Tetamu Kehormat...

June 17, 2011

MasyaAllah - Satu Lagi "Dosa Besar" Mahathir!

Setelah kita didedahkan dengan peningkatan jumlah para muallaf di Malaysia, maka tersentaklah kita semua, sesungguhnya Islam bukan sahaja terpelihara di negara ini, bahkan terus kukuh selagi UMNO memerintah - InsyaAllah. Dalam keadaan kita ghairah mencari aib kerajaan dan memburuk-burukkan pemimpin UMNO, rupa-rupanya, tanpa disangka, berguni-guni pahala yang diperoleh para pemimpin UMNO untuk menjadi bekalan di akhirat kelak.

Yang terkini, sepanjang pemerintahan UMNO di Malaysia, tiada siapa pun yang menyangka bahawa kerajaan UMNO yang dituduh menolak Islam, menolak hukum Hudud, membenci Islam, menghina Islam dan menghina ulama - sesungguhnya telah membina sebanyak 5 005 buah masjid di seluruh negara (rekod 2010), MasyaAllah! Kerajaan UMNO yang dituduh tolak Islam rupa-rupanya membina lima buah ribu masjid? Biar betul? Ini tolak Islam atau memartabatkan Islam?

Sekiranya purata jemaah bagi sebuah masjid yang mengadakan solat Jumaat ialah 1500 orang - hal ini bermakna setiap hari Jumaat, seramai 7.6 juta orang akan bertaburan untuk bersolat di masjid-masjid yang telah didirikan oleh UMNO - MasyaAllah, agak-agaknya berapa banyakkah pahala yang diterima oleh para pemimpin UMNO yang telah meluluskan pembinaan masjid-masjid tersebut? Yang lebih menarik - daripada 5005 buah masjid yang dibina oleh UMNO yang dituduh sesat oleh Nik Aziz selama ini, berapa ramaikah pula para pemimpin dan penceramah PAS yang mendapat manfaat dan labanya?

Para penceramah bebas PAS ini tidak hanya membuat duit dengan mengajar dan memberi kuliyyah di masjid-masjid tersebut, lebih dahsyat lagi mereka juga memperoleh pendapatan lumayan daripada para jemaah, hasil daripada menyelitkan unsur-unsur mengumpat, mengutuk dan mencerca pemimpin-pemimpin UMNO dalam khutbah dan kuliyyah mereka, agar ceramah mereka disukai dan digilai ramai.

Dengan cara ini, secara tidak langsung para penceramah tersebut menjadi popular dan akan dipanggil menyampaikan kuliyyah di masjid lain pula, maka bertambahlah rezeki mereka. Belori-lorilah pahala dan ganjaran yang diterima oleh para pemimpin UMNO, khususnya pada zaman pentadbiran Tun Mahathir dahulu. Nak tahu jumlah masjid yang dibina oleh UMNO, Tolong klik sini...

25 comments:

airman_1 said...

sbb kau kata pas tu isle sbnarnya pas tu dap mnntang melayu dan islam

Anonymous said...

Adakah Islam UMNO hanya dengan mendirikan Masjid yang banyak.

Adakah Kerajaan UMNO mentadbir negara dengan cara ISLAM.

Anonymous said...

Isle PAS lain daripada ISLAM yang dibawa Nabi Muhammad. Isle PAS hasad, dengki, gumpat, fitnah, tolak perpaduan sesama Islam. Jangan ingat mu je Isle, hok dok yg tak sebulu dengan mu bukan Islam

Anonymous said...

bukan org semua bodoh dgn komen kamu. Itu tanggungjawab peminoin yg dipilih utk menyediakan kemuadahan asas..itupun masjid kena bergantung kepada derma jemaah utk buat baik pulih. Kalau UMNO tak buat masjid utk org islam dah lama UMNO bungkus!!!!!! bodoh punya statement.

Anonymous said...

sorang pencacai UMNO yg bodoh sombong..dengan komen ketinggalan zaman....kesian engkau si Azli...

Anonymous said...

nik aziz tak buat satu masjid pun di kelantan...kata itu tanggungjawab pemimpin..bangang..

Anonymous said...

ingat pembangkan buat lebih baik ker? kalau kita utarakan perkara ini pembangkan akan cakap belum diberi pelung belum tau..bukan soal beri peluang ker apa..bila sekali diberi, jangan harap nak kembali semula kuasa melayu. masa itu melayu sedar politiknya hanyalah diperalat oleh bangsa lain.

saya masih ingat lagi bagaimana cabaran kerajaan mengenai isu minyak agar negeri pembangkan sendiri jual minyak murah kalau mampu ubah. Kalau negeri pembangkan sendiri x mampu buat, masakan mampu buat tuk negara. takut lebih jiwa tergadai dan dikorbankan,

Masa itu menyesal tidak sudah. kuasa melayu ilang, dan segalanya.

Moralnya pembangkan tau kerajaan sentiasa buat baik, tp sebab dah nama pembangkan yg benar pun dia bangkang. dia saja betul

jangan sama2 bangsa berbalah berkitabkan AlQuran dan AsSunnah yang sama dek kepahaman cetek kerana politik, kita lalai tuk berada di jalan yg lurus dan benar

Anonymous said...

kalau pembangkang memerintah, mungkin lebih banyak gereja daripada masjid

anti bohmau said...

tuan azli,

dah agak dah, adala yg akan pertikaikan pembinaan masjid yg banyak tu tanpa menyedari dia sendirilah yg sepatutnya mengimarakkan masjid2 tersebut bersama2 kaum kerabat dia. dahla nak buat sendiri tak mampu, meremehkan pulak usaha murni pihak lain. Islamkah anda?...

anon 10:00 PM,

Betul Islamik sangatkah pemerintahan kerajaan pas kelantan? berapa ramai rakyat miskin yg terbela? berapa ramai rakyat miskin tak berumah diberi rumah? berapa ratus ribu pelajar miskin dapat pembelaan kerajaan negeri? yang di luar negara, semuanya kerajaan negeri bagi biasiswa? yang belajar di sekolah2 agama negeri dapat kemudahan belajar sewajarnya? cukupkah guru2 mrk? adakah mrk dapat apa yg pelajar2 negeri lain dapat? penjaja2, peniaga2, pemandu2 teksi, kereta sewa, pemandu2 teksi sapu, tukang beca, petani, penternak semua dapat pembelaan sewajarnya? secara jujur, terlalu ramai yg gagal mendapat pembelaan sewajarnya...maka ramai2la mrk berkelana...

mengapa 95% melayu yg berpindah masa banjir? krn mrk tinggal ditempat rendah sedangkan bukan mealyu memilih tempat2 yg elok & tinggi utk tinggal..ini kajian ungku aziz dulu2 sejak 60'an lagi...kerajaan Islam pas buat apa selama 20 tahun ni utk atasi kelemahan yg ungku aziz nampak lebih 30 tahun lalu? mungkin tak terjangkau dek akal!!!

ahhh...terlalu banyak persoalan tentang Islamiknya pas!!!!! retorik semata

Anonymous said...

Alo kawan aa..sutak lupe ke.. isle pas ala bina maslid busat punya, no 1 asia tenggala pe.. itu maslid aa, tok sami ajiz mat ada bikin.. ala duduk punya ala bedili punya.. soli aa wa pun ingat2 lupe la..

Anonymous said...

bodoh punya komen...aku tahu perbezaan kerajaan pusat & kerajaan negeri. Statement you nak kelentong budak mengaji sampai SPM boleh laa bro. State Gov can't do much changes as long as UMPORNO ruling Fed Gov. Tak tau tukar dulu la bodoh!!!!!

Anonymous said...

ksiannnnn pasal bt masjid pn nk kecoh ke?standart la dah mmg tugas kerajaan la pn bina masjid n bt bangunan sume....bt masjid berjuta2 jamaahnye haram x byk mane pn..stakat bina masjid xyah nk kecoh2 la..wat malu kt org jer..kt singapore pn ada masjid jgk...siap ade lif lg..x kecoh pn,masjid kt malaysia tabung masjid pn org curi..hihihi...lawak2..

Anonymous said...

apa beza DAP and MCA/GERAKAN....ketiga-tiganya Cina jugak. Fikir2kan lah bodoh.

Wake UP! said...

PAS tu tak pernah pun bina masjid di Kelantan kenapa pulak orang Kelantan tak marah? Bodoh betul!

Anonymous said...

Butuh hangpa pencacai UMNO

Anonymous said...

Kesian pengikut2 PAS bahalol...ari2 dok jilat bontot babi

Anonymous said...

Jangan la emosional bro. Jom la gi Masjid baca Yassin untuk UMNO mudah-mudah ia sembuh dari anasir jahat,keji & hina

kluangman said...

Oiiii orang UMNO, jangan dok mengata PAS, depa ini lebih Isle dari orang lain, depa dah dijanjikan surga, caci makian fitnah adalah budaya dan makanan harian mereka.

Anonymous said...

cuba bagi duit royalti kat Kelantan, kita nak tengok masjid lebih imarah drpd masjid kristal.
dakwaan sebuah masjid tak dibina langsung itu adalah keterlaluan fitnahnya.

Anonymous said...

alaaa...korang ni, isle PAS sebenar-benar isle lah. jgn pertikai.

tak kan korang tak tahu, rumah suci perjuangan UMNO mana ada mata, mana ada telinga dan mulut. hanya besi,batu,papan je. rumah suci perjuangan PAS ada mata, ada telinga, ada mulut, siap posing sekali. berdiri ada, duduk ada, baring pun ada. Siap bersalut dgn emas wooo. tentulah perjuangan isle PAS lagi real.
apaaaa la.

Muhammad Azli Shukri said...

jgn meremehkan usaha orng lain..

Anonymous said...

Syukur alhamdulillah BN telah berjaya membina 5005 buah mesjid setakat hari ni.Saya sarankan teruskan usaha murni ni.Tapi yg tak sedapnya apabila nak buat pemilehan pegawai mesjid tak seberapa orang UMNO boleh di pileh sebagai imam,Bilal atau khatib kenapa ya???Yang lucunya pemilehan secara demokrasi di halang serta di cerca kerana mereka tahu tak akan terpilih ,mungkin kerana jumlah kaki mesjid atau yg mahir dalam hal ehwal ugama sangat menyedihkan di kalangan ahli UMNO..JANGAN KATA SAYA BERPIHAK..kerana di mana mana tempat kita pergi mesjid di kuasai oleh ahli PAS ,begitu juga di tempat saya di Selangor yg mana semenjak dulu di monopoli oleh ahli PAS dan mereka itu terbukti mahir dlam bidang keugamaan.Kenapakah kita sangat takut untuk kemesjid,sepatutnya kita tidak mengikut cara ahli parti ia itu apabila di bayar serta di beri makan percuma beserta T Shirt baru akan menghadiri acara politik sebaliknya ganjaran yg di janjikan oleh Allah lebih besar darjatnya tambahan pula dgn hadhir di mesjid setiap waktu akan menambah bilangan kita serta peluang untuk menjadi Imam,Bilal,khatib atau jawatankuasa lebih tinggi peratusanya.Kita tidak perlu menggunakan kuasa ketiga untuk menghalang ahli qariah memileh pegawai mesjid kerana ini akan menyebabkan orang memandang rendah atau hina kpd kita...dalam bahasa kasarnya "tak dak batu atau ko...Jadi mulai hari ni ramai ramailah kita mengunjungi mesjid/surau kita untuk berjemaah atau menghadirkan diri dalam sebarang aktiviti mesjid.

Anonymous said...

pergi ke masjid doa untuk diri sendiri lebih afdah daripada mendoakan politik yg kita sendiri belum tau mana betul/salah parti..taksub melebihi ajaran islam. ajaran islam bukan bermakna parti. ajaran Islam sebenar jauh dan x boleh mengikiut faktwa parti..

masjid sudah sedia. sama2 kita mengimarahkannya. kalau yg dah pergi x yah tunjuk alim bg tau rajin g masjid..yg belum sama2 doakan mudahan terbukan iman. itu lebih baik daripada tunding jari.

pandangan dan idea yg selalu memecah belah x der guna kerana masig2 taksud kepada parti. better lihat dan idea secara akademik bukan kepartian..

yg berpolitik depan tv nampak bertekak, cuba hadir di parlimen apa meraka buat..masing2 dok sembg2 sama lain parti..kita ditipu.

Anonymous said...

Jangan biarkan perkara lucah ditayang di khalayak awam, jangan halalkan rasuah dgn istilah politik wang. Isteri pemimpin mesti ada ciri-ciri ummul mukmin, jangan hanyutkan muda-mudi tujuan hidup ini dgn hiburan melampau spt konsert jom heboh dan konsert pancaindera. Adakah kata-kata ini bermotifkan politik jika disyarah di masjid?

Kuro Syamito said...

okay2. here's the most interesting thing.

out of all people screaming negara Islam n such, brapa banyak yang pergi sembahyang Suboh kat masjid/surau? jangan kira sembahyang Jumaat, sebab rata-rata sembahyang Jumaat dah jadik adat, bukan ibadah.

masjid beribu tapi jemaahnya takat sebaris dua apa logiknya?

ever thought about that, people?