Tetamu Kehormat...

June 6, 2011

Isu Negara Berkebajikan : 57 Tahun Dalam Kejahilan

Sememangnya lucu - setelah 57 tahun negara merdeka, PAS baru tersedar bahawa al-Quran tidak pernah menyatakan secara terperinci istilah negara Islam - yang ada, menurut Haji Hadi ialah negara berkebajikan, yang selama ini sudah pun dilaksanakan oleh UMNO/BN. Dengan kata mudah - PAS menipu orang Melayu berpuluh tahun, kononnya mahu menegakkan sebuah daulah Islamiyyah, sekiranya mereka berjaya memerintah Malaysia. Oleh kerana terlalu kemarukkan kuasa yang berada di dalam genggaman UMNO/BN, Islam tidak hanya dilacurkan, bahkan dikhianati dengan pelbagai cara. Menghalalkan perbuatan mencaci sesama saudara seIslam, tunduk kepada kehendak DAP, menggugurkan perjuangan menegakkan negara Islam, menghapuskan hasrat untuk melaksanakan hukum Hudud - dan yang terkini, para perwakilan PAS menolak kepimpinan ulama yang memayungi perjuangan PAS selama ini.

Saya tidak dapat bayangkan, kalaulah perwakilan UMNO yang melakukan apa yang telah dilakukan oleh para perwakilan PAS dalam muktamar mereka baru-baru ini - saya yakin, nescaya, PAS akan berkata, "Lihatlah tuan-tuan, ulama-ulama UMNO ditolak oleh ahli-ahlinya sendiri", atau "Ulama tiada tempat dalam perjuangan UMNO" atau "UMNO tolak Ulama". Dan sekiranya, Datuk Seri Najib yang menyuarakan pandangan seperti mana yang diucapkan oleh Haji Hadi, bahawa al-Quran tidak menyebut pun istilah "Negara Islam" sebaliknya lebih menjurus kepada "Negara Berkebajikan" - saya yakin 100%, nescaya Najib dikafirkan oleh PAS pada hari ini, malah tidak mustahil darah beliau dihalalkan oleh puak-puak ekstrimis PAS. Inilah jadinya, apabila agama dijadikan alat politik untuk mengejar habuan dunia yang sedikit. Wallahualam. Baca berita ini..

7 comments:

blogenstarz said...

SELAMA INI MEREKA HIPOKRIT DENGAN MENGUJUDKAN NEGARA ISLAM...
HABISLAH PENGANUT2 PAS KENA BOHONG !

Anonymous said...

kompas pas dulu saje dirosak..sekarang memang betul2
rosak daaaa...

kiblat pas ikut 'kuasa' dan
'putrajaya' semata...

anti bohmau said...

memang lidah pas tidak bertulang...

(dari awal mei sampai la ni tak boleh masuk blog tuan dgn google chrome! malware tak malware! kena masuk dgn mozilla jgk!)

Anonymous said...

Saya nak cadangkan agar Pas tukar namanya daripada Parti Islam Se Malaysia (Pas) kepada Parti Nasional Se Malaysia (Panas). Buat apa guna perkataan Islam lagi kalau dah asas perjuangan yang asal ditukar, semata-mata kerana nak jaga hati Dap dan PKR,

Anonymous said...

Tepat spt kata Tun M, Kapal Pusing yg menang besar. Kapal Pusing tak perlu mati utk dilangkah mayat sbb PAS dah tunduk kpd Kapal Pusing sblum dia mati....

ddinbunga said...

SALAM BRO, BUKTI SELAMA INI PAIH ASYIK MENGGUNAKAN ISLAM, TINGGALKAN KEBAJIKAN, LAMA TU 57 TAHUN.

Muhammad Azli Shukri said...

Tq