Tetamu Kehormat...

June 21, 2011

Negara Berkebajikan Ala-PAS

Inikah yang dikatakan sebagai Negeri Berkebajikan? Tepuk dada, tanya iman....Baca berita ini : KOTA BHARU 20 Jun - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini, Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) memberi amaran terakhir kepada Kerajaan Pas Kelantan supaya mengeluarkan kertas putih berhubung program Ladang Rakyat atau berhadapan dengan kemarahan rakyat. Timbalan Presidennya, Wan Khairul Ikhsan Wan Muhammad berkata, pihaknya akan menganjurkan perhimpunan rakyat yang lebih besar di hadapan bangunan pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan sekiranya desakan tersebut tidak dipenuhi dalam tempoh terdekat ini. Beliau berkata, kertas putih itu amat penting bagi menjawab segala persoalan yang timbul dan membersihkan nama baik kerajaan negeri daripada persepsi negatif yang dilemparkan oleh rakyat sebelum ini.

"Perkara ini sudah menjadi perbualan rakyat. Semua bercakap mengenainya kerana mereka mendakwa program tersebut telah merampas tanah yang diusahakan rakyat sejak berpuluh tahun lalu selain sistem pemilihan peserta yang diragui, malah kita juga memiliki nama peserta program ini yang dinyah senaraikan dipercayai atas faktor politik. Sambung bacaan di sini...

13 comments:

Adi Kencana said...

Ladang Rakyat dah jadi Ladang pemimpin PAS!!!

Nurul Izzah suka makan benda haram? Baca di sini!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

dah tanya ULAMA belum untuk buat perhimpunan rakyat ni.

Anonymous said...

Lembaga Pengarah Petronas bernama Mohd Azhar Osman Khairuddin berkata:

Azhar told us that Malaysian O&G reserves are not large and are running out soon. (Note: Conoco Philips Malaysia confirmed that without new discoveries, Malaysian oil production will decline at approximately 10% per year, from 550,000 bpd in 2008 to roughly 490,000 bpd in 2009 and 450,000 bpd in 2010.) )

45% dari perbelanjaan kerajaan Malaysia adalah dari hasil minyak. Ini bermakna, kerajaan Malaysia akan bangkrap apbila minyak di Malaysia kering nanti.

Kerajaan BN telah gagal menaikkan hasil negara sehingga terpaksa bergantung kepada hasil minyak dengan begitu besar sekali untuk perbelanjaan. Tidak seperti kerajaan Norway yang menyimpan semua hasil minyak mereka untuk masa depan rakyat mereka. Rakyat Malaysia pula akan berhadapan dengan kelaparan, kemiskinan, kepapaan dan berbagai masaalah sosial apabila hasil minyak Malaysia habis nanti

Anonymous said...

Rakyat Malaysia pula akan berhadapan dengan kelaparan, kemiskinan, kepapaan dan berbagai masaalah sosial apabila hasil minyak Malaysia habis nanti

Anonymous said...10:22 AM

apa punye otak la budak ni

Aspirasi said...

salam tuan cadang tukar nama bersih kepada ber-SHIT atau beerSHIT!!! sesuai dengan nama dan agenda kotor mereka.. tq

Anonymous said...

Mana kertas putih lingamgate, PKFZ, IPP, apa motif & apasal C4 terlibat dlm kes Altantuya, ketirisan RM28 billion ikut report audit negara, ekuiti melayu hanya tinggal RM2 billion dan byk lagi.
Negara mempunyai hasil yg banyak sebanyak ketirisan yg berlaku. Kalau ada pembangkang yg kuat, sekurangnya pemimpin kerajaan tidak berani joli katak.

Anonymous said...

puak-puak UMNO ni mane berani citer pasal ekonomi. pasal sex & liwat dia la jaguh

awal dan akhir said...

Salam sdr. Disebabkan blog Apa Yang tersirat, sejak akhir-akhir sukar diupdate terutama apabila menyiarkan mengenai Ambiga, Bersih dan Anwar, maka AYT menggunakan blog alternatif untuk meneruskan perjuangan. Sila linkkan blog Awal dan Akhirzaman.blogspot.com di blog sdr. TKS Blogger Apa Yang Tersirat.

Anonymous said...

kenapa hanya satu sumber sahaja rujukan yg dibuat? sudahkah tuan blog membuat penyelidikan mengenai perkara ini sekaligus mengesahkannya? sekadar pendapat. TQ

Anonymous said...

"Rakyat Malaysia pula akan berhadapan dengan kelaparan, kemiskinan, kepapaan ... " akan berlaku apabila ada kerjaan yang suka merempas hak2 rakyat.

Muhammad Azli Shukri said...

Tq, berapa ramai pula puak2 pembangkang yang mengkaji sebelum melempar tuduhan kepada kerajaan?

selama ini rakyat malaysia kebulur sangat ke, kerana UMNO memerintah?

Anonymous said...

Nak tunggu rakyat malaysia merangkak kebuluran baru nak bertindak.

tengok TUDM sg.besi pun kena jual.

esok lusa masjid pun kena jual.

Muhammad Azli Shukri said...

TUDM sungai besi kena jual...rakyat jadi kebulur ke?