Tetamu Kehormat...

June 7, 2011

Isu Negara Berkebajikan : Pengorbanan Ibrahim Libya Yang Sia-sia

Sangat tepat huraian dan penjelasan daripada YB Zulkifli Nordin di bawah ini - penubuhan negara berkebajikan yang dilaung-laungkan oleh Haji Hadi baru-baru ini merupakan satu penghinaan kepada para mujahiddin dan syuhada yang selama ini berjuang bersama-sama dengan PAS, kononnya mahu menegakkan negara Islam - nampaknya darah Ibrahim Libya yang didakwa mati syahid itu mungkin sia-sia. Baca tulisan terbaik Zulkifli Nordin di bawah :

"Over my dead body" kata Karpal Singh bila mengutuk PAS kerana mahu menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam. Maka bertempiklah para mujahidin dan bakal syuhada didalam PAS menghentam dan memaki hamun Karpal Singh & DAP sehingga nak terbalik si punjabi tak berturban tu! Malah ada yang sanggup mati syahid untuk menentang Pengerusi DAP ini!

Belum pun mati si Karpal Singh, tau-tau Presiden Parti Islam SeMalaysia PAS mengisytiharkan pada hari Ahad 03 Rejab/ 06 Jun lepas bahawa PAS tidak akan memperjuangkan lagi penubuhan Negara Islam dengan fatwa "negara Islam tidak ada dalam Al Quran!!!".

Tentu tidur Karpal Singh nyenyak penuh dengkuran puas, pasti Kitsiang tersengeh meleret macam Anwar tengok China-doll melihat pendirian PAS yang terkulai kini. Tidak cukup dengan pemimpin PAS mengisytiharkan sanggup mati mempertahankan Karpal, kini PAS sudah sanggup mematikan perjuangan mendirikan sebuah Daulah Islamiyyah. Ini tidak ada bukti lain selain membuktikan bahawa cengkaman DAP sudah lengkap bukan sahaja keatas PKR, malah kini keatas PAS!!!

Apa yang menyedihkan teman ialah fatwa terbaru Ustadz Hadi ini sangat menghina para syuhada', mujahidin dan pejuang-pejuang PAS terdahulu yang bukan sahaja berkorban harta benda dan keringat peluh, malah ada yang membayar dengan nyawa demi mencapai impian Amanat Hadi untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Ramai yang terpengaruh dengan Amanat Hadi sehingga ada yang mengkafirkan UMNO dan orang Melayu yang didakwa kononnya menolak penubuhan sebuah Negara Islam.

Akibat daripada Amanat Negara Islam Hadi ini, maka muncullah isu solat jemaah dua imam, pemboikotan kenduri walaupun dikalangan sanak-saudara, putus hubungan ahli keluarga, suami isteri ada yang bercerai berai, anak-anak kehilangan ibu bapa akibat dirasuk fahaman penubuhan Negara Islam melalui Amanat Hadi ini. Teman melihat sendiri orang kampung teman yang walaupun hidup kais pagi makan semalam, kais petang makan minggu lepas, tapi sanggup belanja duit untuk buat frame Amanat Hadi yang nak menubuhkan sebuah negara Islam. Rupanya 3o tahun pengorbanan mereka semua selama ini sia-sia, perjuangan yang mereka sokong selama ini tidak ada dalam Al Quran pun!!!

Dan persoalan besar ialah: adakah perjuangan orang saperti Ustadz Ibrahim Libya selama ini sia-sia; sedangkan beliau difatwakan mati syahid kerana memperjuangkan sebuah Negara Islam, demi memenuhi Amanat Hadi tersebut. Pada teman, fatwa terbaru bahawa "perjuangan menubuhkan Negara Islam tidak ada dalam Al Quran" adalah satu penghinaan besar terhadap Assyahid Ustadz Ibrahim Libya dan para syuhada' yang lain!!!

Kalau ikut logik fatwa terbaru Ustadz Hadi itu, maka Negara Islam Madinah yang ditubuh oleh Rasulullah saw juga tidak ikut Al Quran lah jugak agaknya yop! Malah kalau ikut fatwa terbaru ini, PAS perlu ubah namanya kerana nama Parti Islam SeMalaysia pun tiada dalam Al Quran yop! Mungkin elok PAS tukar ke nama Parti Anwarinas Sejati aje yop!

Padanlah Rasulullah saw berpesan kepada kita, kelak kamu nanti akan diratah oleh kafir kerana walaupun kamu besar dan ramai, tetapi kamu terkena penyakit hubbud dunya wakarohiyatul maut - terlalu cintakan dunia, dan takut mati!!! Na'uzubillah min zalik!

Teman tahu dan cukup yakin ramai ahli akar umbi PAS yang terkejut dengan perubahan dasar perjuangan PAS ini. Ramai juga yang menghubungi teman melahirkan perasaan sedih dan dukacita mereka. Kepada para ahli akar umbi PAS, inilah harga yang perlu dibayar oleh PAS demi memenuhi nafsu seorang manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan. Teman pernah sebut perkara ini; jika PAS berterusan mahu bergayut kepada Anwar, PAS akan terpaksa membayar harga yang mahal. Cuma teman tak sangka ianya berlaku begitu cepat.

Dalam keadaan DAP bukan sahaja masih kekal dengan prinsip perjuangannya Malaysian Malaysia, perjuangan mahu menyamatarafkan semua agama dan kaum dalam negara ini, malah makin bertambah cauvinis, rasis dan biaDAP; tau-tau PAS pulak yang bukan sahaja tumPAS dan gagal mempertahankan prinsip perjuangannya untuk mendaulatkan sebuah Daulah Islamiyyah; malah menghalalkan tindakan mematikan perjuangan menubuhkan sebuah Negara Islam atas fatwa "ianya tidak ada dalam Al Quran!!!". Na'uzubillah min zalik! Moga ALLAH mengampuni kita semua.

Mungkin selepas ini para kuffar dan muysrik akan berebut mengundi PAS. Mungkin selepas ini para kaafirun dan musyrikun akan berasak-asak memangkah calon-calon PAS menjadi Yang Berhormat. Mungkin selepas ini para penghalal khinzir ini akan menobatkan kepimpinan PAS ke Putrajaya bersama Anwar, Karpal & Kitsiang. Mungkin selepas ini para taukeh judi & arak akan turut sama memenuhi tabung jihad PAS demi membiayai perjuangan negara kebajikan PAS. Tetapi apa guna itu semua jika prinsip tergadai, aqidah berkecai, perjuangan bersepai!!! Bolehkah para kuffar, musyrik, penghalal khinzir ini membantu kita dihadapan ALLAH nanti?!

Pesan teman kepada para ahli akar umbi PAS, suara majoriti bisu selama ini, bangkitlah mempertahankan PAS. Janganlah dikorbankan perjuangan PAS semata-mata kerana kilauan palsu Putrajaya. Kalau dahulu UMNO dikafirkan kerana kononnya tidak menerima Negara Islam, bagaimana pula dengan dakwaan pemimpin PAS sendiri yang memfatwakan Negara Islam tidak ada dalam Al Quran? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing yop.

Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. Semoga ALLAH memberikan kita semua hidayah dan istiqamah, dan memberi petunjuk kepada kaum yang perlu diberikan petunjuk. Amin.

Adios amigos, grasias senorita.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
05 Rejab 1432
07 Jun 2011

10 comments:

Anonymous said...

>>>>> WELL SAID <<<<<<

Tukang Komen said...

BUKAN MATI SYAHID TAPI MATI BERKEBAJIKAN.

Anonymous said...

..memandangkan Hj Hadi masih hidup dan masih memegang jawatan No 1 dalam PAS ( Parti Ajaran Songsang )maka sangat patutlah anak cucu Ustaq Ibrahim Libya Al Memali dan rakan seperjuangan pergi ke Rhu Sila, Marang, dan kencing beramai diatas tangga rumahnya..mereka ini adalah mangsa kejahilan Hj Hadi dalam mentafsir dan memahami ajaran Islam. Selama ini Hj Hadi, Nik Aziz dan beberapa kerat lagi pemimpin PAS yg mendakwa mereka lebih memahami Islam berbanding orang lain..

..akhirnya setelah berpuluh tahun mereka menkafirkan orang UMNO, hanya Karpal Singh dan Lim Kit Siang yg berjaya memtarbiah Hj Hadi serta para ularmak perasan PAS tentang ajaran Islam sebenar berkaitan dengan isu kenegaraan yg dikehendaki oleh Islam..

..bilakah pula para ularmak PAS yg menjadi penyebar ajaran songsang ini buat iklan untuk tarik balik segala macam 'fatwa songsang' yg mereka jaja disegenap cerok kampung dan kota yg menkafirkan orang UMNO..

Presiden,
Parti Berkebajikan SeMalaysia

Anonymous said...

..memandangkan Hj Hadi masih hidup dan masih memegang jawatan No 1 dalam PAS ( Parti Ajaran Songsang )maka sangat patutlah anak cucu Ustaq Ibrahim Libya Al Memali dan rakan seperjuangan pergi ke Rhu Sila, Marang, dan kencing beramai diatas tangga rumahnya..mereka ini adalah mangsa kejahilan Hj Hadi dalam mentafsir dan memahami ajaran Islam. Selama ini Hj Hadi, Nik Aziz dan beberapa kerat lagi pemimpin PAS yg mendakwa mereka lebih memahami Islam berbanding orang lain..

..akhirnya setelah berpuluh tahun mereka menkafirkan orang UMNO, hanya Karpal Singh dan Lim Kit Siang yg berjaya memtarbiah Hj Hadi serta para ularmak perasan PAS tentang ajaran Islam sebenar berkaitan dengan isu kenegaraan yg dikehendaki oleh Islam..

..bilakah pula para ularmak PAS yg menjadi penyebar ajaran songsang ini buat iklan untuk tarik balik segala macam 'fatwa songsang' yg mereka jaja disegenap cerok kampung dan kota yg menkafirkan orang UMNO..

Presiden,
Parti Berkebajikan SeMalaysia

Anonymous said...

..NEGARA BERKEBAJIKAN ???..bagaimana dengan kebajikan janda-janda dan anak yatim para pejuang Peristiwa Memali..bagaimana kedudukan kewangan TABUNG MEMALI..masih ada lagikah wang dalam tabung berkenaan atau dah kena sapu oleh Mat Sapu dan konco-konconya...

Mat Sapu Cat

ANAK BUKIT HIJAU said...

Rupa-rupanya apa yang ditegaskan oleh pemimpin DAP tentang "dasar parti" itu yang menolak Negara Islam dan diterima baik oleh Mat Sabu dalam ucapan balasanya pada satu majlis pada tahun 2007 itu di Kedah, mengambil masa kira-kira 4 tahun untuk disempurnakan.

Dan orang yang menyempurnakannya Presiden PAS sendiri.

Aku cukup berasa sedih dengan kedudukan perjuangan "para shuhada" kiranya betullah apa yang dnyatakan TGHA.

Anonymous said...

mat sapu cat...hang jgn dok risau...pasai janda janda para syuhada memali especially anak dara mereka akan di jaga sepenuhnya oleh abg mat sabun 121...lagi pun duit derma memali ni banyak lagi ada dlm simpanan mamat sekor ni...

Anonymous said...

kalau tulisan ini untuk orang ramai baca ok la. isinya macam biasa jer. seperti dulu dan banyak dah ditulis dan dikupas oleh penulis lain.

kalau tulisan ini untuk ahli pas, bagi mereka ini semua macam sampah. ahli pas beranggapan semua pemimpin dan parti mereka seperti ajaran agama. mereka hanya bercakap tetapi tidak akan berubah sekalipun. berjuang dalam pas sekarang adalah untuk kuasa dan bukan lagi perjuangan Islam. kalau ada ahli pas kata mereka berjuang untuk Islam, itu hanya satu pembohongan retorik, cakap seorang fasik.

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

aku sayang malaysia said...

Al-arqam diharamkan sebab depa sgt kuat dari segi pegangan terhadap Islam serta punya sumber ekonomi yang kukuh.Sapa yang haramkan Al-Arqam?Ibrahim Libya terkenal dengan kelantangannya menegakkan ajaran Islam yang sebenarnya dan beliau berani menegur sesiapa saja termasuklah pemimpin kerajaan pada masa itu.Sapa yang menghalalkan pembunuhan beramai-ramai di Memali?Janji pilihanraya Pas tahun 1990 ialah melaksanakan hudud dikelantan,telah dibentang dan diluluskan oleh kerajaan PAS kelantan serta bakal dilaksanakan pada 1993.Sapa yang hantar surat amaran pada kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hudud pada tahun 1993?Sapa?Sapa?tak lain tak bukan kerajaan UMNO/BN yang ketika itu diketuai oleh seorang mamak yang mengaku melayu sebagai PM.nampak tak usaha untuk menghalang orang melayu jadi bijak pandai jika menjadikan Islam sebagai cara hidup.Nampak tak usaha untuk menghalang Islam berkembang mekar di malaysia.Usaha mamak itu sgt berjaya.hasilnya muncullah melayu yang terus dibelenggu kebodohan.hasilnya banyak masalah sosial yang membelenggu orang melayu akibat dari ajaran Islam acuan UMNO.nak baca,dengar,komen,tulis jgn ambik dari sumber sebelah pihak je.kena ada check and balance.pendek kata jgn jadi bodoh.