Tetamu Kehormat...

June 6, 2011

Isu Mufti Perak Syaitan : Siapa Sebenarnya Syaitan?

Seakan-akan tidak puas menghina Mufti Perak, Tan Sri Harussani dengan gelaran "Haramsani" beberapa hari yang lepas, kini, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Nor Azli Musa sekali lagi dengan sangat berani menggelarkan Mufti Kanan itu sebagai syaitan yang berkata-kata. Saya berdoa agar Allah memberi sebaik-baik balasan kepada beliau. Mulut celuparnya perlu ditutup segera. Sama ada kita sedar atau pun tidak, saya secara peribadi dapat menghidu kejatuhan PAS, bermula dengan kenyataan Haji Hadi yang secara terang-terangan menghina para mufti dalam ucapan dasarnya, tempoh hari. Bersaksilah, sesungguhnya PAS bukanlah parti Islam yang menyeru manusia ke arah kebaikan. PAS adalah parti yang merosakkan ummah. Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR 5 Jun
- Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa sekali lagi bertindak biadab apabila mendakwa mufti sebagai syaitan bercakap yang lebih teruk daripada syaitan bisu. Dakwaan itu dibuat kerana mufti di negara ini kononnya membisu dalam isu yang jelas bercanggah dengan syarak yang dinyatakan dalam al-Quran. Kenyataannya itu merujuk kepada isu budaya fitnah yang kononnya dibawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi memenangi pilihan raya umum di negara ini. "Seolah-olah mufti hari ini tentang bab lain dia berani bangkit. Terutamanya mufti Perak (Tan Sri Harussani Zakaria). Apabila sebut dia marah... Seolah-olah mufti Perak mufti poco-poco, mufti yoga.

"Seolah-olah mufti hanya melihat tari-tarian... Boleh beri fatwa tentang poco-poco, tentang yoga tetapi isu-isu hari ini yang jelas nyata dalam al-Quran yang bercanggah dengan syarak, mereka membisu.

"Kalau mereka syaitan bisu tak apa juga. Tetapi mereka ini seolah-olah syaitan yang bercakap. Buat kenyataan media sana-sini... Dia bukan bisu tetapi syaitan bercakap yang lebih teruk daripada syaitan bisu," katanya. Beliau berkata demikian ketika tampil bagi menyokong usul dibawa Mohd. Fadzil Mohd. Noor yang mengutuk fitnah menggunakan video pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Taman Melewar di sini hari ini.

Ini bukan kali pertama Nor Azli bersikap biadab sebegitu. Sebelum ini beliau pernah menggelar Harussani sebagai 'Haramsani' kerana mendakwa mufti Perak itu tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram. Tidak terhenti di situ, Nor Azli turut memberi 'ingatan' agar rakyat tidak menyokong UMNO dan Barisan Nasional kerana mereka akan menerima bala daripada Allah SWT.

"Disebut dalam Hadis Qudsi di mana Allah berfirma, 'Aku bala umatmu 40,000 yang baik-baik kerana mereka tidak pernah murka dengan orang yang melakukan perkara yang aku murkai malah boleh makan, minum dan sekongkol pula dengan golongan itu'. "Oleh itu bangkitlah, jangan sekali-kali kita menyetujui atau menyokong UMNO dan BN kerana walaupun kita sembahyang, pergi haji dan pergi umrah... Tetapi kalau kita bersekongkol dan menyokong mereka (UMNO dan BN), maka kita pasti akan dibala Allah SWT," ujarnya.

13 comments:

Bye-Bye-UMNO said...

Tak kan mike tak tau sape bapak syaitan dalam hal ni....kure kere dlm perahu..dah tahu buat buat tak tahu

Hnag le syaitan besar dalam hal ni...mengadu domba...suka tengok orang Melayu bergaduh....hang masuk neraka lagi baguih...hidup kat dunia hampas uselessss.

Kalau marah konpim hang bapak syaitan...

airman_1 said...

tak tak tau sahabat setan kan..kan..n ajis kan...kan...kannn

Anonymous said...

Aku pelik la dgn org PAS ni... selalu rasa diri lebih baik lebih alim lebih
islamik daripada orang lain. Dari mana mereka dapat kayu ukur bagi semua tu? Bila berserban sikit mulalah mengkafirkan orang, menerakan orang...padahal syurga neraka tu kan milik Allah? Siapa diorg ni sesuka hati menghukum manusia padahal tempat sendiri pun belum tentu entah kat neraka tahap berapa. Nuzubillahi min zalik! Berani sungguh mereka melepas kata, mendahului kerja Tuhan!

Anonymous said...

Parti Ajaran Sesat, perangai setan.

Anonymous said...

Alahai kesian tgk budak gila tu.... wajah dia pun dah mcm sami hindu patut le cakap pun mcm org mabuk todi. Merapu bagai nak rak. Entah khatam Quran ke tak le tu...

Sedap mulut menghina org lain... cermin diri tu dulu le. Sy setuju dgn Anon 0911....mereka ni ingat bila dah pakai serban jangut mcm sami hindu mereka dah cukup bagus dan layak menghina dan menerakakan org lain. Sekolah dulu pun pegi sekolah bantuan kerajaan sekarang. Tu tak sedar yg Allah Ta'ala amat benci hambanya yg tak tahu berterima kasih dan bersyukur....

Tak payah layan org gila PAS yg dan byk menyesatkan org lain.

Anonymous said...

salam,

jangan la kita nampak org lain punya biadap je hinggakan kebiadapan diri sendiri tak di sedari.

drp pemuda ampang

Anonymous said...

Jangan dihairankan kerana kaum puak PAS ini adalah ejen Yahudi yang tidak senang dengan perpaduan Melayu Muslim.

Mereka ini akan sedaya upaya akan menghancurkan perpaduan itu dengan pertolongan Yahudi, Anwar Ibrahim dan DAP.

Anonymous said...

Aku setuju, tengok dia macam sami hindu saja. Tapi dia rasa tentu dia hebat, ikut sunnah nabi lah katakan !! Tapi aku lemas tengok janggut dia Takkan lah janggut Nabi Mohammad SAW berserabut macam tu? Kalau nak tiru sunnah Nabi bukan main tapi mulut capoi ikut sapa?? Tapi orang yang suka cakap merapu macam ni lah pula yang banyak orang Parti songsang suka.

ANAK BUKIT HIJAU said...

Salam.

Berbaik sangkalah.

Siapalah kita nak dibandingkan dengan seorang Mufti, yang sepatutnya kita hormati dan sayangi.

Dan tak sepatutnya kita memanggilnya dengan panggilan "musuh manusia" semata-mata fahaman politik kita berbeza.

Wassallam.

Anonymous said...

Wahai saudara ku sekelian jangan kita berbantah2 antara kita. Semua manusia sama di sisi Allah, yang membezakan kita hanyalah amal dan ibadat yang ikhlas.
Rasullah diutuskan kedunia untuk memperingatkan kita yang benar dan yang salah, membaiki akhlak manusia yang jahil kepada beriman.
Amalkanlah politik sehat kerana ia akan membawa kepada pembangunan negara. Fahamilah Fardzu Ain dan Fardzu kifayah dalam kehidupan harian, jangan di amalkan satu dan ditinggalkan satu. Jangan menipu Allah dalam kehidupan harian.

Muhammad Azli Shukri said...

tq

anti bohmau said...

bandingkanlah percakapan ts harussani dgn mamat ni. cara percakapan ts harussani lemah-lembut, beradab tapi tegas. manakala mamat ni, Masyaallah, bongkak tak kena tempat..kalau nak tarbiahkan orang lain, biar percakapan beralas, berlapik. jgn hanya berslogankan Islam tp tindak-tanduk jauh menyimpang dari landasan agama... biarlah percakapan melambangkan nurani yg bersih...

Anonymous said...

Adakah ULAMA UMNO memperjuangkan ISLAM kat MALAYSIA ni..