Tetamu Kehormat...

June 20, 2011

Panas! Ambiga "Bantai" Anwar Ibrahim

Tinggi benar ego si Ambiga ini. Dengan Anwar Ibrahim pun berani kurang ajar. Belum lagi dapat kuasa. Kepala Anwar Ibrahim pun berani dipijaknya. Dahsyat...Inilah manusia yang disokong membabi-buta oleh ulama-ulama PAS. Tidak mampu dibayangkan, kalau orang semacam ini mendapat kuasa politik, hancur negara. Agaknya si Ambiga ni lupa, tanpa Anwar Ibrahim yang mengapi-apikan kebencian terhadap kerajaan, beliau tidak mungkin mampu mengadakan perhimpunan BERSIH seperti hari ini. Baca berita di bawah...

KUALA LUMPUR, 20 Jun — Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan Himpunan Bersih 2.0 akan diteruskan sambil menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai kuasa meminta membatalkan perhimpunan itu walaupun Putrajaya dapat memberi jaminan pilihan raya umum yang bersih dan adil. Kata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), pihaknya menghormati hasrat Anwar, namun keputusan membatalkan Himpunan Bersih 2.0 bukan di bawah kuasa Ketua Umum Pakatan Rakyat itu. Ini kerana jelas beliau, Bersih bukan didokong oleh parti-parti politik tetapi badan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut pilihan raya adil dan bebas. “Kami hormat (keputusan Anwar) tapi rakyat bukan hak kamu. Ini keputusan kami (mengadakan Himpunan Bersih 2.0) dan keputusan ini dibuat setelah usaha kami mahu mengadakan sesi dialog bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bebas. Klik di sini..

7 comments:

Anonymous said...

Funny... for BERSIH to claim that they have no links to any political body. Who will be more of interest on election but the political parties? And... who has been all the while claiming the elections were un-BERSIH? The link is LOUD and CLEAR...

kluangman said...

Filem tamil..Ambiga dan Anwar.

Pemuda UMNO dan Mat Sabu wajar contohi Pemuda MIC dan Pemuda MCA - diam membisu.

ANAK BUKIT HIJAU said...

Salam Tuan.

Seorang sahabat baru telefon minta saya sampaikan cadangan berikut:

1. Pihak berkuasa benarkan pihak penganjur bersih teruskan rancangan jahat mereka.

Syaratnya:
1. Penganjur dikehendaki "membayar" wang pertaruhan RM10 Juta.
Wang ini akan "hilang" kalau berlaku sesuatu, angkara mereka.
2. Semua pemimpin bersih yang ditangkap kerana kesalahan "merusuh" hendaklah ditarik "kewarganegaraan" mereka tanpa kompromi.

Bolehkah, tuan?

Anonymous said...

HELLO BROTHER.. ITU SEMUA WAYANG...SKRIP DA SIAP ..CUMA HAFAL.. MCM KES BELUM BICARA.. PENJENAYAH NI HAFAL BAIK PUNYA SKRIP...KES MENANG..RM MASYUUK..KAYA BEB..ADIL TAK ADIL BELAKANG KIRA..
KAKI LIWAT DGN LIDAH ULAR SAWA...KAU LEH CAYA KE

Anonymous said...

oooi polis tu dibawah Kementerian mana ?... abis kau faham la.. jika menteri ahsyik nak jaga nama ..payah la..kita sokong aja Bersih..nanti BN tumbang.. menteri KDN lama sudah tentu di ISAkan...termasuk menteri yg ada.. meka tak akan lepaskan.. caya lah Ini Politik..Double agen kini bersepah dalam kerajaan...termasuk ....yg b.....mana kan tidak sijubur tahu awal apa polis nak buat...apa menteri nak buat meka da tau awal da...

Muhammad Azli Shukri said...

anak bukit hijau, cdg yg baik

anti bohmau said...

betul tuan ast,

cadangan wang pertaruhan tu baik jugak! boleh jadi jaminan agar tidak berlaku kerosakan harta benda awam. perlu ingat negara rugi RMberjuta2 lepas demonstrasi jalanan 1998 & 2009 yg lalu krn kerosakan harta benda awam & hilangnya pendapatan peniaga2, pemandu2 teksi, pengangkutan awam yg terganggu dan segala aktiviti ekonomi sekitar bandaraya bila mrk tidak dapat beroperasi dpt biasa... jgn ingat seronok nak berdemonstrasi tapi merosakkan periuk nasi ramai orang! Islamik ka begitu?