Tetamu Kehormat...

June 14, 2011

Isu Jeff Ooi : Mari Belajar Tersenyum

Apakah mesej dan pengajaran sebenar yang boleh kita peroleh daripada kisah mohon maaf terbuka Jeff Ooi kepada NSTP dan tiga bekas pegawai kanan organisasi tersebut atas fitnah yang dilakukannya lima tahun yag lalu? (baca di sini). Pengajaran yang boleh kita ambil ada tiga :

1. Terbukti bahawa kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat suka menabur fitnah terhadap kerajaan tanpa usul periksa.

2. Jangan mudah percaya dengan laporan daripada tulisan "blogger-blogger elit" - walaupun tulisan mereka hebat dan mengasyikkan, tetapi itu bukan jaminan kebenaran. Ramai yang kagum dengan tulisan mereka, namun demikian banyak juga laporan mereka yang mengandungi fitnah.

3. Setelah lima tahun berlalu - semua orang sudah lupa, barulah Jeff Ooi sanggup memohon maaf secara terbuka, itu pun setelah tahap kerosakan fitnahnya sudah sampai ke puncak. Seolah-olah permohonan maaf ini tiada bermakna lagi.

4 comments:

GAP KEMBALI said...

tepat bro !

Wake UP! said...

Siapa bloger elit? Jeff Ooi? Oh tidak!

hilbert said...

Salam sdra Azli,

siapa nama blogger berambut sebelah Jeff Oii tu ye...ingat2 lupa pulak saya,,,dulu kan dia buat fitnah terhadap DS Rais Yatim...sampai riuh 1Malaysia...

Muhammad Azli Shukri said...

Tq