Tetamu Kehormat...

June 29, 2011

Kesan "Dakwah" PAS

Agaknya inilah kesan "dakwah" Nik Aziz dan PAS Kelantan terhadap masyarakat kafir di negeri tersebut selama puluhan tahun mereka memerintah. Ingatkan loteri dan arak semakin lama semakin berkurangan di Kelantan, rupa-rupanya lesen jual arak ditambahkan lagi oleh kerajaan PAS Kelantan. Soalnya, kalaulah isu arak pun tidak mampu diselesaikan oleh PAS, bagaimana nak membina sebuah negara berkebajikan? Arak jelas haram di sisi Islam, mengapa PAS Kelantan mesti tunduk kepada kemahuan suara minoriti yang masih degil mahu meneguk air syaitan itu? PAS ada kuasa di Kelantan, ada Nik Aziz dan cukup dengan para dai' yang mampu berhujah dan menerangkan bertapa jijiknya arak itu ke atas diri manusia - namun, mengapa masih diberikan lesen untuk menjual arak di bumi Serambi Mekkah itu? Baca laporan ini :

KOTA BHARU 29 Jun - Kerajaan Pas Kelantan sedia mengkaji cadangan masyarakat Cina di negeri ini yang mahu menambahkan lesen perniagaan dan premis minuman arak di negeri ini, kata anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri berkata, kajian itu bergantung kepada kewajaran dan keperluan lesen itu dikeluarkan terutama di bandar Kota Bharu.

"Kita sedia mengkaji dan menimbang cadangan itu dan suatu perbincangan akan diadakan antara kerajaan negeri dan masyarakat Cina di negeri ini yang akan turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Lama,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco Negeri di sini hari ini. Katanya, setakat ini MPKB telah mengeluarkan lebih 20 lesen premis menjual arak di sekitar bandar dan ini tidak termasuk yang diluluskan oleh 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) di jajahan lain.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, kerajaan Pas Kelantan menerima notis saman pemula yang difailkan tiga peniaga terhadap tindakan kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) kerana mengharamkan penjualan tiket loteri kebajikan. - Bernama

4 comments:

Anonymous said...

Belum lulus lagi, baru nak bincang, kaji dan menimbang. Nak wujudkan zero-maksiat itu agak idealistik dlm dunia hari ini, tapi setidak-tidaknya mengawal dgn secebis kuasa yg ada lebih baik dari membiarkan saja maksiat, apalagi sampai tahap ingin menaja maksiat spt mewujudkan hub hiburan malam dan judi bola.

Anonymous said...

correct..correct..correct...

DR NO

Muhammad Azli Shukri said...

begitulah juga dengan UMNO/BN..mengapa tidak boleh berbaik sangka?

Mustaqim said...

PAS di bawah Nik Najis ini sudah lama sesat dan menyesatkan ummat Melayu Malaysia.

Sy syorkan ulamak tanahair bersidang segera menjatuhkan hukuman pancung kepala syaitan bisu seperti majoriti pimpinan PAS hari ini seperti Nik Najis Hadi Lawang, Nizar DAP dan lain2.

Mereka ini semuanya bukan Islam bukan Melayu ttp hanyalah boneka kufar harbi yg boleh berbahasa Arab dan tahu sedikit sebanyak Al Qur'an dan Al Hadith.

Bagaimana pendapat anda? Masih ada keyakinan mereka ini Muslim kalau bersetuju dgn apa sahaja kafir harbi atau teman perjuangan melakukan maksiat besar seperti memusnahkan penyatuan ummat - menyatakan tiada wajib menegakkan negara Islam - membenarkan pemimpinnya berzina dan meliwat - bersekongkol dgn pengkianat negara asing yg terang2 menindas umat Islam?

Masih tidak setuju? Masih berbaik sangka? Bukan 3 bulan ttp sudah 30 tahun semenjak AlMarhum Dato' Seri Asri Muda sudah tiada. Manusia boleh ditipu ttp sejarah tetap terukir selama-lamanya........