Tetamu Kehormat...

June 14, 2011

Blair Masuk Islam? Rupanya UMNO Islamkan 1000 Orang Kafir

Tony Blair bakal masuk Islam? Tidak mustahil hidayah Allah akan turun ke dalam hati musuh Islam yang sangat terkenal ini. Beliau ialah watak yang sangat kuat menyokong dan bersekongkol dengan Amerika Syarikat untuk menakluk Iraq. Dan kini, beliau mendedahkan bahawa setiap hari beliau membaca al-Quran dan memuji bahawa kitab tersebut merupakan kitab yang penuh dengan keindahan dan maklumat. (Baca di sini).

Alhamdulillah, di Malaysia atas kebijaksanaan pimpinan UMNO yang mendukung perjuangan agama, bangsa dan negara - kita menyaksikan peningkatan yang sangat mendadak dalam kalangan kaum bukan Islam yang memeluk Islam. Pada tahun 2008 seramai 597 orang kafir sudah mengucap syahadah dan pada tahun 2009 jumlah tersebut meningkat sekali ganda menjadi 915 orang. Kalaulah kita menerima bulat-bulat dakwaan PAS, kononnya UMNO menolak Islam, saya tidak fikir jumlah orang kafir yang memeluk Islam akan meningkat saban tahun. UMNO nampaknya buat kerja senyap-senyap, sedar-sedar hampir seribu orang kafir di Malaysia sudah memeluk Islam pada tahun 2009, itu belum campur tahun 2010 lagi.

Islam ini bukan hanya atas lidah atau atas serban sahaja - Islam ini luas dan menekankan amalan serta kebijaksanaan, memekik mahukan negara berkebajikan belum tentu berjaya mengIslamkan 10 orang kafir. Berpada-padalah dalam menghina dan mencaci UMNO, jangan nanti tersangkut di pintu syurga. Wallahualam.

10 comments:

ZULKIFLI said...

Syeikh Azli,
Hakikat harus diterima sebagai hakikat dan saya harus bersetuju dengan Syeikh.

Tetapi, bagaimanakah halnya dengan umat Islam yang murtad, muda mudi yang simpang-perenang agamanya - clubing senantiasa, arak dan dadah menjadi teman. Lihatlah laporan AADK.

Baik UMNO atau PAS atau PKR dan entah apa-apa lagi itu, mereka harus jujur membetulkan hal ini.

Anonymous said...

Sebelum ini ada tokoh Barat( bukan Islam ) yang menamakan Rasullullah SAW di senarai pertama tokoh manusia sejagat.Kini muncul pula Blair mengatakan beliau membaca Al Quran ( Terjemahan )hampir setiap hari.

Begitu juga bila sesutu penemuan baru dibongkar oleh saintis bukan Islam, maka kita macam tidak hairan kerana ianya telah pun dinyatakan dalam Al Quran.

Adakah kita perlu endorsement drp bukan Islam, baru kita nak menyakinkan akan kebenaran Islam ?

Anonymous said...

Kata UMNO kepada orang melayu..PAS sudah buang dasar negara Islam. Kata UMNO kepada bukan melayu..PAS masih menyimpan niat Negara Islam.
Itulah mainan kata-kata di Tenang tempoh hari. Politik oh politik. Seni serba kemungkinan. Kalau parti politik tidak berpolitik, itu namanya bodoh nak mampus.

Anonymous said...

semua ni lumrah dlm hidup. mungkin kita tidak sedar, beberapa tahun lalu ada pemimpin islam yg mengakui membaca Bible/Injil sepanjang ditahan di dalam ISA...yg belum dpt hidayah Allah tunjukkan hidayah, yg dah ada hidayah, Allah pesongkan hati mereka. Sebab itu janji syurga dan neraka adalah milik Allah.

Muhammad Azli Shukri said...

saya sependapat dengan tuan Zul...

Anonymous said...

hari ni..surat khabar mane yang menghina ISLAM...cari la sendiri

Muhammad Azli Shukri said...

surat khabar cina

Anonymous said...

-surat khabar cina-

jawapan yang takut pada realiti

Anonymous said...

hahaha surat khabar cina, saudara ni mesti tak baca UTUSAN MALAYSIA. Supportlah sket, awakkan penyokong kuat UMNO nanti bila dah bankrup company yg hina islam tu barulah nak tercari-cari HARAKAH..KAHKAHKAH

Anonymous said...

lebih indah kalau boleh detailkan "sebab2" mereka peluk Islam dan bagaimana perubahan mereka selepas memeluk Islam, dan berapa ramai yang setelah memeluk Islam kembali menjadi kafir??
link menarik: http://www.wanitamuslim.info/2011/01/cuma-mengucapkan-laa-ilaaha-illallaah.html
alangkah indahnya mereka yg peluk Islam kerana 8 syarat tadi,bahkan mereka lebih hebat dari kita kalau kta tiada 8 syarat tersebut!!..tgklah, mostly umat Islam skrg Islam kerana nama, Islam ktp, Islam keturunan..bila Islam dipersoal dia melenting tp bila dia,seorg muslim, disoal mengenai Islam, diam seribu bahasa!! teringat kata2 syed qutb, "aku lihat islam tanpa muslim di eropah tetapi aku lihat muslim tanpa islam di timur", -ingatan buat diri sendiri- walLahu a'lam