Tetamu Kehormat...

June 9, 2011

Negara Berkebajikan : Kami Bukan Hantu!

Bertempik dan melolonglah para pemimpin PAS tatkala disindir pedas oleh Tun Mahathir dengan mengatakan bahawa yang menang dalam perebutan kuasa dalam Muktamar PAS baru-baru ini ialah Karpal Singh dan bukan Haji Hadi atau Mat Sabu. Menjeritlah Nik Aziz mengutuk Tun Mahathir dengan mendakwa bahawa orang pertama yang menolak negara Islam PAS ialah Tun Mahathir sendiri dan bukan Karpal Singh - maka berterusanlah rakyat diperbodoh dan diperjahilkan oleh para pemimpin PAS dengan dakwaan yang penuh hanyir lagi kotor ini. (baca di sini).

Tun Mahathir tidak pernah menolak negara Islam - bahkan Mahathir dengan sangat berani mengisytiharkan bahawa Malaysia ialah sebuah negara Islam! Maka, untuk apa diperjuangkan lagi sebuah negara Islam di bumi Malaysia, sedangkan sememangnya Malaysia sebuah negara Islam? Jika Malaysia bukan sebuah negara Islam - bagaimana mungkin seluruh dunia melabel dan mengiktiraf negara ini sebagai sebuah Negara Islam? Perlukah kita menunggu sehingga PAS mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam, barulah kita dengan secara rasmi mengisytiharkan Malaysia ialah sebuah negara Islam? Siapakah PAS yang begitu berkuasa untuk menentukan Islam atau tidaknya sesebuah negara itu?

Isu negara Islam masih diperdebatkan oleh sekalian ulama sehingga hari ini - terlalu banyak pandangan dan ijtihad yang melingkari persoalan tersebut. Bahkan - di sana terdapat syarat yang sangat minima untuk mengesahkan sesebuah negara tersebut merupakan sebuah negara Islam, dan di sana juga terdapat syarat yang sangat ketat untuk mengesahkan sesebuah negara itu sudah menjadi sebuah negara Islam.

Malah, sesetengah ulama komtemporari berpandangan, bagi mengelakkan perpecahan umat Islam dan dalam keadaan (waki') umat Islam yang ditindas pada hari ini - syarat minima sudah memadai bagai mengesahkan sesebuah negara itu merupakan sebuah negara Islam. Dan saya mengesyaki, negara Berkebajikan yang dilaung-laungkan oleh PAS melalui lidah Haji Hadi tempoh hari, adalah satu cubaan untuk meletakkan pandangan ulama yang agak liberal ini dalam mengetengahkan cadangan negara Berkebajikan, yang sebenarnya sudah pun dimulakan oleh UMNO 60 tahun yang lalu!

Perkara asas yang perlu diutamakan oleh kita semua pada hari ini adalah Masyarakat Islam. Inilah yang harus dibentuk terlebih dahulu sebelum sebuah negara Islam yang sebenar-benarnya wujud. Namun demikian, PAS sudah dikira gagal dalam mewujudkan "Masyakat Islamnya" sendiri terlebih dahulu apabila masih terdapat dalam kalangan ulamanya yang mencaci, mengumpat dan mengaibkan para pemimpin UMNO yang sudah jelas keIslaman mereka!

Nah sekarang - tolong beritahu rakyat Malaysia manakah negara di dunia ini yang boleh diisytiharkan sebagai negara Islam tulen? Sekarang, Nik Aziz bising memperjuangkan negara Berkebajikan, soalan saya kepada Nik Aziz hanya satu - Apakah ciri-ciri negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS itu? Di mana al-Quran dan as-Sunnah diletakkan? Masih ada atau sudah disenyapkan atas nama strategi politik?

Mengapa masih tidak berani memaparkan kertas dasar negara Berkebajikan yang dilaung-laungkan oleh Haji Hadi tempoh hari? Sebenarnya PAS perlu mengaku bahawa cara UMNO yang lebih hampir dengan kehendak Islam - dilakukan secara senyap-senyap tanpa menakutkan kaum bukan Islam, sedar-sedar negara Malaysia sudah pun menjadi sebuah negara Islam (dengan syarat yang minima), maka, Mahathir pun segera mengisytiharkannya - bukankah itu lebih mudah? Kepada puak-puak PAS yang masih jahil dalam soal ini, tolonglah banyak membaca buku tentang kenegaraan Islam, paling tidak pun tolonglah khatam terlebih dahulu buku karangan Yusuf Qardhawi berjudul - "Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan" - di sana terdapat sejumlah jawapan yang membangkitkan kesedaran. Wallahualam.

16 comments:

Anonymous said...

PAS cuma akan akui Malaysia negara Islam bila kuasa kerajaan yg ada kini jatuh ketangannya...bila semua pemimpin PAS dah mmemiliki kekayaan, kembung perut jadi penmimpin..

PAS hanya menjual slogan Negara Islam mereka untuk undi semata-mata..

Mereka nak kan negara Islam acuan mereka yg jelas jumud dan tidak praktikal.. yg lebih jijik sekarang PAS sanggup merendahkan martabat perjuangannya semata-mata kerana mahu berkongsi kuasa bersama DAP...semuanya adalah kerana PAS hanya gilakan kuasa undi..

PAS baru sedar agaknya bahawa Malaysia sememangnya seuah negara Islam...sbb tu mereka dah lucutkan slogan Negara Islam (baru sedar)..

Jelas PAS sekarang dah tiada hala tuju, mereka kata nak ganti UMNO tetapi dalam masa sama meniru gaya UMNO yg dak terbukti berjaya memajukan Umat Islam/Melayu dan negara ini..

PAS malu nak akui pemerintahan UMNO adalah yang terbaik, justeru mereka mula meniru UMNO secara diam2....

Negara berkebajikan UMNO/BN dah buat 60 tahun dahulu..adakah PAS nak patah balik 60 tahun kebelakang dan mulakan semuanya daripada kosong??

Apa yg jelas disini, PAS semakin tidak relevan kepada Umat Islam dan Melayu dinegara ini...malah mana-mana negara ISlam pun x kan sesuai untuk PAS bertapak...PAs dah semakin terdesak untuk mendapatkan undi bukan Islam sehingga sanggup buang perjuangan mereka.

Saya amat setuju dengan saranan En. Zaini Hasan dalam ruangan cuitnya di Utusan Malaysia , UMNO harus tubuhkan sayap Ulama UMNO bagi terus memperkasakan Islam.

Kini sudah ada Ulama Muda UMNO, dengan penubuhan Sayap Ulama UMNO, parti itu akan lebih mantap memperjuangkan Agama Islam dan Melayu secara keseluruhannya..

Bukan mcm PAS yg boleh diibaratkan seperti seseumpah dan org gila kuasa semata-mata....buat kerja habuk pun x tahu..

Ayuh ramai2 kita beralih arah kepada UMNO/BN..tinggalkan dan biarkanlah PAS bersama angan2 negara berkebajikan mereka

Bak kata pepatah melayu...Biarkan Si lunchai terjun dengan labu2nya...

Selamat Jalan PAS...Sayonara...

Ingat PAS, Ingat DAPigs.

Ingat PAS, Ingat fatwa sesat oleh pemimpinnya.

Wassalam...

Anonymous said...

PAS gunakan agama sebagai alat poltik. PandiKutty punya PAS!

Muhammad Azli Shukri said...

tq

koloGnyer said...

PAS sudah tiada tarikan lg bila ulama dipinggirkan dan cita-cita negara Islam dan hudud digugurkan...

Anonymous said...

Sekarang Sapa yang kembung perut UMNO ke PAS.

Sapa yang kaya UMNO ke PAS

Sapa yang gugurkan HUDUD UMNO ke PAS

Sapa yang sesat UMNO ke PAS

Anonymous said...

Negara Berkebajikan:

DAP berjuang untuk hapuskan DEB dan memansuhkan Hak Istimewa orang Melayu.
PAS sokong DAP, maka senarionya nanti adalah:
1. kebanyakan projek akan jatuh ke tangan bukan melayu sebab mereka banyak modal
2. Sekolah berasrama penuh, MRSM, UITM akan dipenuhi oleh majoritinya bukan melayu sebab keputusan peperiksaan mereka lebih baik kerana kemudahan yang mereka miliki
3. Bukan melayu akan ramai mendapat biasiswa MARA kerana mereka `miskin`, mereka kerja sendiri maka senang nak tipu pendapatan
4.Gerai2 di tepi jalan semua kena sodok sebab ganggu pemandangan, siapa yang tak cukup modal untuk sewa kedai p la jadi kuli.....mungkinkah ni Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS maka PAS bersungguh2 sokong DAP

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

abu idris said...

Ar Rayah World News
http://www.arrayah.info/
Berita Terkini Kebangkitan Negara Islam Global - Khilafah Islamiyah

abu idris said...

Ar Rayah World News
http://www.arrayah.info/
Berita Terkini Kebangkitan Negara Islam Global - Khilafah Islamiyah

abang entot said...

APA TQ TQ BABI!.....malang la hang nie....peliaq kulup babi lancau!

Muhammad Azli Shukri said...

Tq abang entot tot...tot..lain kali masuk blog org kasi salam dulu ye..sebelum membabikan orang lain..

Jijan Mali.... said...

Undi untuk PAS & PKR adalah undi untuk DAP, parti cauvinist bangsa cina yang berselindung
disebalik selogan 'Malaysian Malaysia' dan 'Negara Kebajikan'. Jangan beri undi kita yang
berharga ini kepada parti2'keldaian' DAP ini.

Anonymous said...

Apakah beza kebajikan dengan tanggungjawab bagi pemerintah?

Muhammad Azli Shukri said...

tq

Anonymous said...

KEPADA JIJAN MALI APA BEZA MEMANGKAH UNTUK BN....SUDAH TENTU DISALURKAN UNDIAN ITU UNTUK MCA DAN MIC....MCA, DAP, GERAKAN MEMILIKI SEMANGAT JUANG YG SAMA WALAUPUN PARTI BERBEZA....MRK BERSEPAKAT DLM DIAM....TAK MACAM MELAYU.....KACAU BILAU....YG RUGI MELAYU... jgn sempitkan pemikiran anda.....

Anonymous said...

Malaysian Malaysia=Negara Kebajikan. tiada perbezaan dan memang ada persamaan.

yg PAStinya hukuman hudud ala PASberg tidak akan dibuat melainkan persetujuan DAPPigs.

Hukum ALLAD dilacurkan sewenang2nya oleh Golongan yg mengaku Ulama tetapi sebenarnya adalah 'Ular dlm semak' dlm PASberg.

ha3
-PASBerg-