Skip to main content

Dari Daerah Zeni Ke Buku Shit!

Sayang sungguh nasib Sasterawan Negara yang terkenal ini - kerana mudah dipengaruhi oleh orang lain, akhirnya telunjuk parti pembangkang juga yang diikutinya. Bukankah lebih mulia sekiranya A. Samad Said menggerakkan massa bagi mempertahankan novel Interlok karya Abdullah Hussien yang dihina daripada bersekongkol dengan para pengkhianat negara seperti si Ambiga ini? A. Samad Said tidak perlu menyalahkan pihak lain - realitinya beliau sendiri yang menjatuhkan maruahnya, bukan orang lain. Banyak lagi kerja yang perlu dilakukan oleh seorang Sasterawan Negara, berikan tumpuan terhadap menghasilkan karya sastera bermutu tinggi dan bukan menggunakan jalan pintas untuk menonjolkan diri.

Sikap A. Samad Said sangat mengecewakan ramai pihak - keterlibatan beliau dalam Perhimpunan Bersih sedikit sebanyak mengotorkan peribadi sasteranya. Terdahulu, Shahnon Ahmad telah mengotorkan tangannya dengan tulisan jijik berjudul "Shit" - kini, jejak tersebut diikuti pula oleh A.Samad Said dengan menjadikan dirinya seolah-olah sasterawan jalanan yang mudah dicucuk hidung.

Jika benar sikap dan tindak-tanduk A. Samad Said ini adalah tepat dengan aspirasi sasterawan-sasterawan yang lain - soalnya, mengapa tiada seorang pun sasterawan besar yang tampil untuk berjuang dan menyertai beliau? Apakah A. Samad Said hanya syok sendiri? Ini bukan gelanggang untuk para sasterawan berjuang dan menjadi "kurang ajar", sebaliknya ini adalah medan para pengkhianat dan manusia yang tidak tahu bersyukur kepada Allah. Sudah hentikan tabiat buruk lagi kotor ini. Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr A Samad Said, tidak sepatutnya menggunakan anugerah yang diterima untuk memecah-belahkan rakyat di negara ini dengan menyokong perhimpunan haram BERSIH pada 9 Julai ini. SN Ke-11, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah, berkata tindakan A Samad itu tidak wajar memandangkan pihak yang menganjurkan perhimpunan haram terbabit adalah di kalangan pemimpin yang sering menimbulkan huru-hara di negara ini.

“Beliau sepatutnya menggunakan anugerah yang dimiliki itu untuk menyatukan rakyat di negara ini memandangkan masyarakat kini berpecah-belah. “Perpecahan ini jika berterusan akan memberi peluang kepada golongan yang mengambil kesempatan dan kuasa luar campur tangan,” katanya ketika dihubungi, semalam. A Samad sebelum ini dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung ucapan mereka di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur/Selangor di sini, pada 19 Jun lalu.-Berita Harian

Comments

Anonymous said…
Si tua huduh ni baharu keluar bertapa dari gua mana ? Gua Musang , Gua Niah. atau Guar Perahu di Permatang Pauh >
Anonymous said…
Masih berangan2 nak jadi pejuang rakyat ala-ala Che Guevera. Dah terlambat kot.
Anonymous said…
siapa sdr hendak menghakimi sasterawan negara?
FataMorgana said…
tarik balik anugerah sasterawan negara dia!
Anonymous said…
Anonymous said...

siapa sdr hendak menghakimi sasterawan negara?
July 1, 2011 3:09 PM
Ada apa ...utk sasterawan negara yang menjdai agen asing merosakkan malaysia...juga pembela murtad ...sasterawan apa gitu...begitukah penulis islamik atau ...penulis pewaris lidah setan
Anonymous said…
memang blog ni banyak langau!
azlishukri said…
langau tu di bawa oleh pembaca pro anwar...
Anonymous said…
blog ni dulu tak banyak langau...tp sejak ada langau2 terganggu bacaan komen2....ye lah langau dia bawak sekali ngan tahi2 dia..(setuju apa en azli cakap kat atas tu)
abang entot amah said…
LU ORANG TUA..LU APA TAU...ASYIK KONGKEK JER..TU YANG BENGAP KAWAN DENGAN UMPORNO!
Anonymous said…
asal bangsawan jadi pembelot

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A