Tetamu Kehormat...

July 10, 2011

Ini Bukan Gambar Arwah Baharuddin Ahmad Yang Meninggal Itu


Seorang bloggers PAS membuat cerita palsu, kononnya arwah Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia sewaktu menyertai Perhimpunan Bersih semalam telah bersolat berjemaah terlebih dahulu di atas jalan sebelum meninggal dunia (baca di sini). Dengan cerita bohong ini, mereka mendakwa kononnya kematian Baharuddin adalah kematian yang diredhoi Allah. Nauzubillah. Sedangkan fakta yang sebenar, individu yang dikatakan Baharuddin Ahmad itu masih hidup, dan beliau sekadar pengsan dua kali sewaktu menyertai perhimpunan tersebut. Dengan kata mudah, puak-puak PAS ini tak kenal pun yang mana satu Baharuddin Ahmad yang meninggal itu, main sebat sahaja mana-mana gambar yang mereka suka. Gambar di atas itu, bukan gambar Baharuddin Ahmad yang meninggal itu. Gambar orang di atas itu masih hidup.

No comments: