Tetamu Kehormat...

July 21, 2011

Isu Ijazah Dr Asri : Fitnah Atau Kebenaran?


Benarkah Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah berbohong dalam isu Ijazah Sarjana Mudanya selama ini? Dr Asri perlu segera tampil bagi menjawab tohmahan yang semakin tersebar luas di alam maya ini. Jika tidak - sekali lagi fitnatul kubra akan bermaharajalela atas nama beliau. Terdapat dua isu besar di sini, iaitu :

1. Siapakah nama sebenar Dr Asri? Mohd Asri BIN Zainul Abidin atau Mohd Asri Zainul Abidin BIN Uthman? Ada dua kemungkinan di sini - pertama, sijil di atas adalah sijil palsu yang sengaja disebarkan bagi memburukkan nama Dr Asri, kedua, pihak Universiti Jordan telah tersalah menulis nama sebenar Dr Asri. Dan yang ketiga, sijil di atas adalah milik orang lain yang seakan-akan sama namanya dengan Dr Asri.

2. Persoalan kedua yang perlu dijawab oleh Dr. Asri ialah - Sekiranya sijil beliau di atas adalah asli, maka jelaslah bahawa bidang pengkhususan Dr Asri adalah Bahasa dan Kesusasteraan Arab/Syariah Islamiyah dan bukannya Bahasa Arab dan Syariah Islamiyah. Dengan lebih tepat, pengajian Syariah bukanlah teras pengajian Dr Asri di Universiti Jordan (Mungkin, Major Bahasa Arab dan Minor Kesusasteraan Arab+Syariah). Soalnya, mengapa beliau mengaku bahawa beliau memiliki Ijazah Rarjana Muda dalam bidang Bahasa Arab dan Syariah? Kepakaran beliau sebenarnya ialah bahasa Arab dan kesusasteraan Arab, hadis pun bukan.

3. Sebelum semua ini menjadi fitnah, Dr Asri perlu segera membetulkan keadaan. Saya tidak memihak kepada sesiapa. Sejak akhir-akhir ini semakin ramai yang mempertikaikan pandangan dan pemikiran Dr Asri yang dikatakan begitu berlawanan dengan pandangan ulama-ulama salaf. Semoga pertikaian ini segera diselesaikan. Wallahualam. Sambung bacaan anda di sini..

9 comments:

Anonymous said...

mana ada tulis perkataan minor kat situ. kemungkinan juga itu double degree. Lagipun ada ditulis berserta segala hak dan keistimewaannya. I.Allah Dr Asri seorang yang berprinsip dalam kenyataannya, bukan macam sebahagian kita yang kununnya salaf, hahaha

Anonymous said...

yg terg ini ijazah sastera

kalau ijazah dlm bdg agama akan ditulis

ijazah pengajian islam

pengkhususan - al-quran dan al-hadis dll

Anonymous said...

kan ada tulis syariah islamiyyah. jangat omit semasa menganalisis.

Syarif said...

perrrrrhhhhh, azli jangan mudah trima hujah anti asri anta pun salaf juga!!!

Anonymous said...

Jangan mengusutkan hal yg dikusut lagi....

Banyak andaian cetek dan saja jari gatal nak type...jaga jaga itu nafsu tu...

Hal ini bolih dan telah pun di selideki olih pihak yg berwajib...
Kita yg tak tau hujung pangkal relax lah... tanya empunya diri ..cari kesempatan itu.....

Kelayakan Syariah Islam dah jelas tercatit ...kenapa tak nampak lagi..dah bosan celik nak jadi buta pula ke? itu pon kena doa sendiri...lah

Tentang pakar Hadis pula ...apa melalut sangat... Itu kepakaran dia
yg di anugerahkan Phd ...membawa gelaran DR....
Itu lah kalau confuse ...kita faham sebab tak cerdik sangat pun...Tapi kalau nak confusekan itu lagi kita faham sebab nafsu tak yg tak terkawal .

Jadi ini semua bukan salah penulis sebab mangsa kaedaannya yg daif...

Biar berpada pada....
Berfikir fikir....
Kalau masih buntu....selawat nabilah selalu.....
sebab yg diperkatakan ini syariat yg dibawanya.....jangan tak tahu atau tak ambil tahu....

Hperancis

Anonymous said...

Saya harap biar empunya diri jawab..pembaca hanya mahukan penjelasa bila mana isu ini tersebar di alam maya. Kalau azli x post ini dalam blognya, ada lain blog yang akan minta penjelasan yang sama. Harap pembaca jangan fanatik membuat andaian melulu.

Persoalan harus di jawab dengan penjelasan. Empunya diri rileks, kita sesama pembaca pula rasa panas punggung.. common la..fikir terbuka..Ini yang silapnya, bila ada isu, orang lain menjawab bagi pihak empunya diri. Empunya diri harus menjawab secara kredibiliti dan ilmuan. Jika persoalan itu berbaur politik, jawablah secara bijaksana bukan emosi mengikut wibawa diri

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

Anonymous said...

saya belajar di universiti luar, dlm bidang IT/electronic. bukan double degree tapi degree saya belajar kedua2nya. Pengkhususan ialah waktu pilih subjek elektif dan waktu masuk makmal dan buat research. klu org tgk sijil saya waktu interview, tak pula diorang persoalkn saya belajar xkhusus. atau sijil palsu. atau sebagainya.

dan masalah lg satu, nama saya kerapkali disatukan dgn nama ayah, dan ada yg confuse dgn first name/last name

biarlah bertanya terus pada tuan punya badan

Mohammed Aiman Shah said...

Janganlah kita duduk fitnah ulama sana-sini. Orang yang nak sampaikan kebenaran pasti Allah uji. Mungkin ini ujian buat Dr Maza. Walau apa pun, beliau tetap mempunyai jasa dan sumbangan sebagai seorang ulama di negara ini.