Tetamu Kehormat...

June 28, 2011

Berhadapan Dengan Syaitan Yang Nyata!

Kesimpulannya hanya satu - Perhimpunan Bersih adalah jelas hukumnya haram untuk disokong, apatah lagi untuk disertai. Hanya manusia yang jahil sahaja yang sanggup membiarkan diri mereka diperbodoh dan dijadikan umpama seekor lembu yang dicucuk hidungnya. Segala bukti telah jelas, tanpa kita sedar penganjur perhimpunan tersebut sebenarnya terlibat dengan gerakan Kristian yang sangat memusuhi Islam di negara ini. Dan sesungguhnya, umat Islam di Malaysia, benar-benar sedang berhadapan dengan syaitan yang nyata! Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR 26 Jun - Gerakan yang mempunyai kaitan dengan Kristian yang berpangkalan di luar negara dikenal pasti sebagai penyumbang dana kewangan terbesar kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Gerakan tersebut yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak beberapa minggu lalu dikesan aktif menyalurkan bantuan kepada Bersih melalui NGO tempatan. Antaranya adalah Yayasan Konrad Adenauer dari Jerman yang mempunyai hubungan erat dengan Parti Kesatuan Kristian Demokratik di sana, serta Yayasan Canadian Allied dari Kanada.

Kedua-dua NGO tersebut kini dikesan berada di carta 'tiga teratas' selaku penyumbang berbanding beberapa lagi pertubuhan asing lain, yang mewakili sembilan negara berlainan. Dipercayai, jumlah terkumpul dana kewangan asing yang dimiliki Bersih kini sudah mencecah jutaan ringgit dan ia bakal digunakan untuk membiayai operasi demonstrasi.

Malah, Utusan Malaysia difahamkan, minggu lalu sahaja sebanyak RM250,000 dari negara asing disalurkan secara haram kepada sebuah NGO tempatan yang bernaung di bawah Bersih. "Semua sekali, sembilan negara asing yang menjadi 'tangan ghaib' bagi mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara pada 9 Julai ini dan mereka bergerak melalui NGO.

"Penyumbang paling besar yang dikesan adalah daripada NGO yang mempunyai kaitan dengan Kristian," kata sumber kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Dalam pada itu, sumber tersebut turut menjelaskan Bersih juga menerima bantuan kewangan daripada NGO yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Britain dan beberapa buah negara Asia yang lain.

Bagi Amerika Syarikat, Institut Demokrat Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) dikenal pasti menaja Bersih dan parti-parti pembangkang di negara ini. "Semua ini membuktikan bahawa Bersih hanya menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam untuk menghalalkan demonstrasi haram. Di belakang mereka ada ejen asing.

"Jadi saya harap rakyat sedar perkara ini. Pembangkang kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk bersekongkol dengan negara asing bagi mencetuskan huru-hara," jelasnya. Sementara itu, semakan Utusan Malaysia di laman web NDI, www.ndi.org mendapati NGO tersebut mengesahkan bahawa mereka menaja aktiviti Bersih. "Program NDI di Malaysia ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED)," kata badan tersebut seperti dipetik dari laman web.

10 comments:

Anonymous said...

Kemukakan BUKTI bukan main taruk aja.
semua orang boleh cakap,gua pun boleh cakap. bila ada bukti baru orang boleh caya.

Anonymous said...

i really hope to see some wisdom in azli's note. i case u make yourself to miss the real picture, let me tell u this:-

1. bersih 2.0 tak beri sbrg kelebihan pada bn atau pun pr

2. bersih 2.0 tidak menuntut penyokong tukar agama

3. bersih 2.0 tidak racist spt azli, perkasa & puak2 umno yg terpaksa diam sbb takut hilang sokongan mca & mic

4. tuntutan bersih 2.0 ialah:

a- bersihkan senarai undi
b- reformasi undi pos
c- dakwat kekal
d- akses media dgn bebas & adil
e- kempen minima 21 hari
f- kukuh institusi awam
g- henti rasuah
h- henti politik kotor/lucah

pernah baca sirah nabi tak? baca tak bab nabi buat perjanjian dgn org bukan islam dlm perkara yg baik?

dlm bn ada MIC & MCA kan? jgn termakan tipu daya bn.

bulan lepas mca cuba halalkan judi di kelantan. tak anti hukum islam ke tu?

sblm tu mcs hina hukum islam tak leh salam laki perempuan bukan muhrim. tak anti islam ke tu?

fikir dgn mata hati.

Anonymous said...

APCO tu kiranya malaikat lah...

Anonymous said...

Geng motor berkenaan layak untuk dicalunkan untuk "Anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali" yang dilancarkan oleh UiTM. Juara RM2,500 tiap seorang lelaki dan pompuan. Rasa nak tergelak pun ada. Ada ka VC boleh layan Ibrahim Ali. Apa jasa katak ni akau pun tak paham. Kalau Anugerah Tun M tu patut la jugak. Anda boleh rujuk mana2 cawangan UiTM, iklan pencalunan tersebut.

Anonymous said...

Tuntutan bersih kalau begitu lah dikatakan oleh Anon June 28, 2011 5:29 a.m 1) tidak perlu diadakan dijalanan.
2) Kenapa perlu di bantukan dengan seorang tokoh dari parti politik dari PAS. KEnapa perlu di pebgerusikan oleh seorang yang terang telah memurtadkan ramai orang2 Melayu dengan secara percuma. Mat Sabu pula bukannya bersih dari segi diri juga dari segi parti. PAS juga menjalankan aktiviti memindahkan pengundi dari satu daerah ke yang lain
3, Bersih mudaratkan ekonomi. Bukti banyak event seperti bola sepak dibatalkan
4. apa bukit ada undi hantu? Yang i pernah menjadi wakil parti. Tiap pengundi disahkan oleh kedua belah pihak. Dakwat boleh dikekalkan kalau dakwat itu ada bukti fool proofnya.
5. Henti poltik lucah/kotor - Kita kena tolak perlibatan PAS dalam perhimpunan ini. Kenapa Mat Sabu mesti terlibat

Anonymous said...

dear anon 5:29AM.
since you said fikir dg mata hati. i really hope you do the same.

4. tuntutan bersih 2.0 ialah:

a- bersihkan senarai undi
Yes, the SPR needs to clean the electoral roll. We can make its job easier if those voters who have moved out from their kampungs register their new addresses in the cities/towns with the local SPR. Eg Anwar Ibrahim. He is still registered as a voter in Permatang Pauh when his home is no longer there. Another example is Rocky's Bru. He is registered as a phantom voter in Sungai Rapat, Perak but he lives in Puchong. (In my case, I will help the SPR clean the electoral roll by updating my address ahead of the PRU13)

b- reformasi undi pos
No need to reform postal ballot lah, waste time only. Make voting compulsory.

c- dakwat kekal
Use biometric lah ..

d- akses media dgn bebas & adil
Pakatan goverments barred mainstream media from official functions in Penang and Kedah. They don't have any business asking for free and fair access to media when the media do not have free and fair access to how they conduct their affairs.

e- kempen minima 21 hari
Sure, our first election in 1955 provided for 42 days' campaign. But there was no internet, mobile phone and Proton back then. Okay, eight days may be too short lah. Two weeks should be about right.

f- kukuh institusi awam
g- henti rasuah
h- henti politik kotor/lucah
are not within SPR's job scope. A 6-yr old can tell you that. And furthermore when you talk about rasuah, should you be cleanning your own backyard?

tolong jelas kan perkara baik apa yg PAS dan PKR dapat dlm bab berkerja sama dgn DAP yg nyata KAFIR dan menolak ISLAM.

- MCA cuba halalkan judi dikelantan. berjaya ke? macamana pulak sah HALAL jual ARAK dan PRODUCE arak di selangor, kelantan kedah dan PENANG.

Mengapa BERSIH salah.
- tak boleh ke buat dekat Bukit bintang? the road there is wider and nearer to agong's palace.
- bersih tidak menuntut penyokong tukar agama. tapi ketua bersih memang terbukti (kes lina joy dan IFC) menolak islam. sirah ke tu?
- bersih tak beri kelebihan kepada parti politik BN/PR. tak juga beri kelebihan kepada ekonomi di KL. tak juga beri kelebihan pada sistem pengundian PR.
HABIS TU, MENGAPA DI TERUSKAN?

you have asked azli and whoever about buka mata hati. hope you read it and open yours.

Diyana said...

Utusan mmg terkenal dgn aktiviti rekacipta dongeng yg tiada asas dan fakta....stakat berita dlm utusan sy mmg x pandang langsung lar....utusan hanya lauk untuk memuaskan nafsu serakah penyokong BN/UMNO shaja...nk racun fikiran rakyat? rakyat yg bodo buta hati dan perasaan bolehla kene tipu....tu pun kalo diorng ade duit nk beli sokkabar tu....drpd beli Utusan baik duit tu simpan untuk bayar minyak keta yg br turun seposen lepas di naikkan seringgit....lawakn klakar drpd BN la tu....hikhik....

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

Anonymous said...

Sebenarnya kamulah dan Kuncu Umnogok dan setarafnya lah BAPAK SYAITAN LAKNATULLAH

Anonymous said...

Wei carilah seribu alasan untuk memburukan tindakan lawan. Kamu ni tak ubah seperti golongan jahiliah yang memburukan Rasullah dengan apa saja supaya baginda tidak dapat memngembangkan Islam