tp dap yg buat bising isu ni dia tak ckp pula..dah la ustaz korang kan pengikut setia dap and ambiga so ikut je la kehendak mereka, nanti kena tarik telinga ngan kit siang baru tau..

anti bohmau said...

sapa yg in-control di sni? mb kan ostad pas? tunjuklah kejantanan tu!!! dah kata nak haramkan, haramkan sajala. tak payahla mintak umno ka, perkasa ka jadi pak angguk! bukankah umno dianggap jahil selama ni wahai ostad2 pas??? keputusan di tangan anda..buatlah dgn betul. jgn sampai anak cucu maki hamun balik kamdian hari!!