Tetamu Kehormat...

June 13, 2011

Zahid Hamidi : Kenyataan Yang Terpaksa Disanggah!

Dalam satu kenyataan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi mendakwa bahawa unit media baru UMNO telah gagal menjalankan "tanggungjawab" mereka dalam berhadapan dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh unit media baru pembangkang. Benarkan begitu? Dari mana Zaid memperoleh maklumat atau data tersebut? Atau ia sekadar persepsi yang tiada hujung pangkalnya.

Beban untuk menjawab dan membalas hujah-hujah Pakatan Rakyat bukan hanya terletak di atas bahu para bloggers UMNO semata-mata, tetapi para pemimpin tertinggi UMNO juga perlu bijak dan tahu bagaimana untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka. Sikap Zahid yang menyalahkan unit media baru UMNO semata-mata, secara tidak langsung memperlihatkan ketidakmatangan Zahid dalam berpolitik dan selok-belok peperangan dunia siber.

Para bloggers UMNO bukan sahaja perlu diberi latihan penulisan, bahkan mereka perlu dibekalkan dengan maklumat terkini dari semasa ke semasa. Masalah yang timbul sekarang ialah - para pemimpin UMNO hanya berminat dengan beberapa bloggers "elit" sahaja - segala perjumpaan, makan malam, dana kewangan dan maklumat terkini - sekadar berlegar dalam kalangan beberapa bloggers "terpilih" UMNO sahaja. Inilah yang menjadi penghalang kepada kekuatan bloggers UMNO dalam mewujudkan unit tempur sibernya yang lebih tersusun dan bersistematik. Baca berita di bawah :

BENTONG 12 Jun - UMNO perlu mewujudkan unit tempur siber yang sistematik dan mantap bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan pembangkang menerusi media baru. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, unit siber parti itu ketika ini dilihat gagal menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar. Katanya, pengendalian unit itu tidak memberikan perincian dan penghayatan kepada sesuatu isu sehingga gagal menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar.

"Unit berkenaan sering kalah dalam menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang dalam media baru berbanding unit siber pembangkang. Unit siber pembangkang mengumpul dan mengupas isu mengikut tafsiran masing-masing yang kebanyakannya menjurus ke arah membelasah kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bentong, di sini hari ini. Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Ketua UMNO Bahagian Bentong. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, maklumat yang tepat dan jelas amat penting bagi menarik rakyat, terutama golongan muda dan 'pengundi atas pagar' daripada terjebak dalam dakyah parti pembangkang.

7 comments:

Wake UP! said...

Ntahnya. Gajah di depan mata tak nampak. Gaji Menteri berpuluh-puluh ribu, dapat lagi bermacam-macam elaun. Kalau ada isu apa-apa, jawablah sikit. Jangan makan gaji buta.

Anonymous said...

yang sebtulnya, blogger UMPORNO x boleh jawab sebab banyak sangat menipu macam video seks. Benda kalau menipu x boleh nak goreng lebih2... nanti kantoi...
macam citer P.Ramlee, buka dadu tak leh lebih dari dua kali...

kawan blogger elit said...

saya bukan blogger tapi berkawan dgn mereka yang awak hinakan sebagai blogger elit.

pada saya, masaalah blogger pro umno adalah banyak terlalu kejar rating tapi tak ada kualiti dalam penulisan.

byk ternyata tak kemaskini maklumat dan ilmu, cara tulisan tak matang dan mengejar glamour dan habuan.

macam kamu bolehlah menulis tapi rasanya kamu tak faham strategi-strategi media, psywar dan siber.

sini kelebihan kebolehan dan pengalaman mereka.

beza blogger elit dan blogger nyamuk adalah ilmu dan maklumat.

blogger elit begitu diversify pengetahuan dan ilmu mereka.

blogger nyamuk hanya tahu isu politik, isu seks, isu politiking, isu seks, isu parti, isu seks ...

kebanyakkan blogger elit yg saya campur adalah bekas pemegang jawatan2 tinggi.

maka rangkaian mereka meluas dan punya access sendiri untuk dapat dan menilai maklumat.

jangan jealous kalau pemimpin kerajaan cari mereka dan bukan mereka cari kerajaan.

mereka lebih bebas dan berani berbanding dgn blogger marhaen yg berani bodoh.

byk blogger marhaen boleh dibeli. maka tidak menakutkan pihak kerajaan.

satu lagi byk blogger pro kerajaan sokong buta kerajaan dan kurang kritis, maka kredibiliti hilang.

walaupun alexa ranking blogger elit tak tinggi, pandangan blogger elit jadi ikutan dan bualan awam.

tak susah nak jadi blogger elit, satu ilmu, dua jaga kualiti dan tiga bijaksana.

belajar dari mereka. jangan angkuh dan ingat dah pandai. sentiasa berguru dari yang lebih tahu.

Muhammad Azli Shukri said...

kawan blogger elit - sayang kerana terlalu bnyak percayakan cakap2 bloggers elit lah, akhirnya kerajaan jerat tengkuk sendiri.

banyak isu yg disentuh oleh bloggers elit inilah akhirnya menjadi buah tanggung yg terkena batang hidung sendiri

cuba belajar bagaimana Pakatan rakyat meraikan para bloggersnya...bukan susah sangat pun

Anonymous said...

Azli berblog untuk politik tapi mereka tidak.

Masaalah utama blog pro umno adalah blog2 nyamuk yang kini menjadi liar tak terkawal

kawan blogger elit said...

cepat anda jawab

apa perlu anda mengkritik mereka, sedang mereka tak peduli dan ambil tahu apa yang anda buat dan tak kenal pun anda.

mereka ada life mereka dan tak ambil hal dengan grup lain.

sah anda cemburu dan berhasad dengki dengan blogger elit.

kalau anda nak sangat acknowledgement, walk the mile first.

kebanyakkan blogger pro umno masih mentah dan kebudak-budakan.

model blog pakatan rakyat hanya blog politiking.

bosan membaca blog mereka macam juga untuk baca blog pro umno yang lain.

anda lupa rakyat dah bosan dengan politicking yang berlebih-lebihan.

anda yang suka sangat dengan politik terlalu syok sendiri hingga tak faham denyutan rakyat biasa.

Muhammad Azli Shukri said...

kawan bloggers politik - kami tidak pernah peduli dan dengki pun terhadap bloggers elit yg tuan maksudkan, mereka ada dunia mereka, dan kami ada dunia kami, soal kenal atau pun tidak, kami tidak peduli, kami tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk membuka dan membaca blog kami, terpulang sesiapa pun boleh berblog - tetapi, apabila zahid menggambarkan seolah2 bloggers UMNO gagal menjawab isu yg dibangkitkan oleh bloggers pembangkang, maka, saya perlu mempertahankan. bloggers2 nyamuk nie la yg banyak membantu calon2 BN dahulu - harap maklum.