Tetamu Kehormat...

June 24, 2011

SMS Ugut Sudah Bersepah - Tapi Seorang Pun Tak Mati

Ambiga dan puak-puaknya diminta agar membina plot drama dan lakonan yang lebih mantap berbanding dengan mencipta sms palsu kononnya mereka diugut akan bunuh oleh pihak tertentu, (baca di sini). Soalnya, berbaloikah membunuh pengkhinat bernama si Ambiga ini? Berapakah nilai nyawanya jika di bandingkan dengan nyawa Sosilawati yang dibunuh dengan kejam sebelum ini?

Yang perlu di"BERSIH"kan ialah Majlis Peguam, sebuah majlis yang dianggotai oleh sebahagian besar peguam yang membenci Perlembagaan Negara dan mahu menafsir semula segala keistimewaan yang dimiliki oleh orang Melayu-Islam melalui kaca mata demokrasi ala-Anwar Ibrahim! Inilah badan NGO yang mesti diBERSIHkan dahulu. Pembunuh, penjenayah, perompak semuanya berselindung di sebalik jubah peguam dan badan tersebut. Tiada sesiapa pun yang nampaknya berminat untuk mengaudit Majlis Peguam yang penuh kotor lagi jijik itu.

Kisah sms ugutan bunuh yang diterima oleh Ambiga di atas merupakan kisah lawak jenaka yang tiada hujung pangkal, hal ini dikupas dengan baik oleh pisau.net ini (baca di sini). Sangat tepat ulasan beliau, sekiranya kita perhati dengan jujur, setiap kali puak-puak ini menghadapi masalah dan sokongan mereka semakin terhakis, maka akan terdengarlah kisah-kisah sedih kononnya mereka menerima ugutan bunuh dan nyawa mereka terancam.

Cukup-cukuplah dengan kisah dongeng ini, dulu Anwar Ibrahim mendakwa ada pihak yang mahu membunuhnya dengan racun Arsenik, hidup lagi sampai hari ini, kemudian dakwa pula terdapat unsur sabotaj terhadap kereta yang dinaikinya, tidak lama selepas itu, si anaknya Nurul Izzah pula muncul dengan mendakwa ada menerima sms ugutan yang mahu menculik anak kesayangannya, tak habis di situ, beberapa wakil rakyat pembangkang juga pernah mendakwa bahawa mereka juga pernah mendapat sms ugutan bunuh sebelum ini.

Namun demikian, yang peliknya semua itu hanya ugutan, tidak pernah kita dengar pemimpin pembangkang atau manusia seperti Ambiga ini benar-benar dibunuh. Saya percaya, ini semua lakonan Ambiga untuk meraih semula sokongan rakyat akibat daripada begitu banyak laporan polis yang telah dibuat bagi menghalang Perhimpunan Bersih pada 9 Julai depan. Sekiranya perhimpunan Bersih yang pertama dahulu, puak-puak ini bolehlah menipu rakyat, tetapi pada hari ini rakyat semakin cerdik. Empat buah negeri yang dikuasai PR adalah bukti ketelusan SPR, di samping merosotnya undi BN di Sarawak baru-baru ini, adalah bukti bahawa SPR menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah.

Nasihat saya hanya satu, hentikanlah skip bodoh seperti ini. Kalau betul UMNO nak bunuh si Ambiga ini, tak perlu rasanya diugut-ugut terlebih dahulu, tembak sahaja dari awal, habis cerita. Pelik dan ajaib, sms ugut dah bersepah dihantar kepada pemimpin pembangkang, tetapi seorang pun tak mati. Ini sms ugut atau sms cinta? Orang yang bodoh sahaja percaya kisah bohong ini.

Dulu, semasa himpunan Bersih yang pertama mendapat sambutan rakyat jelata, mengapa si pengajur dan si Ambiga ini tidak menerima satu pun sms ugutan? Jawapannya mudah, pada masa itu puak-puak ini mendapat sokongan kuat rakyat, dan tiada masalah untuk menghimpunkan lautan manusia di jalanan. Tetapi pada hari ini, sokongan tersebut sudah semakin terhakis. Maka, sesuatu terpaksa dilakukan oleh penganjur Bersih, agar rakyat kembali bersimpati dengan mereka dan bersama-sama turun di jalanan untuk meramaikan keadaan yang mungkin lengang dan lesu. Inilah strategi licik mereka.

7 comments:

Anonymous said...

Saya syorkan semua ahli Bar Council mangambil sumpah taat setia pada DYMM Agong, Negara malaysia dan Pelembagaan....ada berani? Azli tolong refine kan cadangan ini...

Lepas tu baru BC bolih besuara...dengan bernas....kalau tak tembak

anti bohmau said...

memang cukup memualkan cara mrk bergerak! penuh dgn tipu daya & lakonan hebat.

tengok nwar bersama ambigauos ni mcm dah sepakat membawa rebah utk negara kita yg tercinta! diajak berbincang tak mahu. degil nak demo haram jugak! tidakkah mencabar pihak berkuasa namanya?

setakat nak serah memo, tak payahla berdemo. cukup dgn hantar wakil secara beradat, bersopan krn yg pembangkang nak temui ialah ketua negara malaysia yg berdaulat! bukannya lahabau pencacai yg berumahtangga tepi jalan!! harap2 rakyat yg baik & rasional nampak agenda besar di sebalik demo ni...

yg muda2 nak jadikan ia mcm medan tahrir. pas pun tigasuku gila punya nak sokong!

yg pertengahan umur nak jatuhkan kerajaan krn gagal memenafaatkan masa muda dgn perkara2 yg sepatutnya mrk buat utk menjadi melayu berjaya. contoh terbaik bob bozoman. mcm2 kerajaan tawarkan tp kemalasan yg mrk anuti! akhirnya gagal dlm hidup, sengsara anak bini & terus salahkan kerajaan.. tak nak tengok pula contoh2 mrk yg berjaya dgn bantuan kerajaan malah ada yg berjaya tanpa bantuan krn sedar diri mampu usaha sendiri..

yg tua2 ganyut plak tak tentu arah tujuan menyertai bersih ni terutama sasauwan negara yg janggutnya terlebih dari yg sunnah anjur plak! dahla sabo ppsmi sampai merugikan anak melayu! makbapak yg ganyut2 tu tolongla pikir apakah kerajaan pr mampu buat lebih baik sedangkan hakikatnya di 4 negeri yg mrk perintah sekarang keadaan semakin kucar baral...

Anonymous said...

Betoi sgt tu sdra Azli. Semuanya lakunan semata-mata. Yang menjadi mangsa perhimpunan BERSIH haram ini ialah rakyat yang hendak mencari iaitu pemandu teksi dan peniaga-peniaga di kawasan perhimpunan.

Lebih baik batalkan saja.

Blog 1 Malaysia said...

Hidup Mati bukan kita yang tentukan abang-abang woi!! :-)







-------------------------------------------------------------------
Siapa Rosakkan Rakyat? - TV Porno boleh. Akhbar Porno boleh. Perhimpunan Bersih tak boleh - Memang pemimpin2 BN bodoh dan tolol2
http://facebook-1malaysia.blogspot.com/
http://blog1malaysia.blogspot.com/

Anonymous said...

Di Kelantan ada gerakan yg selalu berdemotrasi seperti OMBAK,MTRK,gelombang merah, dan di Selangor ada pulak GAPS,geng kepala lembu, habis tak kan BERSIH tak boleh pulak ?

Anonymous said...

Saya setuju sangat dengan komen anti bohmau.

Lagipun kalau betul pun Si Ambiga menerima sms ugutan, saya tak kesian langsung pun kat dia kerana "She asked for it" dan "Serves her right".

Buang Datukship dia kerana dia pengkhianat negara macam Si Orang Tua Gatal Anwar Pandikutty

Muhammad Azli Shukri said...

Tq