Tetamu Kehormat...

June 11, 2011

Menyanggah Pandangan Asri : Titik Hitam Tak Bertemu!

Saya sebenarnya sangat kecewa dengan kenyataan terbaru bekas Mufti Perlis, Dr Asri yang mendakwa kononnya UMNO hipokrit dalam mengkritik dasar terbaru PAS yang sudah berubah arah daripada negara Islam kepada negara Berkebajikan, (Baca di sini). UMNO mengkritik dasar PAS tersebut bukan bermakna UMNO bersikap talam dua muka - sebaliknya mahu membuktikan kepada rakyat jelata bahawa demi kepentingan politik sempit, PAS sanggup melakukan apa-apa sahaja bagi mengejar kuasa dan menjatuhkan saudara seIslam.

Asri, dalam kenyataannya itu, turut mengesyor agar UMNO mengalu-alukan pendirian PAS yang dikatakan semakin terbuka, bahkan jauh lebih ke hadapan daripada UMNO. Soalnya apakah benar langkah PAS tersebut terlalu jauh ke hadapan? Atau langkah itu sebenarnya tidak ubah meniru cara dan kaedah yang sudah pun digunakan oleh UMNO 60 tahun yang lalu! Apakah Asri buta sejarah Malaysia? Tanpa "Kebajikan" yang selama ini ditabur oleh para pemimpin UMNO terhadap rakyat jelata - Asri sendiri, barangkali tidak mungkin boleh berjaya dan mendapat pendidikan yang tinggi seperti hari ini! Tanpa UMNO memartabatkan pengajian Islam di universiti-universiti tempatan, PAS tidak mungkin mendapat sokongan super hebat daripada anak-anak muda yang berkelulusan agama. Justeru itu, saya ingin mengingatkan Asri, jangan kerana nila setitik - sejarah "kebaikan" UMNO hendak dipadamkan!

Di satu sisi lain - Asri beria-ria mahu UMNO "mengalu-alukan" perubahan dasar PAS tersebut, tetapi, pada masa yang sama, Asri tidak pula "mengalu-alukan" perubahan sikap UMNO yang mahu mewujudkan perpaduan dengan PAS. Bahkan, Asri juga tidak menegur Nik Aziz yang terang-terang menolak perpaduan dengan UMNO, walaupun Asri tahu, bahawa al-Quran memerintahkan umatnya agar kembali bersatu apabila timbul perselisihan. Adalah mustahil sekiranya Nik Aziz dan Asri tidak bertemu dengan ayat Allah yang berbunyi, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Al-Hujuraat: 10).

Bukankah UMNO dan PAS adalah orang Islam yang sedang bertelagah? Maka, di mana peranan ulama seperti Dr Asri ini dalam menyatukan perpaduan sesama saudara seIslam ini? Mengapa hanya pandai mengkritik, tetapi tidak sanggup menjadi jambatan yang menghubungkan kembali tali silaturrahim antara ahli UMNO dengan PAS? Mengapa Asri tidak mahu menjadi orang tengah yang menyeru dan menggerakkan "kebajikan" yang sangat utama itu? Malah lebih utama daripada negara Berkebajikan yang sedang diperjuangkan oleh PAS! Saya mencabar ulama-ulama seperti Asri ini, agar kembali kepada ayat 10 di dalam surah al-Hujuraat di atas dan mengkritik ulama-ulama PAS yang masih hanyut dan mabuk untuk berkuasa dan meninggalkan saudara seIslam sendiri. Soalnya, apakah Asri berani mengkritik Nik Aziz? Atau hanya berani mengkritik Mufti Perak semata-mata? Tepuk dada tanya iman. Wallahualam.

15 comments:

Anonymous said...

Apa-apa perjanjian konsesi antara kerajaan dgn pihak swasta spt IPP, PLUS dll yg melibatkan dana dan servis awam perlu dapat diakses dan tidak dikenakan akta rahsia, itu baru dinamakan negara berkebajikan.

Anonymous said...

anon 4:23

aku nak tanya kat klate , kedah , penang dan selangor ada buat begitu ke...kalau tak ada itu maksudnya tipu....munafik cakap tak serupa bikin....20 thn dah nik ajis perintah klate...ada...kebajikan...lu cheklah sendiri....

Anonymous said...

Negara berkebajikan mengamalkan prinsip dan semangat federalisma selari dgn perkara perlembagaan spt mengemballikan hak royalti minyak kelantan yg mempunyai pendudk melayu 95% dgn bilangan bukan penyokong kerajaan negeri 40-45%.

anak kel said...

ulamak pas kata umno terima Al Quran separuh saja, tapi aku rasa ulamak pas terima Al Quran kurang dari separuh. kalau dia terima AL quraan sepenuhnya pas dan umno akan berdamai. ayat diatas adalah jelas.

Anonymous said...

..di Malaysia ramai orang bertaraf tok alim tapi alim atas kertas saja..hanya guna ilmu agama untuk cari makan dan main politik..kamu jawablah diakhirat nanti..

Lebai Malang

Zek said...

SYABAS SAUDARA AZLI. TEGURAN YANG SANGAT MEMBINA. APAKAH BEKAS MUFTI PERLIS SANGGUP MENYAHUT CABARAN DAN TEGURAN SAUDARA AZLI.

SEPERTI SAUDARA SAYA JUGA KERAP KELIRU DENGAN PANDANGAN BEKAS MUFTI INI. TAK KONSISTEN.

SAYA HARAP BEKAS MUFTI INI AKAN MEMBACA POSTING SAUDARA DAN MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADANYA.

SAMA-SAMA KITA TUNGGU.

Anonymous said...

DR. Asri tak akan menegur NIK Aziz kerana dia perlukan ulama (kononnya)seperti Nik Aziz ni untuk melihat reaksi rakyat sebelum dia boleh menyebarkan fahaman nya. Dr Asri ni sebenarnya bukan ikhlas.

kluangman said...

Dari Negara Isle PAS kini beralih kepada Negara Kebajikan, seperti juga UMNO dari laungan Islam Hadhari kini beralih kepada 1Malaysia - semuanya slogan penyedap telinga tetapi dari segi perlaksanaan - UMNO dan PAS syok sendiri.

Tapi nasib baiklah, rakyat Malaysia rata ratanya masih bodoh, masih mangkuk hayun, terima bulat2 apa saja laungan pemimpin2 mereka.

Teguran Asri ada betulnya dari sudut UMNO yang gagal dan tidak berani berubah seperti perubahan drastik yang dibuat oleh PAS.
UMNO telah mendahului Negara Kebajikan sejakd 60 tahun yang lalu dan kini berakhir dengan orang Melayu sudah semakin terhakis hak keistimdewaan dan pemimpin UMNO semakin kaya sekelip mata.
Kini PAS ingin membuat semula Negara Kebajikan mengikut model mereka yang kononnya lebih baik, tetapi percayalah laungan Negara Kebajikan akan senasib dengan laungan Negara Isle yang akan tergendala di pertengahan jalan kerana mereka tidak juga tidak seikhlas manapun.

UMNO yang mempunyai segala kepakaran dan kemudahan sepatutnya mengambil alih peranan PAS dengan melaksanakan sistem dan pentadbiran Islam dengan lebih meluas dan berkesan.

Anonymous said...

jelas depan mata aku ditahun '90an apabila kawanku menangis sebab bapa beliau kafir kerana menyokong BN..ini berlaku di Kelantan...perpecahan umat islam atas fatwa yg tidak bertanggung jawap mengakibatkan rosak hubungan anak dan bapa..sekarang dengan senang hati hj hadi mengatakan tiada negara Islam dalam al-Quran..yg ada negara berkebajikan..beberapa nyawa telah terkorban sia-sia kerana fatwa terkenal beliau...pada aku PAS dan penyokongnya adalah MUNAFIK!!!

AKU INGAT LAGI !!

jo said...

Dr Asri ni...mana dia boleh untung dia akan condong kesitu....dabik dada dia saja ulamak yg. cerdik...podah...org lain pun ulamak juga..

samagreen said...

Asri tak buta, tapi dia saja buat2 buta!! Dia pun nak jadi popular mcm artis jugak!!

Kdg2 mcm lalang, kdg2 mcm tebu!!

Cara lama org Melayu brniaga... kalo org lain jual rojak, dia pun nak jual rojak jugak... kalo org lain jual apam balik, dia pun nk jual apam balik jugak.... walopun rasanya tah apa2!!

Cara yg berkesan ialah synergism, iaitu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Ini akan ujudkn suasana win-win..... menang tanpa bersaing. Malahan akn beri nilai tambah kpd pelanggan.

Selama 17 th Nicky dan Hardy dok cuba nak jual mercun dan senjata api. Jadi janganlah salahkan TDM, bila ramai org (termasuk pengguna taksub) tlh menyalahgunakannya!!

Selama ni UMNO dah berjaya jual satey...halal lagi wasatiyyah. Jadi PAS kena fikirkan pulak cara buat ayor tebu.... baik punya!! Dgn syarat, tebu tu jgnlah dicuri dari ladang rakyat!!

Anonymous said...

banyak pandangan dr asri ni tidak mencerminkan ketinggian ilmu analisis politik. kalu bab agama mungkin dia pandai cari bab nak popular dengan pandangan yang jarang disentuh oleh ustaz lain.

lebih baik dr asri memberi pandangan agama dan tidak dalam bab politik. ini bukan kepandaiannya dalam menganalisa suasana dan sejarah. dia lebih banyak mengulas bab semasa tanpa merujuk sejarah yang berlaku. penukaran agenda pas adalah bersebab politik. tentangan umno lebih kepada sejarah lalu di mana pas pernah menghina umno kerana apa yang dilakukan umno sama seperti yang baru nak dibuat pas sekarang.

umno telah mendahului pas dalam semua bidang dan apa yang dicanangkan dr asri lebih kepada orang yang tidak mengkaji tetapi hanya nak tunjuk pandai.

Anonymous said...

Asri nak kritik Nik Aziz?? Satu geng bro...Wahabi..tak kan nak hentam sama sendiri...

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

Anonymous said...

PAS dan UMNO mane yang berkebajikan dalam ISLAM?