Tetamu Kehormat...

June 5, 2011

Majlis Syura Ulama PAS Tidak Ubah Seperti Biro Agama UMNO!

Izinkan saya mencelah dalam soal ini - apakah masih wujud kuasa ulama melalui Majlis Syura Ulama PAS dalam mempengaruhi hala tuju perjuangan parti Islam tersebut? Jika jawapannya Ya, maka mana buktinya? Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang baru dalam satu kenyataannya (baca di sini) telah mencadangkan agar Majlis Syura Ulama PAS dinaikkan martabatnya dengan memberi kuasa audit dan pengawasan mendalam terhadap prestasi kerja para pemimpim PAS pusat - Apakah maknanya semua ini? Makna tersiratnya adalah mudah, terbukti selama puluhan tahun kewujudan Majlis Syura Ulama PAS, ia sebenarnya tidak diiktiraf dan dipandang sepi oleh ahli-ahli sendiri. Bahkah, ia tidak ubah seperti Biro Agama UMNO yang tidak mempunyai apa-apa pengaruh dan kuasa dalam menentukan hala tuju parti!

Jika benar Masjli Syura Ulama PAS sangat berkuasa menentukan hala tuju parti berkenaan, cuba bentangkan kepada rakyat berapa banyakkah keputusan majlis tersebut benar-benar dijadikan pedoman serta panduan dalam menentukan arah perjuangan parti Islam tersebut. Sebagai contoh, pernahkah Majlis Syura Ulama PAS membincangkan secara terperinci dan ilmiah berhubung keputusan parti tersebut menjalinkan hubungan mesra dengan DAP? Pernahkah Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS membincangkan dengan jujur apakah hukumnya menolak salam perpaduan yang dihulurkan oleh UMNO selama ini? Isu penggunaan kalimah Allah oleh pihak Gereja Katolik - mengapa wujud percanggahan pandangan ketara antara Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dengan timbalannya, Dr Harun Din? Apakah Majlis Syura ada membincangkannya secara tuntas?

Hakikatnya - Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama PAS hanya "gah" dari segi nama - tetapi, tidak mempunyai kuasa, di samping memiliki nilai kredibiliti yang cukup meragukan - terlalu banyak isu-isu yang melibatkan Islam, ditangani dengan cara tidak amanah dan jujur oleh kedua-dua sayap PAS ini. Terlalu banyak fatwa Nik Aziz yang diterima bulat-bulat oleh kedua-dua sayap ini tanpa usul periksa dan dibincangkan terlebih dahulu dengan ahli-ahli Majlis Syura dan Dewan Ulama - natijahnya, para ulama PAS terpaksa membela Nik Aziz dan menegakkan benang yang basah, sekali pun mereka tahu, bahawa sesetengah pandangan Nik Aziz banyak mengundang fitnah dan salah faham!

Sepanjang kewujudan Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama PAS - tidak pernah kedengaran kedua-dua sayap itu menegur tingkah laku para pemimpinnya yang gemar mencaci dan mengaibkan para pemimpim UMNO. Apakah mereka fikir, mereka akan terlepas daripada dosa-dosa tersebut? Dengan kata mudah - Majlis Syura Ulama tidak menjalankan tannggungjawabnya dengan amanah! Mereka hanya mengeluarkan fatwa yang jelas menguntungkan parti mereka semata-mata, manakala isu-isu yang tidak memberi sebarang kredit kepada PAS, Majlis Syura ini akan mendiamkan diri sahaja. Jelaslah - Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama PAS tidak ubah seperti Biro Agama yang terdapat dalam UMNO! Takbir. Wallahualam.

6 comments:

Anonymous said...

Benarkah Norma telah menjadi isteri Mat Sabu? Jika benar, mereka ada benarnya punya hubungan

mnorkembalak said...

Jangan kita hairan segala apa yang dilakukan oleh penganut Pas ini kucuali dua perkara (1) jika nyawa kita terancam oleh mereka (2) jika mereka menimbulkan serta mengganggu gugat ketenteraman awam.

Yang lain tu lantaklah, bukan bermakna saya memusuhi saudara dan sebangsa kita, tetapi Penganut Pas ini, oleh kerana terlampau ego dan tak pernah nak tunduk langsung maka biarkan aje mereka terus sesat..

Anonymous said...

Orang yg hidup dlm PHD macam ni...le...Aku tak hairan dgn spesies yg suka menghina para ulamak....Dah banyak aku jumpa....spesies macam...ni...Akhirnya hidup golongan ni kacau bilau. Sanggup hina Allah dan menolak Al Quran...Aku tak hairan...bila dunia didahuluikan dan akhirat dibelakangi....

Anonymous said...

Orang yg hidup dlm PHD macam ni...le...Aku tak hairan dgn spesies yg suka menghina para ulamak....Dah banyak aku jumpa....spesies macam...ni...Akhirnya hidup golongan ni kacau bilau. Sanggup hina Allah dan menolak Al Quran...Aku tak hairan...bila dunia didahuluikan dan akhirat dibelakangi....

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

Anonymous said...

Kedudukan Dewan Ulama PAS adalah sebaris dengan Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Penyokong Bukan Islam Dalam PAS (sila rujuk carta organisasinya. Bayangkan Dewan Ulama duduk sebaris dengan Dewan Penyokong Bukan Islam. Kesemua itu kedudukannya adalah dibawah Majlis Presiden. Maka, jangan haraplah Dewan Ulama boleh menasihat apalagi mematau keputusan Presiden. Begitulah kedudukan ulama dalam parti yang dikatakan memperjuangkan Islam tetapi sistem dalam parti sendiri tidak mengikut cara Islam.