Skip to main content

Fatwa Terbaru Asri : Demonstrasi Bersih 2.0 Halal Di Sisi Islam?

Nampaknya selepas memperoleh "title" Prof. Madya - ilmu Dr Asri Zainul Abidin sudah jauh tinggi melangit, mengalahkan ilmu para ulama besar Arab Saudi, sehingga tergamak beliau mendakwa golongan salaf yang berpegang kepada hadis nabi yang menyuruh agar tetap taat kepada pemerintah dan mengharamkan demonstrasi jalanan seperti mana yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini, sebagai golongan yang tidak faham akan tujuan dan maksud hadis-hadis nabi tersebut (baca di sini).

Apakah ulama-ulama al-Azhar dan Arab Saudi juga jahil dalam memahami hadis-hadis politik itu? Kerana mereka juga turut mengharamkan perbuatan demonstrasi di Mesir dan di negara-negara Islam lain? Bahkan, ulama-ulama besar Mesir dan Arab Saudi sangat menentang perbuatan demonstrasi yang boleh mencetuskan huru-hara dan pada masa yang sama keadaan tersebut boleh diambil kesempatan oleh pihak ketiga. (Baca di sini).

Apakah ilmu dan kefahaman hadis Dr Asri jauh lebih hebat jika dibanding dengan ulama-ulama tersohor Arab Saudi seperti Syeikh Khalid Ali Muhammad al-Anbariy, Syeikh Abdul Aziz Ibn Baz, Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin, Syeikh Salih Fauzan al-Fauzan dan Syeikh Nasharuddin al-Bani yang sangat terkenal dengan kewarakan, kezuhudan dan ketinggian ilmu hadis mereka - dan berapa ratus pula hadis yang dihafal oleh Dr Asri, sehingga tergamak menyindir kononnya, golongan salaf di Malaysia telah tersalah dalam memahami hadis-hadis yang berkaitan dengan ketaatan terhadap pemerintah?

Sekiranya hadis-hadis yang menyuruh umat Islam agar taat kepada pemerintah sudah tidak lagi relevan pada masa kini, bila dan ketika mana pula hadis-hadis tersebut hendak digunakan? Apakah kita menunggu sehingga Malaysia menjadi kacau-bilau dan hancur musnah, barulah Asri akan menyuruh umat Islam kembali kepada hadis-hadis tersebut?

Kenyataan terbaru Asri di dalam Malaysia-Insider, seolah-olah menghalalkan perbuatan demonstrasi Bersih 9 Julai lalu, walaupun Majlis Fatwa Kebagsaan telah memutuskan bahawa para pelaku yang terlibat dalam perhimpunan tersebut perlu bertaubat, kerana yang mereka lawan bukannya UMNO/BN atau SPR lagi - tetapi yang mereka lawan ialah Yang Di-Pertuan Agong! Inilah yang perlu Asri faham.

Pada hemat saya, Asri bukan lagi golongan salaf atau boleh dilabelkan sebagai ulama salaf. Terlalu banyak pandangannya tersasar jauh daripada falsafah salaf yang kononnya diperjuangkan selama ini. Nasihat saya, hati-hati dengan pandangan Asri...terlalu banyak racun yang mula disebarkan tanpa disedari (Baca di sini).

Hadis-hadis di bawah tidak perlu ditafsir, ia sudah jelas maksudnya. Jangan memandai-madai menafsir sendiri maksud hadis nabi, sekiranya ia sudah jelas dan terang dengan apa-apa yang telah nabi sampaikan. Wallahualam.

1. Huzaifah al-Yaman r.a telah berkata, aku pernah bertanya, Ya Rasulullah! Sekiranya kami ditimpa kesusahan dan kemudiannya Allah s.w.t telah mendatangkan dengan kebaikan, adakah di sebalik kebaikan itu ada lagi kesusahan?Jawab Baginda, Ya! Aku bertanya pula, adakah di sebalik keseusahan itu pula kebaikan? Jawab Baginda, Ya! Aku bertanya lagi, Bagaimana? Sabda Baginda, Akan berlaku selepasku pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak melaksanakan sunnahku dan akan bangkit dalam kalangan mereka, tokoh-tokoh yang hati mereka ialah hati syaitan bertubuhkan manusia. Kata Huzaifah, aku bertanya lagi, Bagaimanakah yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, sekiranya aku dalam keadaan sedemikian? Baginda bersabda, Engkau hendaklah patuh dan taat kepada pemimpin, sekali pun ia memukul belakangmu dan merampas hartamu, maka tetaplah patuh dan taatlah. (Hadis Shahih Riwayat Muslim).

2. Wail bin Hujrin r.a meriwayatkan, katanya : Salamah bin Yazid al-Ju’fi bertanya kepada Rasulullah SAW ; Wahai nabi Allah, bagaimana pendapat anda, jika para penguasa bangun meminta hak mereka atas kami dan mereka menahan hak kami? Apakah yang anda hendak perintahkan? Rasulullah bersabda : Dengar dan taatlah, mereka hanyalah akan menanggung apa yang dipikul ke atas mereka dan kamu akan menanggung apa yang dibebankan ke atas kamu. (Hadis Shahih Riwayat Muslim) (Baca di sini untuk penjelasan yang lebih baik)

Comments

PUTRA MERDEKA said…
gua cilok artikel lu bro..tq
azlishukri said…
silakan tuan putra
Anonymous said…
asri nie dah lama mengarut..baru skr ke sedar?
marauhirang said…
Salam..
Mendatangkan kesedaran..terima kasih tuan guru al fadhil Muhammad Azli Shukri Al Hafiz....
azlishukri said…
sejak akhir2 ini..saya sudah hilang 2-3 juzuk...InsyaAllah bulan Ramadhan ini start semula tuan marauhirang..
kasin said…
jgn putar belitkan cerita, ada bukti dari mulut dr. asri ckp begitu? biarlah anwar yg jd mat belit dah la, tiada ulama malaysia yg seselantang beliau, berani sebab ada kebenaran, mengapa org deengki sgt dr. asri ni? nak ajak join politik kah? jd mcm ulama pas, ckp 2 minit lupa yg kepala beketayap, kepada yg memainkan isu ini, kaji dulu apa yg disampaikan dr.asri, lihat apa yg telah beliau sampaikan, baca buku-buku beliau, cari yg baik-baik, buatlah blog yg dpt menyatukan umat islam, bukan menghentam tokoh-tokoh islam.
Tara said…
sekadar berkongsi. aku sibuk dok troll budak2 bersih ni kat facebook. aku perasan bila check info mereka, majoritinya tga/pernah study mesir.

aku suggest u'Ols pergi try godek 2-3 page fb.

does this means yang dorang betul2 nak import masuk budaya mesir?

just a little fact. ramai penduduk mesir sekarang pun dh hidup merempat/ makin melarat. minta dijauhkan benda camtu dpd negara kita.

"Troll bagi pihak kerajaan, sarcasm tanpa batasan"
Anonymous said…
Mereka ni pulak mcmne...

http://www.imamudasyraf.com/v1/?p=436
Anonymous said…
Aku menyasikan sudah lama Ulamak di sepak oleh UMNO..Ustaz firdaus imam masjid negara di mana dia...dan terbaru 40 ulama masuk umno..bila dia cakap pasal isu vedio seks..semua pemimpin UMNO buat pekak babi..bila dia cakap pasal demo bersih..habis air liur dia di tadah......umno akan mampus akhirnya
Anonymous said…
Tuan,
ada youtube oleh UZAR, kalau tak silap dari zaharuddin.net yang mengatakan demonstrasi itu harus, tetapi provokasi itu haram. Saya berpendapat bahawa kenyataan yang dibuat itu mengelirukan dan boleh disalah-ertikan sehingga akhirnya menyatakan bahawa demonstrasi itu halal. Kalau menyusahkan rakyat dan merosakkan harta, rakyat dan negara, halal apa!
Masih ramai lagi rakyat di Malaysia yang tidak setuju dengan BERSIH, berjuta-juta lagi dan mereka ini tidak keluar berdemonstrasi. Bayangkan kalau silent majority ini keluar berdemonstrasi, saya rasa kecut perut mereka.

AHO
Anonymous said…
kekeke, bab ini ko amik ulamak salaf saudi. bab video lucah, lain pula ceritanya. jadilah orang berprinsip... kahkahkah. manusia politik
Wau Janak said…
dizaman ulamak dan imam2 besar spt Imam Malik, Hanafi. Hanbali,Syafie dll., mereka ini hidup pada zaman di mana terdapat pemerintahnya yg jelas zalim dan menindas rakyat. Namun kenapa ulama2 besar ini tidak bangkin mmberontak atau berdemonstrasi menentang pemerintah zalim? Walhal kalau mereka bangkit, sudah tentulah majoriti rakyat akan bersama mereka dan teorikalnya pemerintah akn tumbang. Tapi kenapa imam2 mahzab ini lebih rela dipenjara dari bangkit berdemo? Adakah mrk ini tidak tahu kisah penentangan aisyah r.a dan muawiyyah r.a thdp Ali r.a?
knp ulama2 besar ini tdk ikut cara aisyah r.a yg akhirnya menyesal dgn tindakannya atas penentangan itu?
Adakah ulama2 besar ini lebih tinggi ilmu dan pemahamanya tentang hadis berbanding dr. asri?
Anonymous said…
En Azli ..saya mencari fatwa Majlis Kebangsaan ttp tidak ketemu ..boleh saya dapatkan link

trima kasih
Wau Janak said…
Atau Dr. Asri ini yg lebih tinggi ilmu dan pemahamannya ttg hadis berbanding ulama2 besar spt imam malik rah, syafie rah, hanbali rah dll?
Anonymous said…
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Islamlarangperhimpunanharam_pesertaharustaubat/Article
Anonymous said…
Dr asri ni doktor phd betul ker doktor beli..haaha..klu ilmu pengajian dia akan selidik dan kaji betul2 jgn main sedap mulut. sehingga megalahkan ulama maktabar besar dunia arab

betullah semakin akhir zaman, semakin keluar org2 alim cerminan ilmuan agama dgn tafsiran mengikut kepala otak...golongan ini yang akan ditanya awal nanti..adakah kamu mengajar ilmu agama sebenar..
Anonymous said…
http://saifulislam.com/?p=257#more-257

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A