Tetamu Kehormat...

June 4, 2011

Kumpulan Pro-Anwar Kuasai PAS : Berakhirnya Kepimpinan Ulama

Akhirnya - slogan "PAS Ganti UMNO" memakan parti itu sendiri, tatkala golongan Erdogan atau dengan kata mudahnya golongan pro-Anwar Ibrahim menyapu bersih saf kepimpinan PAS dengan Mat Sabu memenangi kerusi Timbalan Presiden PAS, manakala Mahfuz Omar, Husam Musa dan Salahuddin Ayub menguasai barisan Naib Presiden. Perkembangan ini - adalah malapetaka terhadap barisan kepimpinan ulama yang selama ini digembar-gemburkan sebagai tunjang kekuatan PAS dalam merubah iklim politik arus perdana. Semua ini adalah retorik - ternyata Muktamar PAS pada kali ini merupakan muktamar Anwar Ibrahim dalam melebarkan pengaruhnya dalam barisan kepimpinan PAS. Kepimpinan ulama PAS sudah berakhir! Golongan ulama PAS tidak lagi dihormati - bahkan tidak diyakini mampu membawa parti tersebut pergi lebih jauh.

Natijah daripada agenda "PAS Ganti UMNO" akhirnya merosakkan PAS - untuk mengganti UMNO, PAS sebenarnya terlupa bahawa mereka harus terlebih dahulu membuang segala imej dan gambaran "lebai dan ustaz" yang selama ini membelit parti Islam tersebut - sekiranya PAS benar-benar mahu menggantikan UMNO. Dan sekarang - PAS terpaksa membayar harga yang sangat mahal semata-mata mahu bersama dengan Pakatan Rakyat - lalu "Kepimpinan Ulama" terpaksa dikorbankan! PAS kini tidak lagi boleh berbangga dengan istilah kepimpinan ulama - kerana suara mereka hanya boleh didengar dalam ruang yang sangat sempit. Mereka boleh "terpekik" dalam Dewan Ulama, tetapi untuk menentukan hala tuju perjuangan PAS suara mereka pasti diketepikan.

Nampaknya - agenda jahat kumpulan profesional yang mahu merubah wajah kepimpinan ulama dalam parti tersebut sudah hampir berjaya. Sekiranya tuan-tuan masih tidak percaya - cubalah tanyakan kepada Mahfuz, Salahuddin, Mat Sabu dan Husam Musa, apakah pendirian mereka terhadap Hudud dan negara Islam? Pasti jawapan mereka hampir sama sahaja dengan jawapan para pemimpin UMNO! Selamat tinggal PAS dan selamat tinggal kepimpinan ulama, takbir! Baca di sini...

15 comments:

Anonymous said...

hahahahha......padan muka, akhirnya duit anwar juga yg menang.

Anonymous said...

Apa yang boleh dirumuskan adalah "PKR ganti PAS". Sad to see Nasharuddin tewas.

Mat Sabu yang kotor pula menang.(Khabarnya now dia dah kahwin dengan pasangan khalwatnya iaitu Norma)

Mohd said...

Ini semua adalah pengaruh wang dari Anwar Ibrahim.
Kalau kita tengok balik sejarah di masa Anwar berebut jawatan dlm UMNO, di mana begitu banyak wang yg telah ditaburkan oleh Anwar utk menang, sehingga Ghafar Baba mengaku kalah!
Anwar tahu jika puak Erdogan yg menyokongnya kalah dlm PAS, maka tamatlah perjuangannya utk menjadi PM.
Lebai2 PAS ni kalau tengok duit akan gelap mata. Lihat saja bagaimana mereka telah merembat sehingga licin lincau duit Dana Memali tanpa segan silu melakukan dosa besar memakan duit anak2 yatim.
Apa pun yg menang adalah kaum Cina terutamanya dari DAP yg sedang gelak besar kerana cita2 mereka utk memerintah The Republic of Malaysia sudah semakin hampir.
Utk Kaum Melayu diucapkan tahniah sajalah bila akan menjadi pengemis di tanah air sendiri spt yg telah berlaku di Singapura.
Melayu mudah lupa ??????????

Anonymous said...

klu nk ulama join umno....
CIRI CIRI KEPIMPINAN "ISLAM" ALA UMNO APCO...KEH...KEH...KEH...

Pemimpin UMNO Yang Terlibat Dengan Perniagaan Judi
Posted by Addin at 5/30/2011
Anda nak tahu siapa pemimpin UMNO yang bergelumang dengan hasil JUDI. Ikuti paparan ini.

A) kepentingan dalam syarikat JUDI di negara ini -

1. Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
...Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
Jumlahmlah saham - 1,900,000

2. Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)



3. Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Jumlah saham - 1,666,666

4. Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
Jumlah saham - 680,334

5. Dalam Genting Berhad
Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)

6. Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Jumlah saham - 3,334,600

7. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

8. Dalam Sports Toto
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Datuk Seri Tengku Adnan Mansor. Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees) Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.

9. Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad).
Jumlah saham - 292,336,584. Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.

Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

B) Berikut adalah senarai pembabitan Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini -

1. Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
Jumlah saham - 1,900,000
Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)
Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Jumlah saham - 1,666,666
Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
Jumlah saham - 680,334

2. Dalam Genting Berhad

Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)
Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Jumlah saham - 3,334,600

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad. Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

3. Dalam Sports Toto
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.

Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)
Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah./Sumber

Anonymous said...

PKR ganti PAS la pulak lepas nie kerana ramai juak pro anwar serta DAp berada dalam saf kepimpinan PAS,nik aziz suka bila anak emas serta anak sendiri menang(kronisme),anwar serta kit siang tersenyum tido malam lena bila senang nak bentuk pas lepas nie bila nada Presiden pas itu sendiri nak berjuang untuk negera berkebajikan dan prinsip perjuangan 60thn sebelum nie untuk meneggakkan negara islam hanyalah sia2 jer..

Anonymous said...

Anon
June 4, 2011 1:46 PM

Yg nkau dok copy paste hampir di kesemua blog tu buat apa? Bodoh betul malaun Pas ni.

Bukan nya perkara ajaib kalau org UMNO lagu tu sbb UMNO berpolitik untuk agama.

Yg heran bin ajaib adalah Pas yg dah tak lagi berjuang untuk islam sebab PAS ni terkenal guna agama untuk politik.

Mana otak nkau letak ni?

Anonymous said...

ada satu yang lupa dicopy paste ttg judi.

siapa bapak judi?

siapa baik dgn MAGNUM?

siapa baik baik GENTING ?

siapa menteri kewangan yg guna duit MAGNUM ?

tanya nallakurupan !

hehehehehehehe....

Juhari said...

Ramalan saya tepat rupanya. Mat Sabu menang Timbalan Presiden PAS. Sekarang PAS akan bermati-matian membela Anwar walaupun dia didapat bersalah oleh mahkamah.

Agenda Anwar hendak menhancurkan PAS dari dalam berjaya juga akhirnya.

Kumpulan ulama dalam PAS akan dipinggirkan kecuali mereka juga berubah untuk menjadi tidak ulama seperti Mat Sabu, Sallehudin Ayob, Husam Musa dan Mahfuz Omar dan yang penting sekali mengikut telunjuk Anwar Ibrahim.

Anwar dapat memperdayakan pemimpin2
PAS melalui orang dalamnya Dato Kamaruddin Jaafar.

Sekarang PAS sudah tidak ada lagi agenda untuk menubuhkan negara Islam. Ia hanya mainan politik semata-mata.

Muhammad Azli Shukri said...

tq

abu idris said...

Ar Rayah World News
Ciri-Ciri Negara Islam Yang Praktis
http://ibnuyassir.blogspot.com/2011/06/ciri-ciri-negara-islam-yang-praktis.html

shamshul anuar said...

Saudara azli,

PAS satu ketika itu tegas dengan kehendak menubuhkan negara Islam.

Itulah "trademark" PAS. Itulah yang menjadikan PAS "dekat " dihati orang melayu. Prinsip mahu tegakkan ugama Islam dan tubuhkan negara Islam( walaupun PAS tak buat apa apa untuk Islam,) menjadikan PAS satu parti yang berpengaruh.

Namun PAS juga seperti parti parti lain di dunia ini juga boleh dipengaruhi nafsu. Nafsu untuk gantikan UMNO( bukan untuk ugama) menyebabkan PAS ambil pendirian tolak segalanya pasal Islam.

Nizar dalam sidang DUN Perak siap tanya Tajol rosli dimana dalam perlembagaan yang nytakan PAS mahu tegakkan negara Islam. Jawapan beliau menyebabkan Tajol Rosli mengucap panjang. saya pun bila tengok dalam Youtube terdiam.

Inilah wajah PAS sekarang. Pada orang Melayu, PAS tuduh UMNO halang poembentukan negara Islam. Didepan orang bukan Melayu, selamba PAS cakap hudud dan negara Islam bukan matlamat utama.

Kerana PAS gunakan Islam( seperti Pope zaman dulu kala gunakan ugama Kristian tekan Raja raja eropah) , maka PAS tidak rasa bersalah untuk tunduk pada DAP.

Tunduk yang macam mana? Tunduk bila sanggup tidak sebut lagi apa apa perkataan seperti "Hudud", "Negara islam".

Tunduk juga bila sanggup pertahankan paderi Kristian untuk kongsi nama "Allah SWT" tetapi menolak mentah mentah nasihat WALAUPUN dari ORANG PAS SENDIRI SEPERTI TAIB AZIMUDDIN DAN DR HARON DIN.

Tunduk bila sanggup minta orang yang sebarkan video iras Anwar Ibrahim disiasat tetapi tak berasa cuak mungkinkah Anwar sebenarnya bersama pelacur dari China.

Tunduk pada nafsu dunia dengan menjunjung erat perhambaan pada DAP tetapi menolak dan mempersendakan saudara seugama( UMNO) yang hanya hulurkan perdamaian.

Tunduk pada nafsu bila sanggup terima jawatan MB Perak walaupun tahu MB dikuasai oleh DAP komunis TETAPI MENOLAK jawatan MB yang ditawarkanm oleh UMNO di selangor dan Perak walaupun 100% hak Islam terjamin dengan cara ini.

Tunduk pada nafsu bila menjadikan perhambaan pada DAP sesuatu yang begitu mudah dicapai ( DAN PADA MASA SAMA GADAI PRINSIP) tetapi meletakkan segala syarat hanya untuk menolak berbaik sangka dengan UMNO.

YES SIR . IT IS PAYBACK TIME. Mungkin baru sekarang orang PAS terdiam bila tengok barisan baru pemimpin mereka.

Jika dulu mereka menjunjung puak puak ini hanya untuk lemahkan UMNO, kini puak puak ini menendang ulama ulama mereka supaya PAS betul betul ikut telunjuk DAP.

Anonymous said...

Pendapat saudara Shamshul Anuar amat tepat sekali. Patut dibaca oleh semua ahli PAS yang ingin mencari kebenaran.

SriPekan said...

sekadar pandangan peribadi, apabila membaca komen-komen di dalam blog ini, sama ada pro pembangkang atau kerajaan terlalu mengikut emosi.Banyak fakta yang diberi adalah kurang tepat. Mungkin tuan2 boleh buat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan.

shamshul anuar said...

Saudara Sri Pekan,

Inilah kenyataannya. Inilah wajah PAS sebenarnya. Islam hanyalah alat untuk capai kuasa.

Apa yang PAS sedang buat sebenarnya bukanlah memeranjatkan. Dari zaman berzaman ianya digunakan.

PAS sering cakap pasal Islam. Namun tindak tanduknya betentangan dengan kehendak Islam.

Pendekatan PAS ialh memaki hamun UMNO. Ianya benar dan saya dengar sendiri bagaimana pemimpin UMNO digelar seperti Mahafiraun dan macam macam lagi.

Jika ikhlas mahukan Islam, ikutlah cara Nabi Muhammad SAW. Tak perlu susah susah cipta cara baru untuk tegakkan Islam.

Selagi PAS jadi hamba DAP, peluang PAS "DIBALUN" oleh orang melayu terbukas luas.

Anonymous said...

adakah UMNO ni di pimpin oleh ULAMA ISLAM