Tetamu Kehormat...

June 29, 2011

Biar Seribu Peguam Yang Membela - Hakim Tetap Satu!

Biarlah sampai 1000 peguam sekali pun yang bersedia untuk membela para pendemonstrasi haram Perhimpunan Bersih, 9 Julai ini - hakikatnya hakim tetap satu! Jika hakim membuat keputusan bahawa mereka bersalah - maka panggillah 2000 peguam pun, keputusannya tetap bersalah. Kita tidak peduli, perhimpunan tersebut tetap perhimpunan haram, bukan sahaja haram di sisi Islam, bahkan haram juga di sisi undang-undang. Tafsiran berhubung fasa kebebasan berhimpun dan berkumpul dalam perlembagaan negara telah ditafsir mengikut "Otak Anwar Ibrahim" dan bukan dilihat atas kepentingan ramai.

Setelah lebih daripada 1000 laporan polis dibuat ke atas pengajur perhimpunan tersebut, apakah rakyat masih buta mata hati dan masih mahu menjadikan si Ambiga itu sebagai dewa sanjungan kebebasan bersuara? Bersihkan tubuh badan Anwar Ibrahim terlebih dahulu, sebelum "mengada-ngada" mahu membersihkan negara. Bersihkan sikap pilih kasih dalam Majlis Peguam terlebih dahulu, sebelum berhajat membersihkan Pilihan Raya Malaysia. Terlalu banyak kekotoran dan kejijikan moral para pemimpin Pakatan Rakyat - maka bersihkan mereka terlebih dahulu, sebelum sibuk membersihkan orang lain. Baca laporan di bawah :


PETALING JAYA, 29 Jun — Sehingga 400 peguam secara sukarela telah menyatakan kesediaan mereka untuk membantu jika ada peserta Himpunan Bersih 2.0 ditangkap, kata pemimpin PKR hari ini.

“Setakat ini, berdasarkan maklumat yang saya terima antara 350 hingg 400 peguam menyatakan kesanggupan mereka membantu jika ada peserta yang ditangkap kerana menyatakan sokongan dan menyertai Himpunan Bersih,” kata ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Shuhaimi Shafiei. Ketika bercakap pada sidang media di sini, Ketua Penerangan PKR Selangor itu berkata, bilangan itu dijangka akan meningkat.

“Dalam Pakatan sendiri adalah ramai pemimpin kalangan peguam, yang ada asas undang-undang... dalam PAS seperti Hanipa Maidin, dalam PKR seperti R Sivarasa, Lateffa Koya... YB Kula di DAP,” kata beliau lagi. Sehubungan itu kata beliau, PKR Selangor akan membolisasikan sekitar 70,000 orang untuk menyokong Himpunan Bersih 2.0.

“PKR Selangor akan terus menyokong perhimpunan aman rakyat 9 Julai ini dan akan memastikan mobililasi 70,000 anggota PKR Selangor ke Himpunan Bersih 2.0 berjalan lancar. “Pihak berkuasa boleh menahan, boleh menangkap, boleh mendakwa dan penjarakan semua orang kanan Bersih 2.0, namun tiada kuasa yang dapat menyekat semangat dan kebangkitan rakyat,” katanya lagi.

PKR Selangor ada sekitar 120,000 ahli. Shuhaimi yang juga Adun Sri Muda berkata, pihaknya yakin mereka yang hendak menyertai Himpunan Bersih 2.0 akan datang dua hari sebelum perhimpunan. Pada sidang media hari ini, Shuhaimi juga mengumumkan tindakan memobililasikan mereka membabitkan lima lokasi berkumpul sebelum menuju ke ibu negara.

Menurutnya, lokasi pertama melibatkan ahli-ahlinya dari selatan Perak iaitu cabang Klang, Kapar, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Kuala Selangor yang diminta menggunakan stesen komuter Klang dan Pelabuhan Klang. Lokasi kedua melibatkan ahli dan penyokong dari kawasan Shah Alam dan Kota Raja yang dinasihatkan mengambil stesen komuter Seksyen 19 Shah Alam dan Padang Jawa manakala lokasi ketiga membabitkan mereka dari kawasan Tanjong Karang, Selayang, Hulu Selangor, Ampang, Pandan dan Gombak yang diminta menggunakan stesen komuter Batu Caves, Rawang, Sungai Buloh , LRT Putra Gombak dan Ampang.

Dalam pada itu, lokasi keempat melibatkan mereka dari kawasan Petaling Jaya Utara, Petaling Jata Selatan, Kelana Jaya, Subang dan Puchong. Mereka dari kawasan-kawasan itu diminta menggunakan LRT Kelana Jaya dan komuter MidValley dan Seri Setia. Shuhaimi berkata, pihak dari kawasan Sepang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Serdang yang hendak menyertai dinasihatkan menggunakan perkhidmatan ERL dari Salak Tinggi dan Putrajay, komuter dari Nilai, Bandar Baru Bangi dan UKM.

Sambil mengakui ia sebahagian daripada strategi menghadapi Himpunan Bersih 2.0 yang dianggap polis sebagai haram, Shuhaimi berkata, pihaknya ada pelan kontigensi tetapi enggan mendedahkannya. Kata beliau, pihaknya yakin rakyat akan turun walaupun ada usaha di pihak berkuasa yang mahu menghalangnya daripada berlaku. Malah kata beliau, sebahagian hotel di Lembah Klang enggan menerima tempahan bilik hotel untuk 8 Julai ini.

9 comments:

Anonymous said...

biar hakim tetap satu.... bersih tetap bersih....

Anonymous said...

Ya, yang penting peguam2 yg 'seramai' 400 org tu kebanyakannye koling-koling belaka. Satu spesis ngan amBABIga, cakap berbelit2... Jadi peguam tapi buta undang-undang.

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

Diyana said...

hmmm...nampak sngt la hakim dh kene beli....=p definitely not news!

Wok Samah said...

PKR kata ada 400 peguam nak berarak ke perhimpunan bersih, baguslahtu PDRM tangkap mereka semua. Biar loyar2 bangang PKR tak ke mahkamah dan anak2 guaman nya bertaburan lentang pukang dengan kes tak bicara. Patutnya peguam2 patuhi undang2 tapi dia pulak yang melanggar undang2. Mana agaknya Peguam PKR belajar LAW yek. Cuba tengok loyar2 di Bar Counsel kebanyakkan nya golap. Mana peginya loyar2 bangsa lain melayu ke dayak ke, asyik kita kena kelentong dengan loyar keling aje.

Anonymous said...

Polis jangan tangkap 70,000 orang, nanti tak muat masuk lokap cuma tangkap kepala2 PKR yang bebal tu. Kepala seperti Anuar, Ambigia, Mat Sabu, Tian Chua, Lim Kit Siang dan lain2 lagi termasuk lah Sam Ketot yang mulut longkang tu. Kalau tak cukup lokap campak diorang kat zoo biar jadi makanan sang buaya. Konon ramai akan datang ke perhimpunan haram..ces pembohong bukan rakyat jelata tapi puak2 pembangkang yang datang, tak usah dipedulikan, tak menjadinya perhimpunan haram tu, percayalah.

Anonymous said...

astagfirullah3,saya sungguh x faham dgn mereka2 yg nak menyokong himpunan haram ni, teruk sangat ke kerajaan kita hari ini-dah x ada kebebasan langsong dlm nak bersuara hinggakan nak mengherit kejalanan rakyat yg x berdosa dan x tahu apa2 kedalam masallah peribadi sendiri.
saya menyeru dan minta kpd pengikut berseh yg berugama Islam- buatlah sembahayang sunat Istiharah selama 3 malam berturut turut, mohon kpd ALLAH pertunjuk samaada menyertai himpunan haram itu baik atau tidak utk Agama, Bangsa dan Negara. Bukan kah itu perjuangan kita. Kalau perjuangan anda untuk membdri sokongan kpd indevidu tertentu maka ...sungguh malang nasib diri...sia sia saja -

Anonymous said...

mestilah ramai peguam stuju nak bela,kan diorang dpt duit dr situ.hahaha.peguam ambik kesempatan untuk tarah poket manusia bodoh

Mustaqim said...

Kenapa ummat ku seluruh Muslimin Melayu Malaysia terpukul dgn helah persatuan peguam ini?

Apakah tidak kita sedar selama ini peranan peguam India, China dan sebahagian Muslim Melayu dari golongan yg menjadikan rezeki org yg kena tindas sebagai sumber makan minum dan pakaian mereka?

Kita seharusnya memboikot seluruh institusi peguam dan tidak perlu lagi menggunakan mereka. Kita boleh bela diri kita sendiri. Mahkamah di mana sistem di dunia ini memberikan pembelaan diri.

Masalahnya Melayu Muslim Malaysia hari ini telah hilang jati diri hilang maruah hilang pegangan hidup mengejar habuan kecil di dunia sahaja. Yg pemimpin dgn cara kerakusannya yg dipimpin pun menggadai apa yg ada.

Jadi bangunlah dari tidur2 mimpi2 anda semua. Sedarlah mereka ini adalah musuh kita no. 1..........