Tetamu Kehormat...

June 4, 2011

Rumah Sudah Siap, Pahat Masih Berbunyi : Ahli PAS Akar Umbi Tidak Puas Hati!

Tidak sampai 24 jam selepas barisan baru kepemimpin PAS yang memenangi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dibentuk - sudah mula kedengan suara-suara sumbang yang gelisah dan sukar menerima keputusan daripada para perwakilan tersebut. Kegelisahan ini ada rasionalnya - hakikat yang sebenarnya ialah Mat Sabu memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS adalah berpunca daripada perpecahan golongan ulama dalam parti tersebut. Sekiranya salah seorang daripada calon ulama untuk jawatan Timbalan Presiden PAS, sama ada Nasharudin mahu pun Tuan Ibrahim menarik diri, InsyaAllah kepimpinan ulama masih boleh dipertahankan.

Realitinya, perwakilan masih menginginkan kepimpinan ulama. Seandainya jumlah undi yang diterima oleh Nasharudin dan Tuan Ibrahim dicampur, maka aspirasi perwakilan PAS masih mahu mengekalkan ulama bagi mengisi jawatan nombor dua parti tersebut. Tetapi - malangnya, keinginan untuk mengejar kuasa dan pengaruh mula menyelubungi kepimpinan ulama sejak beberapa tahun yang lalu, sehingga jawatan tidak lagi dilihat sebagai beban yang akan digalas di akhirat kelak, sebaliknya jawatan dalam parti sudah mula digambarkan sebagai satu bentuk keistimewaan dan jalan pintas untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum yang akan datang!

Rata-rata ahli PAS akhir umbi sudah mula menunjukkan rasa tidak puas hati atas kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS - menurut mereka, jumlah undi yang diterima oleh Mat Sabu membuktikan bahawa majoriti perwakilan masih menolak beliau. Dengan kata mudah - Mat Sabu sebenarnya tidak mendapat sokongan penuh daripada perwakilan PAS, sekali gus menyukarkan beliau untuk melakukan gerak kerja parti.

Beberapa ahli PAS yang jujur dan ikhlas, sudah mula menghidu gerakan sulit bagi menukar wajah PAS kepada bentuk yang lebih "nasional" - Daripada Hukum Hudud menjadi "Keadilan Sejagat", daripada negara Islam menjadi "Negara Berkebajikan" Semua ini merupakan gambaran yang sangat jelas, bahawa terdapat gerakan "bawah tanah" yang cuba memesong dan menukar perjuangan tulen PAS. Tanpa disedari, selangkah demi selangkah, PAS dijauhkan daripada al-Quran dan as-Sunnah, dan perlahan-lahan perkataan Islam diganti dengan perkataan-perkataan lain yang erti dan maksudnya sangat jauh berbeza daripada perjuangan asal PAS.

Sama ada kita sedar atau pun tidak - PAS benar-benar telah dirosakkan oleh Anwar Ibrahim. Sedikit demi sedikit, wajah PAS sudah berubah, yang mana akhirnya umat Melayu-Islam juga yang menanggung kerugian. Inilah natijah daripada membelangkangi perintah Allah, yang melarang umat Islam menjadikan kaum kafir sebagai teman rapat. Firman Allah di dalam surah An-Nisa' ayat 144 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman; adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menghukum) kamu?" Lantaran itu, fikir-fikirankah, wallahualam.

19 comments:

Anonymous said...

akar umbi mana?...kahkahkah...apa yg UMPORNO takut dah jadi...kahkahkah...

Anonymous said...

Sapa takut, bila masa UMNO takut, ko ingat pas tu kuat sangat ker.

Masa last election tu PAS kuat ker rakyat marah kat paklah @ kj. Sendiri mau ingat la.

Pemerhati said...

anon 5.29....gelak jela sepuas2nya.. sakit jiwa agaknya ko baca statement atas ni... nampak sangat ko sakit hati hehe.. ko gelarla umno tu mcm2 selagi allah tak izinkan sampai bila2 pun pas tak akan berjaya meruntuhkan umno...x berkat beb..xde makna nya umno nak takut kat pas ni.. alahai.

Anonymous said...

Betul tu. PKR /PAS/ akan tumbang dalam piliharaya nanti. Duu menang sebab melayu marahkan Pak Lah. Sekarang melayu sedar PR lagi teruk dan merbahaya. Melayu perlu kembali pada UMNO. Hanya UMNO penyelamat Bangsa Melayu. Melayu bersatu Cina dan India akan selamat

Anonymous said...

bagi aku mudahh jee..
tanpa dap dan pkr,pass ni hampass je laa...ini hakikat bukan emosional..i m not hipokrik beb..

J3BAT said...

5:29 GELAK SEBAB YG MENGELARKAN AL-JUBURI SEKARANG NI KENA MEMBONTOT AL-JUBORI PULA . MUA HA HA

Anonymous said...

kemenangan kp erdogan adalah baik untuk UMNO dan BN!!! Pas dah jadi pkr, tiada lagi agenda islam!!! Pas patut belajar dari 8 kekalahan berturut-turut dlm PRK, tetapi kerana pas angkuh mcm jugak setan, maka perwakilan tidak mendapat hidayah Allah SWT apatah lagi mereka sendiri pun tidak memohon petunjuk Allah. Hidup UMNO

Anonymous said...

PAS semakin matang dengan gandingan mantap bersama PKR dan DAP. Kalau gelombang yang berlaku di Sarawak terus melanda ke seluruh Malaysia, pasti BN akan tumbang !!
Kredibiliti Najib akan semakin tercalar bila kes pembelian kapal selam bermula di mahkamah Perancis.
Rakyat marah dgn kenaikan harga barang yg tidak henti2. Bertambah marah tidak terbendung lagi bila sistem kehakiman, polis, SPRM dan SPR telah dilihat berat sebelah. Situasi ini amat meyedihkan bagi rakyat yang berfikir. Majoriti rakyat telah buat keputusan utk menukar kerajaan.
ALLAHUAKBAR !!!

namtho said...

pasti ada yg tak kena nie..tpi terpulang pda semua ahli2 pas sendiri yg mengundi.

xpas said...

tak hairan nuar akan menyusop masuk pas sbb semua puaknya skrg menguasai pas. sbb tu dia tak jadi presiden pkr.

golongan ulama hanya terduduk kat majlis syura dan dewan ulama. serupa ketika golongan ulama dulu berada dlm umno. 2x5 la kome. padan le muka kome, dulu dok perang fisabilillah nak perjuangkan negara ISLAM tapi sejak terduduk di celah kangkang dap kapir dan pkr, negara IISLAM entah ke mana, hudud entah ke mana.dok baya ayat al-Quran hentam kerajaan, skrg baru sedar dlm ISLAM tak da negara ISLAM ?patut la jadi barua dap kapir dan pkr

ahli pas masih tak faham2 politik nuar dan kit siong. tanggung la kome.

Anonymous said...

PADA 2002, APABILA USTAZ FADZIL NOOR MENINGGAL DUNIA, HJ. HADI YG BERKELULUSAN UNIVERSITI MADINAH SBG TIMBALAN MENJADI PRESIDEN PAS.KALI NI, KALAU HJ. HADI MENINGGAL, MAT SABU AKAN JADI PRESIDEN..MAT SABU YG MASUK ITM BELAJAR ART & DESIGN PUN TAK LULUS NAK JADI PRESIDEN PAS??

LAGI PELIK, ORG MCM MAT SABU & MAHFUZ YG SETAKAT LULUS SPM TU DIANGGAP KUMPULAN PROFESIONAL? SETAU AKU KUMPULAN SOKONGAN PUN MRK NI TAK LAYAK! HEEE...

Gonjeng said...

Apahal korang nyibuk fasal pas? Ikut suka oranglah siapa yg pas nak pilih. Mat sabu akan sapu nanti siapa yg dia nak.

Anonymous said...

..eh eh..siapa takut kpd PAS..PAS sudah tidak ada..kini PAS sudah tukar nama kepada PKS > Parti Kebajikan SeMalaysia..mereka dah tolak Negara Islam dan Hudud...

Wak Long

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

Den Cdo said...

alaihaiii golak lak Den baco komen cik Anon cik anon penyokong pas nie...samo ajo macam ketua dio si mahfuz tu.....main tembak ajo ikut sodap mulut..apo-apo PAS ini NATO ajo....NO ACTION TALK ONLY...negaro islam la negora kebajikanlah...esok dio pusing lak, negaro mesro rakyat lak..

Den Cdo said...

alaihaiii golak lak Den baco komen cik Anon cik anon penyokong pas nie...samo ajo macam ketua dio si mahfuz tu.....main tembak ajo ikut sodap mulut..apo-apo PAS ini NATO ajo....NO ACTION TALK ONLY...negaro islam la negora kebajikanlah...esok dio pusing lak, negaro mesro rakyat lak..

Den Cdo said...

alaihaiii golak lak Den baco komen cik Anon cik anon penyokong pas nie...samo ajo macam ketua dio si mahfuz tu.....main tembak ajo ikut sodap mulut..apo-apo PAS ini NATO ajo....NO ACTION TALK ONLY...negaro islam la negora kebajikanlah...esok dio pusing lak, negaro mesro rakyat lak..

Den Cdo said...

opppss sorry tuan rumah, tolon gdeletekan, Den tertokan laa,,,,

Anonymous said...

Kepada Melayu PAS dan UMNO,

Muzakarahkan Qalbu kita semua. Semoga Qalbu kita tidak menjadi sifat buruk "kalbu" yang tidak pernah ada rasa bersyukur.