Tetamu Kehormat...

June 4, 2011

Isu Negara Berkebajikan : Makan Tengah Hari Yang Terhutang!

PAS sekali lagi berbohong kepada rakyat melalui ucapan dasar Presidennya, Abdul Hadi Awang yang mendakwa bahawa al-Quran tidak pernah menyebut negara Islam, sebaliknya yang ditekankan adalah negara berkebajikan. Perlu diingatkan - menubuhkan sebuah negara Islam, bermaksud akan tertegaklah secara tidak langsung sebuah negara berkebajikan, manakala menegakkan sebuah negara berkebajikan, belum tentu tertegaknya sebuah negara Islam! Dalam hal ini, nampaknya Haji Hadi terkeliru.

Perlu juga ditekankan bahawa Islam bukan sebahagian daripada kebajikan, sebaliknya kebajikan itu merupakan sebahagian daripada Islam, atau dengan kata mudahnya, kebajikan itu berada dalam Islam dan bukan Islam berada dalam kebajikan! Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

Sekiranya benar Haji Hadi mengetahui bahawa tidak terdapat satu perkataan pun yang merujuk kepada "Negara Islam" di dalam al-Quran, maka mengapa PAS melancarkan buku berjudul "Negara Islam" pada tahun 2003? Bahkan, Haji Hadi juga terlupa bahawa beliau sendiri pernah menulis sebuah buku berjudul, "Sistem Pemerintah Negara Islam" pada tahun 1995, terbitan Dewan Muslimat PAS, bagi menjelaskan konsep sebenar negara Islam.

Selain itu, menurut Haji Hadi, buku "Negara Islam" yang dilancarkan oleh PAS pada tahun 2003 itu adalah bertujuan untuk memberi kefahaman yang jelas kepada orang bukan Islam tentang negara Islam yang adil lagi berkebajikan, tetapi apa yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya - PAS seolah-olah semakin takut untuk menyebut "negara Islam" - bimbang, kalau-kalau hilang undi daripada kaum Cina. Soalnya siapakah yang patut ditakuti? Allah atau pengundi-pengundi DAP?

Hari ini, tatkala PAS mendabik dada kononnya mereka semakin kuat dan gagah perkasa, maka selayaknya PAS semakin berani untuk mempromosikan keindahan Islam melalui hukum Hudud dan negara Islam kepada orang kafir! Tetapi, yang berlaku adalah sebaliknya - PAS semakin berjiwa kecil dan takut untuk menyatakan pendirian mereka yang sebenar. Jika sebelum ini, para pemimpin PAS sangat galak mengutuk UMNO kononnya tidak berjiwa Islam, kini ternyata parti tersebut pula yang terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan Islam yang mereka laungkan di pentas-pentas ceramah, demi menjaga hati PKR dan DAP!

Perlu diingatkan, kehadiran PAS di pentas politik tanah air adalah bertujuan untuk berdakwah tentang Islam dan bukan untuk mengejar kuasa semata-mata. Sekiranya promosi negara Islam sudah ditukar kepada negara berkebajikan, maka bila lagi masa yang sesuai untuk PAS berdakwah kepada DAP berkenaan keindahan negara Islam? Malah, kita juga ingin tahu secara terperinci, apakah yang dimaksudkan oleh Haji Hadi dengan negara berkebajikan itu? Jika al-Quran dan as-Sunnah tidak dimasukkan sebagai perlembagaan tertinggi dalam negara berkebajikan - maka ia tiada bezanya dengan negara komunis atau sosialis.

Sebaliknya, jika negara berkebajikan yang dimaksudkan oleh Haji Hadi dalam ucapan dasarnya itu sebagai sebuah negara yang meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber tertingginya, maka itu disebut sebagai negara Islam dan bukan negara berkebajikan, kerana negara Islam sudah tentu secara automatiknya akan menjadi sebuah negara berkebajikan! Baca di sini dan di sini...

11 comments:

Anonymous said...

PAS dari dulu lagi tak konsisten sebab pegangannya tiada asas kukuh. Hanya tafsiran sendiri yang berubah mengikut masa dan suasana.Hukum pun lain. Bagi penganut PAS hukum semua boleh dan halal, bagi orang lain semua tak boleh dan haram. Sebab tu tak patut masuk PAs lebih baik masuk Suluk.

Anonymous said...

tanda2 orang munafik.bila bercakap ia berbohong.Yg paling bahaya bila manusia yg berimej ulama.dr luar nampak putih bersih,tapi dlm hati hitam berkarat,busuk mcm air limbah.

Anti Jumud said...

salam saudara azli, salam perkenalan dari saya pemilik blog anti jumud. tulisan saudara banyak memberi manfaat untuk saya berkongsi idea dan maklumat...sudilah kiranya saudaa azli link blosg saya di blog saudara untuk berkongsi informasi memandangkan saya masih baru..tk

anti jumud

tapong66 said...

assalamualaikum,,hamba fikir,kita punya pendapat masing2,,negara kebajikan atomatiknya jd negara islam,,sebab pd syariatnya hanya islam satu2nya yg punya kebajikan disisi syarak,,ini salah satu cabang syiar dakwah dgn sebutan yg begini akan mndekatkn lg golongsn2 yg masih dlm kufur kpd islam...kita bersangka baik,,agar islam akn menyinar,,amin

Anonymous said...

Salah pilih slogan disebabkan salah niat...

jo said...

Parti Cina lebih berkebajikan...dari Parti PAS...semua anak Cina, bangsa dia ditolong tanpa heboh-heboh...nampaknya Pas ketinggalan BOT..

Anonymous said...

Salam bro, jangan lah tulisan kita menjadi penghalang kpd non muslim utk dekat pd ISLAM n prjuangannya..

Anonymous said...

Teman bersetuju dengan tulisan saudara. Pemimpin2 PAS terus menipu dan menipu penyokong-penyokongnya dengan kata-kata yang berupa rhetorik. Bagi mereka yang tidak mahu berfikir terus sahaja percaya dan terpengaruh dengan kata-kata manis mereka sedangkan tujuan sebenar mereka adalah untuk berkuasa semata-mata. Nak merasa jadi menteri pusat. Tak lebih dari itu.

Muhammad Azli Shukri said...

Tq komen tuan2

shamshul anuar said...

Saudara azli,

PAS satu ketika dulu ada "appeal" dikalangan orang Melayu iaitu hasrat tegakkan syariat islam di Malaysia.

Hasrat inilah yang letakkan PAS sebagai satu parti yang berpengaruh dikalangan orang Melayu.

Satu ketika dulu PAS dihormati kerana ketegasan mahukan Islam( walaupun PAS tak buat apa apa pun).

Zaman telah berubah. Dan PAS juga berubah. Jika dulu matlamat PAS( atau lebih tepat retorik) ialah tubuhkan negara islam, kini perkataan "Negara islam", "Hudud", jadi lipatan sejarah.

Demi "menyembah" DAP( matlamat utama PAS) , apa apa yang berkitan Islam atau perkataan Arab tidak boleh disebut.

Apa apa yang berkaitan perpaduan sesama umat Nabi Muhammad SAW mesti ditentang hebat. Apa apa yang mengukuhkan kuasa orang melayu mesti diperleceh.

Apa apa isu berkenaan kepentingan orang Melayu mestilah jangan disebut. Apa apa nasihat dari ulama yang jujur mestilah ditolak.

YANG DIJUNJUNG HEBAT ialah segala pandangan paderi Kristian pasal Kalimah "Allah".

YANG DIJUNJUNG HEBAT ialah perhambaan pada DAP.

YANG DIJUNJUNG HEBAT ialah bersekutu dengan musuh ugama dan bangsa demi menjatuhkan saudara seagama.

YANG DIJUNJUNG HEBAT ialah budaya cari makan dengan memaki hamun dalam masjid senada dengan pujian pada Allah SWT dan junjungan besar.

YANG DIJUNJUNG hebat ialah budaya memberontak tak tentu hala hingga menyebabkan mana mana Kerajaan terpaksa bertindak .

YANG DIJUNJUNG HEBAT ialah budaya riak seolah olah iman ditentukan oleh keahlian parti.

YANG DIJUNJUNG HEBAT ialah budaya suburkan fitnah oleh Harakah walaupun mulut kata mahu Islam.

Ramai tersilap berkata pemilihan PAS tahun ini menyaksikan ulama tersingkir.

SALAH. saya tak nampak pun ciri ciri ulama pada Nasharudin atau Tuan Ibrahim.

Kalau mereka betul ulama, dah lama mereka tegur pimpinan PAS yang dijangkiti satu penyakit yang semua orang nampak" RIAK.

Ketika paderi Kristian sibuk masuk hutan Kristiankan orang asli, "ulama ulama" PAS sibuk pertahankan anwar walaupun hati sendiri tahu Anwar pun tak sebersih mana.

Ketika paderi Kristian minta nama allah dikongsi bersama( menyebabkan akidah terkongsi), "ulama ulama" PAS SUKARELA pula beri tekanan pada UMNO dengan sokong permintaan paderi Kristian.

Adakah ini ciri ciri ulama? Jauh panggang dari api

Anonymous said...

Saya berpendapat kenyatan HJ Hadi lebih untuk memujuk DAP dalam penerimaan kongsi kuasa jika menang PRU-13.

PAS sanggup mengeluarkan kenyataan tiada islamic state dalam Al-Quran.Selama ni Hj Hadi tak faham ke Bahasa Arab atau buat2 tak faham dlm erti kata menipu golongan-golongan penyokong PAS selama lebih 30 thn.

Al-Quran mana yg Hj Hadi rujuk? Versi ke berapa? Begitu mudah berkata-kata tanpa memikir azab ALLAH.

Apa sifat org munafik? Jika ia berjanji ia mungkir, kalau ia berkata sebenar ianya berdusta. Adakah HJ Hadi dlm golongan org2 yg munafik?

Golongan ulama yg ditendang keluar dari PAS adalah satu signal/isyarat mereka ditidak diperlukan lagi buat masa kini. Golongan ulama khasnya Utz Nasha melihat jauh kehadapan perpaduan org islam khasnya demi kemajuan bersama dalam mengekang anasir Nasarani dan Yahudi dlm negera ini.
Tetapi malangnya padangan dan usaha Utz Nasha dipandang sepi oleh golongan tertentu dlm PAS.

Apa yg berlaku dalm PAS ada hikmah dari ALLAH. Satu-satu kerakusan PAS untuk berkuasa ditunjukkan oleh oleh ALLAH.

Yang pasti dengan izin-NYA kebenaran akan mengatasi kejahatan.

-aku-