Tetamu Kehormat...

June 19, 2011

Isu Karikatur : Panggilan Terakhir Buat Ulama PAS

Riuhlah satu negara kononnya Utusan Malaysia menghina perundangan Islam melalui karikatur lukisan Miko bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" - dengan penuh kejahilan yang amat sangat, bertempiklah para ulama PAS mengutuk Utusan Malaysia semahu-mahunya, bagi menutup kekalahan golongan mereka dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PAS baru-baru ini. Rupa-rupanya, para ulama PAS ini masih tidak faham-faham, walaupun telah disindir puluhan kali oleh UMNO, bahawa PAS memperalatkan agama untuk mendapatkan kuasa. Ajaran mempergunakan agama untuk kepentingan politik duniawi tidak pernah diajar oleh nabi. Bahkan para ulama PAS ini masih tidak tahu membezakan antara menghina Islam dengan menyindir tingkah laku mereka.

Karikatur yang ditersiar oleh Utusan Malaysia itu, jika diteliti dengan mata hati, maka akan terlihatlah kebenarannya, iaitu ia menyindir ulama-ulama PAS yang secara terang-terang menolak qarinah qat'ie (bukti nyata) dalam isu pertuduhan zina. Dalam Islam, pertuduhan zina akan terjatuh sekiranya terdapat pengakuan, empat orang saksi yang adil dan bukti nyata (qarinah qat'ie). Isu video seks yang dikatakan membabitkan Anwar Ibrahim tidak boleh dijatuhkan hukum Hudud, kerana tidak mendapat pengakuan daripada Anwar Ibrahim sendiri dan pada masa yang sama tidak dibawa empat orang saksi yang adil bagi membuktikan Anwar Ibrahim berzina.

Namun demikian, hukum Takzir boleh dikenakan terhadap Anwar sebagaimana hukuman liwat yang disabitkan ke atasnya sebelum ini, sekiranya setelah penyiasatan terperinci dilakukan terhadap klip video tersebut, terbukti bahawa lelaki di dalam video itu ialah Anwar Ibrahim. Kenyataan Haji Hadi yang berbunyi, “Kita berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat. Video tidak boleh jadi saksi kerana video ini besi, dia tiada mata dan telinga." merupakan penghinaan terhadap sistem keadilan perundangan Islam. Hukum Hudud sememangnya tidak boleh dijatuhkan terhadap Anwar Ibrahim, sekiranya ternyata bahawa beliau telah berzina dengan gadis Cina tersebut - kerana tiada pengakuan daripada empunya diri sendiri dan empat orang saksi yang adil, tetapi itu bukan bermakna Anwar Ibrahim boleh dibebaskan begitu sahaja, kerana Islam mengiktiraf bukti nyata seperti video, air mana, DNA dan sebagainya setelah penyiasatan menyeluruh dilakukan.

Maka jelaslah, sama ada Haji Hadi tidak faham perundangan Islam atau pun beliau cuba membela masalah moral Anwar Ibrahim demi masa depan politik PAS. Justeru itu, isu karikatur yang didakwa kononnya menghina Islam oleh Persatuan Ulama Malaysia adalah tidak benar sama sekali, yang sebenarnya ialah karikatur tersebut menyindir Haji Hadi dan golongan ulama PAS yang bermati-matian membela Anwar Ibrahim tanpa usul periksa. Golongan ini berselindung di sebalik hukum Hudud dan menolak hukum Takzir melalui pembuktian yang nyata. Maka, merekalah sebenarnya golongan pengkhianat terhadap keadilan dan ilmu Islam. Teliti pandangan ulama besar Islam, Ibn al-Qayyim dalam beberapa tempat di dalam kitabnya antaranya I'lam al-Muwaqqi'in (4/374) mengatakan : "Para sahabat Nabi SAW telah menjatuhkan hudud zina dengan hanya sebab kehamilan, dalam hudud arak dengan bau dan muntah, dan ini adalah benar". Wallahualam. Baca berita ini..

16 comments:

Anonymous said...

Dalam Kes LIWAT Serta Video SEX nie,pemimpin PAS ulama pekak serta ulama syaitan bisu kerana mereka nie tidak menggunakan ilmu yang mereka ada untuk kebaikan serta memperbetulkan yang salah tetapi menidakkan hukum agama demi seorang individu serta ke putrajaya,sepertimana kata TPM,biar pahit ditelan

Anonymous said...

lebih berdosa menyembunyikan kebenaran

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

Anonymous said...

Ulama PAS tidak layak diberi gelaran "ulama" kerana mereka bukan orang yang berilmu.

Anonymous said...

Tak habis habis dgn hal video ni,sudah beberapa pihak mengatakan video tu asli tapi tak ramai yg mengatakan itu Anwar...hanya penyokong UMNO yg mengatakan Anwa dan penyokong Anwar sebaliknya.Yang menghairankan pihak berkuasa tidak pernah mengatakan itu Anwar,begitu juga pakar dari US serta Korea tidak pernah mengatakan itu Anwar.Ini pun menjadi polemik kerana penyokong UMNO mengatakan pihak tersebut tidak kenal Anwar maka mereka tidak dapat mengesahkan itu Anwar...Jadi kita sepatutnya menunggu pihak Polis mengesahkannya tidak kiralah bila...jadi tuuuuunggguu.

Anonymous said...

Kalaupun penganalisis luar mengesahkan itu adalah Nuar saya yakin dengan ketaksuban orang2 PKR dan PAS, mereka tidak akan mengaku penzina itu adalah Anwar Ibrahim. Malah bukti DNA kes liwat pun mereka katakan fitnah.

Nampaknya tidak akan ada kes zina dan liwat di Malaysia bahkan di "serambi mekah" sekalipun kerana tidak pernah orang berzina yang disaksikan oleh 4 orang saksi yang boleh dipercayai. Malah kalau tidak cukup saksi walupun ada tiga orang yang menyaksikan perbuatan zina itu maka tidak dapatlah disabitkan ianya. "Beruntunglah" penzina kerana akan dibela oleh ulama2 PAS tersebut kerana diselamatkan oleh alasan fitnah.

Anonymous said...

karikatur itu bab ROGOL bukannya ZINA. Kalau susah sgt bawa perkara ini ke majlis fatwa untuk jatuh hukum kerana sudah menjadi isu awam.

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

Anonymous said...

tak habis2 dgn isu video sex..sy hairan kebayakkan penyokong umno yakin itu anuar..pada hakikat nya itu bukan anuar..perut boroi dah cukup itu bukan anuar..

Anonymous said...

tak perlu nak kecoh2 lagi isu hukum hudud..hukum hudud adalah hukum ALLAH..terdapat dalam Alquran..tolak HUDUD bermakna tolak hukum ALLAH..APAbila tolak hukum ALLAH..APA HUKUMNYA?jawab la sendiri

Anonymous said...

kepada 11;07

ulamak umno yang layak digelar ulamak?siapa dia ulamak umno?


renung2kan lah..
kenapa kebanyakkan golongan ustaz penyokong pas?

Muhammad Azli Shukri said...

terlalu banyak yang bengap dan tak tahu isu yg sebenar, PKR dan DAP tu terima hudud atau tidak? Apa hukumnya mengundi PKR dan DAP?

Anonymous said...

kenapa pas mengikut cakap dap...kalau nak perintah malaysia pas patut bertanding semua kerusi parlimen jangan lah jadi barua dap...

Anonymous said...

penzina tu bukan anwar disebabkan perut buncit...heheee lawak betul lah...kau dah tegok betul2 anwar telanjang bulat ker samapi tau anwar tak berperut buncit....tapi aku pecaya jugak yang dalam video tu bukan anwar tapi binatang yang suka kan bontot dan puki china...dajjal yang memporakperandakan malaysia nie memang babi anjing orang yang dalam video tu....menyusahkan orang jer kat malaysia sebab peragai babi penzina dalam video tu

Anonymous said...

betul ke anwar dalam video sex tu, yg heranya time video tu dirakam rambut anwar mcm nipis sangat2,tiba2 keesokannya time anwar ke mahkamah lebat pulak rambut anwar,bercakap mcm tak thu hukum menyebarkan keaiban manusia.soal berlaku atau tidak itu cerita lain,

http://www.youtube.com/watch?v=xaP7-klit5w

http://www.youtube.com/watch?v=6L_rM1f0Gq4

Anonymous said...

Kepada yang cakap hukum hudud..

Hukum hudud hukum Allah.
Kalau dah hukum Allah ikutlah perintah dan suruhan Nabi Muhammad.
Nak ikut Nabi Muhammad, kenalah ikut sunnah yang membawa ketetapan Allah dari ahlul bait Nabi s.a.w.

Yang Nik Aziz nak bawak hukum Hudud tu kenapa?
Apa hubungan dia dengan Allah.
Apa pulak kaitannya dengan Nabi Muhammad?
Sedangkan keturunan nabi Muhammad pun dia kutuk.
Apa dia ingat serban dia boleh bawak dia ke syurga ke?
Hari-hari duk membelit orang untuk memecah-belahkan sesama umat Melayu.
Apa kejadahnya orang serupa ini.