Tetamu Kehormat...

June 8, 2011

Isu Negara Berkebajikan : Tolong Rotan Kami!

Sehingga hari ini, saya terus menunggu dan menunggu, apakah Haji Hadi akan membentangkan tafsiran Negara Berkebajikan yang dilaung-laungkan oleh beliau dalam Muktamar PAS baru-baru ini. Mana blueprint Negara Berkebajikan PAS yang hendak ditawarkan kepada rakyat, ahli PAS bukan bodoh seperti dulu lagi. Kita mahu lihat, apakah al-Quran dan as-Sunnah diletakkan sebagai sumber perundangan tertinggi dalam Negara Berkebajikan yang dinyatakan oleh Haji Hadi dalam ucapan dasarnya tempoh hari. Hakikatnya, dasar PAS yang semakin berubah itu sudah dapat dihidu tatkala mereka mempromosikan slogan "PAS for All" dan bukan "Islam for All".

Dan sekarang - para penceramah PAS menjadi kelam-kabut untuk menjawab dan memberi penerangan berhubung Negara Berkebajikan, soalan mereka mudah - apakah Negara Berkebajikan sama maknanya dengan Negara Islam? Apakah ciri-ciri Negara Berkebajikan yang diilhamkan oleh PAS itu sama dengan ciri-ciri sebuah Negara Islam? Jika sama, mengapa tidak digunakan sahaja Negara Islam? Islam di Malaysia bukanlah seperti mana Islam yang baru muncul di kota Mekkah yang memerlukan kaedah bersembunyi-sembunyi bagi menggerakkan dakwah, Islam di Malaysia adalah kuat, apatah lagi PAS sudah mendapat sokongan orang ramai - perlu apa ditakuti bagi mengisytiharkan bahawa PAS mahukan sebuah Negara Islam.

Sejijik-jijik Tun Mahathir pada pandangan PAS, beliau tetap berani mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam - malangnya pemimpin PAS yang dikatakan beriman tahap tinggi - terketar-ketar untuk menyatakan pendirian mereka, bahawa "Kami Mahu Negara Islam" - sekiranya para pemimpin PAS memberi alasan bahawa mereka tidak mahu menggunakan istilah "Negara Islam" kerana mahu berdakwah secara senyap-senyap kepada kaum bukan Islam, maka mengapa tidak sahaja dibuang perkataan "Islam" itu daripada nama parti agar lebih mudah meraih sokongan rakyat bukan Islam seperti mana yang dilakukan oleh UMNO puluhan tahun! Tukar sahaja nama parti daripada Parti Islam Se-Malaysia kepada Parti Berkebajikan Se-Malaysia (PABES) bukankah itu lebih mudah mendapat sokongan DAP dan orang Cina?

Di sisi lain pula, ada juga yang bertanya, apakah Majlis Syura Ulama PAS sudah membuat keputusan muktamad dalam isu pertukaran perjuangan PAS daripada Negara Islam kepada Negara Berkebajikan? Jika belum, maknaya Haji Hadi memandai-mandai mengubah dasar perjuangan PAS. Sudahkah Dewan Ulama PAS dan Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan dalam isu yang sangat besar ini? Benarkah al-Quran hanya menyuruh umatnya menegakkan Negara Berkebajikan dan bukan Negara Islam? Mana ketetapan daripada Majlis Syura Ulama PAS? - jawapanya tiada! Kita semua ditipu hidup-hidup oleh PAS selama ini, sia-sia sahaja ahli-ahli PAS yang menderma setiap kali adanya ceramah parti tersebut, bukan negara Islam yang mereka dapat, tetapi negara Berkebajikan pula yang datang! Baca di sini...

4 comments:

Anonymous said...

Azli Shukri telah hanyut dengan lamunannya. Dia bagaikan seekor katak yang bangga kerana tidak lagi duduk di bawah tempurung. Dua telah dapat melihat dunia luar. tetapi dia bangga menggunakan tempurung tersebut untuk dia berdiri diatasnya untuk menjadi lebih tinggi. Hakikatnya, Azli Shukri masih lagi berada di tampuk tempurung yang lama dan kecil itu. Dengan lantang dia bersuara tentang dunia luar yang dilihatnya dari tampuk yang kecil itu. Begitulah Azli Shukri yang suka melemparkan pandangan mengikut persepsi sendiri... huhu.. malangnya bini dia berana bersuamikan orng yang berpemikiran haprak begini.

Anonymous said...

well said bro!

tun dr m pun berani ckp msia negara islam. yg pas ni baru kena sergah dgn karpal dah campak negara islam pas dalam jamban... kah kah kah...

Adi Kencana said...

Apa lagi PAS. Jawablah!

Nurul Izzah habis modal di Lembah Pantai? Baca di sini!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Muhammad Azli Shukri said...

Tq