Tetamu Kehormat...

June 19, 2011

Khairy Tunjuk Kuasa : Siapa Yang Rugi?

Saya terpaksa tegaskan di sini, sesiapa sahaja yang menyertai demonstrasi pada 9 Julai ini tetap dikira berdosa, sama ada aman atau pun tidak. Kerajaan setakat ini tidak meluluskan mana-mana organisasi atau pergerakan untuk mengadakan sebarang demonstrasi. Tidak kiralah Pemuda UMNO, BERSIH atau pun PERKASA - semua akan menanggung dosa jika terus menentang keputusan pihak kerajaan yang mengharamkan perhimpunan tersebut. Ketaatan terhadap pemimpin itu wajib selagi perintahnya tidak melanggar syariat Islam. Dalam hal ini, kerajaan mempunyai pertimbangan yang sangat tepat dari pelbagai aspek sebelum mengharamkan perhimpunan tersebut. Bahkah sebagai rakyat biasa wajib bagi kita mentaati perintah kerajaan tersebut. Walaupun di sisi perlembagaan mengizinkan perhimpunan aman, namun ia bukanlah boleh dibuat sesuka hati tanpa terlebih dahulu mendapatkan permit daripada pihak berwajib. Sekiranya keizinan dan permit tidak diperoleh, maka perhimpunan juga tidak boleh diadakan. Sekali lagi saya tegaskan kepada semua pemuda UMNO agar menjauhi perhimpunan tersebut walau atas nama apa sekali pun. Ia muktamad. Ia berdosa dan ini bukan cara yang diseru oleh Islam. Khairy perlu menghormatinya. Baca berita ini...

8 comments:

Wake UP! said...

Eh biarlah dia. Beruk lain dalam zoo. Beruk ni nak merasa dok dalam lokap.

Muhammad Azli Shukri said...

KJ tidak perlu tunjuk rasa kecewa...

Anonymous said...

ORANG DOK KATA DIA TAK BUAT KERJA, TU LAH DIA NAK JOINT SEKALI PERHIMPUNAN BERSIH NAK TUNJUK DIA BUAT KERJA, EERR BERAPA $$$$$ DIA BAYAR KAT NWAR PASAL NAK SETLE KES DIA DENGAN NWAR.

Anonymous said...

Kalau dah tau nak ikut Mat Sabu dan Nasarudin Ketot keperhimpunan bersih. Ngapa suroh pemuda buat laporan polis dimerata tempat. Last-last KJ nak ikut sama dengan Bersih dan Perkasa buat demonstrasi jalanan dengan pemudanya. Biarlah Perkasa nak buat tapi yang KJ tu membawak pemuda2 UMNO gi jugak camane? Cakap tak serup bikin lah pemuda Umno ni apa kena.

Blog 1 Malaysia said...

Menghalang perhimpunan bersih utk kebaikan generasi baru adalah haram :-)








'Lubuk Emas' Terengganu dikhianati - Generasi muda dan generasi baru Terengganu adalah generasi paling bodoh dan tolol jika BN terus berkuasa..
>>>http://Facebook-1Malaysia.blogspot.com/<<<
>>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com/<<<

hilbert said...

Salam,

memang tidak patut sama sekali KJ selaku Ahli Parlimen ikut serta dalam perhimpunan haram itu dan beliau wajar menjauhinya.

Dahlah dia minta LID di hentikan...tentu akan menambah luka hati YABhg Tun M...

Datuk Ibahim Ali juga tak patut melibatkan diri dalam demo 9 Julai nanti...tiada faedah sama sekali..harap mereka bijak bertindak sebijak mereka berkata-kata..................

kluangman said...

KJ sudah terhidu dia akan 'tiada' dalam senarai pilihanraya ini. Untuk nampak relevan dan boleh guna lagi, KJ cuba menari sebanyak pentas yang boleh untuk menarik perhatian sebagai 'pejuang'. Itu pilihan terakhirnya di dalam UMNO.

Watak seperti KJ akan memungkinkan seribu perkara termasuklah melompat ke parti pembangkang di saat2 akhir atas dasar 'sudah hilang kepercayaan kepada UMNO'.

Anonymous said...

Sebenarnya KJ dah hilang punca. Pegang jawatan KP UMNO tapi tak ada jawatan dlm kerajaan. DS Najib sgt kenal siapa KJ. Tembelangnya dpt dilihat semasa Pak Mertua jd PM.