Tetamu Kehormat...

June 28, 2011

Apa Yang Kita Dapat Daripada Tulisan Ini?

Agaknya apakah pengajaran yang mampu kita peroleh daripada tulisan Umar Zain di bawah ini? Bagi mereka yang jahil, tiada apa-apa pun yang mereka dapat. Namun demikian, kepada golongan yang dibukakan pintu hati mereka oleh Allah, InsyaAllah mereka akan segera kembali ke pangkal jalan. Baca tulisan beliau ini : ARTIKEL SAUDARA ZAINI HASSAN dalam Utusan Malaysia 23 Jun berhubung konsep negara berkebajikan menarik untuk diberi perhatian. Dengan membuat perbandingan sedemikian, kita percaya ia akan memudahkan kefahaman mengenai konsep dan definisi negara berkebajikan sebagaimana yang ingin dilakukan oleh Pas. Baru-baru ini, sewaktu pulang ke Kelantan, saya sempat meninjau pandangan beberapa rakan lama yang walaupun berbeza haluan dan ideologi masing-masing tetapi masih akrab berhubung.

Selepas berbincang dengan mereka yang juga ahli Pas, ramai beranggapan isi kandungan negara berkebajikan itu sendiri bukanlah sesuatu yang begitu penting berbanding kesan yang diingini oleh kepimpinan parti tersebut setelah menilai perjalanan parti itu selepas bekerjasama dalam satu pakatan. Walaupun pandangan tersebut bukanlah mewakili pandangan majoriti dalam Pas, ia signifikan dan menarik untuk diteliti.

Perubahan strategi Pas itu bermakna mereka melakukan pengorbanan yang terlalu besar dengan meminggirkan perkara-perkara yang begitu sentimental kepada para pengikutnya. Misalnya, sebahagian pengikut Pas di Pasir Puteh menyatakan kekesalan mereka dengan menggelarnya sebagai 'strategi mempermainkan keimanan'. Apa tidaknya, kata mereka, setelah berhempas pulas berjuang selama 30 tahun memperjuangkan penubuhan Daulah Islamiyah, tiba-tiba bertukar kepada negara berkebajikan.

Menurut mereka lagi, mendengar sebutannya sahaja pun sudah berbunyi sekular sepertimana negara kebajikan di Eropah. Pengikut Pas ini mungkin tidak faham bagaimana perubahan itu dibuat berasaskan strategi yang dicanai hasil perbincangan ketiga-tiga parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

Kepada mereka, Pas ialah Pas asal yang sepenuhnya komited terhadap perjuangan penubuhan negara Islam dengan segala komponennya, termasuklah pelaksanaan hukum hudud sebagai simbol utama keislaman sesebuah negara menggantikan perlembagaan dan undang-undang tinggalan penjajah. Lebih dikesalkan, apabila mereka membandingkan dengan dua lagi parti komponen pakatan, iaitu DAP dan PKR tidak perlu pun melakukan sebarang penyesuaian terhadap dasar mahupun strategi parti.

DAP tetap berkeras sejak dulu dengan perjuangan meritokrasi Malaysian Malaysianya manakala PKR berterusan dengan dasar sekular. Mengapakah cuma Pas sahaja yang perlu berkorban dan berkompromi sehingga menghampiri perubahan perlembagaan parti tersebut? Rakan Pas ini juga berhujah bahawa Pas pernah dibuktikan sejarah sebagai king maker kerana kekuatan jenteranya, sehingga mampu memberi tumpang kepada PKR malah DAP dalam membawa kemenangan di sesetengah kawasan Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

Semasa itu, mereka tidak pun berkompromi mahupun merasa rendah diri terhadap dasar dan prinsip, mahupun strategi yang diatur oleh pemimpin parti mereka. Mereka turut bimbang bahawa konsep negara berkebajikan ini suatu strategi yang gopoh, yang tidak dicerna dalam perbincangan dengan semasak-masaknya. Pengikut tidak dimaklumkan sebarang perubahan, sehinggalah tiba-tiba diumumkan dalam ucapan dasar presiden dalam muktamar berkenaan.

Paling membimbangkan ialah apa yang dibuat akan kelihatan kepada rakyat Malaysia, Pas bukan lagi parti yang sepenuhnya memperjuangkan Islam. Pas hanya memperjuangkan parti, bukan Islam itu sendiri. Perjuangan Islam telah terpisah sama sekali dari parti Pas.

8 comments:

Anonymous said...

Kalau PAS berubahpun kenapa? Bukankah itu yang UMNO suka?? Apa yang kamu hendak sebenarnya???

AnakBN said...

PAS berubah yg ko risau.. Ko percaya sgt ke pada MCA, Gerakan.. Hello Azli.. MCA, Gerakan ni anytime dorang tgglkan BN kalu dorang tgk Bn dh x blh bg kekayaan pd dorang..

Muhammad Azli Shukri said...

kalau mca dan gerakan bila2 masa boleh tinggal Bn..apa pula jaminan DAP akan terus kekal dgn PAS?

Anonymous said...

Alahai apa yang dibuat oleh PAS semuanya tak betul. semasa dulu dikatakan PAS itu inilah bila sekarang ini pulak ceritakan. Cuba cerita apa yang perlu di buat oleh PAS untuk menegakan ISLAM.
Betulah kamu ni Cerdik tapi Bahlol

Muhammad Azli Shukri said...

cuba pula cerita apa yang telah UMNO buat untuk Islam pula?

Anonymous said...

sape yang menghapuskan SAR(sekolah agama rakyat)

UMNO kan parti ISLAM kenapa tak nak melaksanakan hukum ISLAM kat malaysia ni. HUDUD

Anonymous said...

berubah.. memang.. PRU12 lepas aku pangkah pas supaya ada perubahan kat selangor ni.. tapi apa yang aku nampak perubahan dari sebiji dua rumah urut & spa menjadi 10-20 biji.. kedai kuda dah macam kasino.. bersepah... tu baru kat daerah klang.. apa yang korang buat.. ini di bawah takluk kerajaan negeri.. kenapa boleh jadi macam ni? aku x kisah la kalu x hapus pun tapi makin bercambah, apa cerita orang2 pas.. kalu yang masuk orang bukan islam x pe.. ni orang2 islam, dah berumur plak tu.. aku undi untuk perubahan yang lebih baik.. tapi??? so macam ni korang nak pegang kerajaan persekutuan.. aku x tau la apa yang akan jadi.. aku bukan cakap x ada bukti.. aku hari2 ulang alik klang selama 15 tahun.. aku tau mana yang berubah mana yang tak.. kalau x percaya meh turun klang aku tunjuk..

Muhammad Azli Shukri said...

Tq