Tetamu Kehormat...

June 29, 2011

Selebriti Harus Lebih Berwaspada

Saya agak kasihan melihat nasib selebriti popular Malaysia, Wardina yang dikaitkan dengan politik kotor Pakatan Rakyat. Tanpa menyalahkan sesiapa dalam soal ini - saya tetap berpendirian bahawa Wardina seharusnya bijak mengatur langkah kerjayanya agar tidak "memandai-mandai" memberi komen politik di laman twittwernya sehingga menimbulkan fitnah ke atas dirinya sendiri. Saya percaya artis atau selebiriti harus menumpukan perhatian terhadap kerjaya mereka, tanpa cuba melibatkan diri mereka dengan ulasan-ulasan politik yang hanya mengundang amarah dan salah faham dalam kalangan peminat setia mereka. Mereka harus sedar bahawa tingkah laku serta pendirian politik mereka sentiasa diperhati dan diawasi oleh orang lain. Lantaran itu - berhati-hatilah sentiasa. Dan sekarang apabila semakin ramai yang mengkritik pandangan politik Wardina, beliau seolah-olah telah "meloncat" terlalu tinggi sehingga mengugut mahu menyaman para pengkritiknya. Jika takut dikritik orang, maka elaklah mengkritik orang lain. Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR 28 Jun - Selebriti popular yang juga pengacara rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sekali gus menyokong perhimpunan haram Bersih. Beliau berkata, tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya oleh penulis-penulis blog adalah suatu perkara yang serius dan mengaibkan dirinya dan keluarga. Justeru, katanya, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya artikel yang tersiar termasuk gambar-gambar lamanya di dalam blog, tidak dikeluarkan daripada blog berkenaan secepat mungkin.

"Saya nyatakan di sini bahawa saya tidak menyokong mana-mana parti, sama ada parti pembangkang atau pun kerajaan dan saya juga bukan ahli PKR. "Buat masa ini, saya tidak ada niat untuk menjadi calon dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia semalam. Beliau berkata demikian bagi menjelaskan tentang gambar dan penulisan yang disiarkan menerusi blog yang memberi gambaran bahawa beliau menyokong perhimpunan Bersih dan PKR.

Menyentuh tentang kehadirannya di Karnival Mesra Rakyat, Sabtu lalu, Wardina berkata, beliau hadir sebagai jemputan untuk memberi ceramah motivasi keibubapaan. "Oleh sebab itulah saya hadir pada karnival tersebut tetapi saya tidak pun diberitahu Azmin Ali akan hadir sama. "Apabila saya dijemput minum oleh penganjur, saya terkejut kerana Azmin Ali pun ada. Tak kan saya nak beredar.

"Saya kesal apabila ada yang berfikiran jumud dan mudah untuk membuat interpretasi tanpa menghubungi saya untuk dijelaskan keadaan sebenar. "Tidak seperti Utusan Malaysia yang menghubungi saya terus untuk mendapatkan jawapan," katanya. Beliau berkata, ekoran tuduhan yang dilemparkan, beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi menuntut supaya semua artikel berkaitan dengan dirinya yang dikaitkan dengan parti politik, diturunkan segera. "Jika penulis blog berkenaan gagal berbuat demikian, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana negara kita, ada undang-undang," katanya.

13 comments:

JIWA ANAK MUDA said...

SALAM...SAYA BLOGGER YANG BARU KEMBALI UNTUK AKTIF. TOLONG LINKKAN BLOG SAYA DI BLOG TUAN. BERSAMA KITA BERJUANG MEMPERTAHANKAN AGAMA DAN NEGARA KITA DARI ANASIR JAHAT. TERIMA KASIH.

hafiz said...

Selebriti seharusnya neutral dari Politik, Kalau masuk politik, nanti ada orang suka & tak suka...neutral lebih baik...

Anonymous said...

Gantungkan sahaja persembahan Wardina ditv3. Buat apa lagi jadi pengacara MHI jika dia menyokong pehak sayaf kiri kerajaan? Ini sudah mengecewakan hidayat pemerhati dan pendengar MHI di tv3.
Agaknya si perempuan ini ada kena mengena dengan keluarga penipu pemimpin PKR atau mana-mana ahli pembangkang, mesti disiasat supaya tidak menjadi pengintip rahsia pembangkang.
Cara huraiannya nampaknya hendak memusingkan fakta supaya mengelirukan orang Melayu yang tidak matang. Sama seperti cara pemimpin dan keluarga pembangkang.

Diyana said...

kenapa nk marah kalaupun benar dia menyokong parti ape pun? rakyat malaysia ada hak memilih, ada hak utk sokong mana2 parti....kalau benda ni jadi isu, baik tak payah adakan pilihanraya, haramkan terus parti pembangkang...pasal sapa2 yg sokong parti pembangkang akan kene berbagai2 setback....jadikan malaysia ni anarki terus...kan senang....kenapa kita sebagai rakyat malaysia x bley nk terima sekiranya ada org yg mempunyai pandangan lain daripada orng lain? dh sampai masanya kita matang sket dlm politik ni....kalau kita dibahagi-bahagikan mengikut parti politik masing2, apa pun x bley wat keje....skang ni yg sy tgk kalo selebriti/penjawat awam/guru tunjukkan sokongan kepada parti pembangkang mesti diorng ni kene hentam, kenapa? mereka ni x boleh memilih ke? mereka ni x boleh mengundi ke? BN mmg automatik akan dpt undi penjawat awam ke kalau adakan pilihanraya? kalau mcm tu, baik kita penjawat awam ni x payah balik kampung keluar mengundi, buang masa aje, masa tu lebih afdal digunakan untuk bekerja...bagi sy, BN bukanlah kerajaan, pilihanraya yang menentukan kerajaan. if next PRU pembangkang menang, kerajaan malaysia tak tukar nama pun jadi kerajaan pakatan rakyat, guru/penjawat awam still menjalankan kerja mcm biasa, iaitu berkhidmat untuk kerajaan...so what's the point nk segregate ikut parti plak ni? sedih betul bila melihat suasana politik malaysia ni....

Din zs said...

WAHAI ORG2 ISLAM,LAYARILAH BLOG http://zul4kulim.blogspot.com/. SEMOGA KALIAN AKAN DIBERI ALLAH TAUFIK DAN HIDAYAH SELEPAS MEMBACANYA.AMIN!!!

Liyana Safra Zaabar said...

sy setuju dengan komen Diyana tu.

Anonymous said...

Tak de sape pon kisah wardina nak sokong sesapa pon. Tak de jadi kudis pon. Tapi wardina tak perlula hipokrit. Tulisan wardina kat tweeter tu dah cukup membuktikan Wardina di pihak mana, tapi masih nak nafikan lagi? Ke terpaksa nafi untuk jaga periuk nasi?

Kalau betul nak aktif politik, berhenti kerja, declare diri as ahli politik, mana tau nanti boleh jadi calon PKR PRU13. Lagi mudah keje la dgn TVSelangor, kan sama ideologi tu?

p/s Apa ucapan wardina kepada Nik Nazmi dalam tweeter semasa PRN Sarawak? Mungkin wardina lupa, tapi kami tak lupa...heheheh

Anonymous said...

Dari dulu lagi sapa yg menzahirkan sokongan kepada pembangkang bersedialah menerima periuk nasinya akan terancam. Kalau jadi cikgu kena tukar ke pedalamana, kalau jadi kontraktor kena blacklist, kalau jadi ustaz, tak dapat tauliah kuliah masjid. kalau jadi artis, kena telinga tebal utk dihentam dlm ruang gossip. dia orang ingat Malaysia ini bapak dia punya, sebab itu duk byk sangat ketirisan dan keborosan, yg terbaru kos selenggara lebih mahal dari kos bina rumah.Tunggulah hisab kelak..

Anonymous said...

http://1peluru.blogspot.com/2011/06/alamakkk-wardina-nak-saman-bloggers.html

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

Diyana said...

Sama-sama....

Anonymous said...

Betul kata Hafiz. Kalau kat ofis pun kita berahsia mengenai parti yang kita sokong, mengapa selebriti nak canangkan ke seluruh dunia? Apatah lagi majikannya TV3.

Anonymous said...

mungkin niat asal Wardina berceramah itu baik! tapi untuk masa n ketika ini kita kena berhati-hati kalau ia bukan anjuran kerajaan pemerintah.. kerana kadang2 kita diperangkap mungkin dengan gambar dsb dan apabila tersebar seolah2 kita sudah benar2 memihak mereka!Selebriti lain pun ramai yg memberi ceramah tapi mereka pandai memilih n kalau boleh buatlah kajian lebih dulu n mintalah pandangan orang lain!