Tetamu Kehormat...

July 8, 2011

Dari Jalanan ke Stadium

KEPUTUSAN kerajaan membenarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan haram mereka di stadium berbanding di jalan-jalan raya sebelum ini mendapat reaksi pelbagai dalam kalangan penulis blog minggu ini. Ada yang bersetuju dengan keputusan tersebut tetapi tidak kurang juga menganggap ia satu kesilapan.

Bagaimana pun, Kunta Kinte dalam blog MyKMU (www.mykmu.net) berpendapat, keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membenarkan perhimpunan Bersih diadakan di dalam stadium tetapi dengan bersyarat itu merupakan tindakan demokrasi terindah seperti mana kejayaan beliau mengatasi pemberontakan Al-Maunah tanpa membabitkan pertumpahan darah. Katanya, memberikan tempat berhimpun di dalam stadium kepada Bersih sekali gus akan mematikan langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para penyokongnya yang cuba menimbulkan kekacauan ketika perhimpunan 9 Julai ini berlangsung bagi menyelamatkan dirinya daripada kes mahkamah.

"Ia juga memberi jalan tengah kepada (Datuk) S. Ambiga agar mempunyai pilihan selain membawa kumpulannya ke jalanan. Dalam keadaan tersebut Ambiga tidak lagi boleh (memberi alasan) mengatakan beliau tiada pilihan kecuali membawa penyokongnya ke jalan raya kerana tiada pentas lain.

"Dengan memberi kebenaran berhimpun di stadium ia bukan sahaja menyuburkan imej demokrasi negara di peringkat antarabangsa tetapi juga menghalang sekiranya ada niat jahat Anwar untuk melakukan kekecohan di Kuala Lumpur Sabtu ini," katanya.

Penulis Azli Shukri (azlishukri.blogspot.com) pula berkata, persetujuan kerajaan membenarkan perhimpunan haram Bersih diadakan di dalam stadium merupakan tamparan hebat kepada pakatan pembangkang terutama Anwar kerana tiada siapa menyangka pada saat-saat akhir, Najib dapat "menjinakkan" Ambiga.

Katanya, persetujuan Ambiga untuk menerima cadangan Najib telah mengundang rasa tidak senang dalam kalangan penyokong pakatan pembangkang kerana mereka sebenarnya mahu menunjukkan pengaruh dan kuasa politik apabila berjaya membawa rakyat turun di jalanan tetapi malang ia tidak berlaku. Katanya, dengan cara ini para penyokong Bersih akan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu mereka yang sedia berhimpun di dalam stadium dan kumpulan yang enggan berbuat demikian kerana mahu membuat kekecohan di jalanan manakala jumlah mereka yang mahu berhimpun di stadium juga akan merosot.

"Imej Najib semakin positif di mata dunia dan rakyat jelata. Jelaslah Najib masih menjunjung tinggi kebebasan bersuara dan amalan demokrasi di negara ini, sehingga lidah Anwar menjadi kelu tidak terkata. Pendekatan Najib yang bertolak ansur dengan penganjur Bersih menyerlahkan lagi keperibadian beliau sebagai pemimpin untuk semua kaum di negara ini," katanya. Baca sambungan rencana di sini...

3 comments:

anti bohmau said...

tuan AST,

ds najib PM kita...

benar kata pepatah orang tua;

menarik rambut dlm tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak!!

itulah prinsip pemimpin yang berwibawa!!!

kata orae klate, dia tak belawok! kata oram putih "no bluffing bluffing!"

word verification ni bagi ilham: "unbuff"!!

Muhammad Azli Shukri said...

Tq tuan anti bohmau...

Muhammad Azli Shukri said...

bersih 2 berjaya di tumpas