Tetamu Kehormat...

May 15, 2011

Tolak Mat Sabu Demi Kepimpinan Ulama!

Walauapa pun alasannya - saya secara peribadi menyokong penuh Nasharudin Mat Isa dinobatkan sekali lagi sebagai Timbalan Presiden PAS. Selain kelebihan beliau yang berpendidikan agama - ternyata selama ini Nasharudin lebih gemar bertindak secara rasional dan berpaksikan kepada tuntutan Islam. Hal ini sangat jauh berbeza dengan keperibadian Mohamad Sabu yang penuh dengan kontroversi, malah beliau juga bukanlah seorang yang mahir dalam hukum Islam. Kenyataan terbaru Nasharudin (baca di sini) merupakan satu pandangan yang sangat rasional dan berpijak di bumi yang nyata. Tidak perlu rasanya teori konspirasi yang dimomokkan oleh Anwar selama ini, dijadikan sandaran bagi menafikan segala-galanya. Nasharudin nampaknya semakin berani keluar daripada kepompong kejumudan yang tidak habis-habis mendewakan Anwar Ibrahim dan menyalahkan UMNO dan BN semata-mata.

Zaman untuk menunduh semua orang lain bersalah sudah berakhir. Dan zaman hanya Anwar Ibrahim sahaja yang betul juga sudah sampai ke penghujung. Hari ini adalah zaman yang mana semua orang sudah menggunakan otak untuk berfikir dan bukan menggunakan kepala lutut, seperti mana yang berlaku pada awal zaman Reformasi Anwar Ibrahim. Tuduhan kononnya segala yang menimpa Anwar Ibrahim selama ini adalah berpunca daripada UMNO/BN dan para pemimpimnya - sudah tidak boleh diterima secara semborono sahaja.

Nasharudin adalah generasi baru PAS yang lebih berpaksi kepada rasionaliti - tidak mahu tergesa-gesa menyokong mahu pun membuat keputusan dalam isu video seks Anwar Ibrahim. Beliau lebih selesa tunggu dan lihat dahulu laporan daripada pihak polis, dan kemudian barulah menetapkan pendirian. Sudah tiba masanya Mat Sabu dinyahkan daripada PAS - beliau tiada pendirian, bahkan beliau mudah lupa siapakah manusia yang mula-mula membongkar kes salah laku seks yang membabitkan Anwar Ibrahim dan didedahkan kepada khlayak ramai. Menyokong dan mengundi Mat Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden PAS - umpama membakar tiang seri parti tersebut, apa tidaknya, tiang seri PAS selama ini adalah berpaksikan kepada tag line "Kepimpinan Ulama" - dan memenangkan Mat Sabu adalah sama dengan meruntuhkan kepimpinan ulama yang sedia ada. Fikir-fikirkan. Wallahualam. Takbir! Hidup Nasharudin Mat Isa.

15 comments:

Anonymous said...

SY TAK SUKA USTAZ NASARUDDIN SEBAB DIA JENIS GILA KUASA. DIA NAK JOIN UMNO SEBAB NAK CEPAT JADI MENTERI.

Muhammad Azli Shukri said...

itu fitnah...

Anonymous said...

Yang mana calon yang disukai UMNO yang itu mesti ditolak oleh ahli PAS. Mudah saja sifir itu. Walaupun Presiden dan timbalannya bukan golongan ulama, tapi secara haraki PAS masih dibawah kepimpinan ulama asalkan majlis syura dan mursyidul di atas barisan eksekutif.

Muhammad Azli Shukri said...

mcm mana kalau tiba2 UMNO mahukan Mat Sabu?

Anonymous said...

Perjuangan mesti berasaskan idealisma bukannya personaliti, tetapi jika ada kedua-duanya maka jadi karisma. Nik Aziz, Anwar Ibrahim sudah masuk ke waktu maghrib, tapi selepas malam pasti fajar baru akan bangkit dgn idealisma dan mungkin personaliti yg lebih hebat, selagi mereka itu adalah pejuang sejati samada dlm medan jihad, amar maaruf nahi mungkar atau pun paling tidak utk nilai keadilan & demokrasi sejagat.

Anonymous said...

Anon 1:10

Kebanyakan hamPAS bersekongkol dengan DAPigs dan PKR (Parti Kencing Rakyat) juga berangan-angan untok menjadi menteri lepas PRU 13..jika PR menawan Putrajaya???

>>Jangan mimpi lah....semua nya akan di pileh dari kalangan DAPigs saja.
Bodoh lama belum hilang....timbul bodoh baru.

KZSO said...

kenapalah guna "Anonymous", takut kepada bayang-bayang atau kebenaran? sekurang-kurangnya gunalah nama "nick" atau samaran...

Muhammad Azli Shukri said...

Tg

Anonymous said...

ustaz ini pernah tidok kat hotel umno sejak dulu lagi , dia sokong umno jugak. Boleh jadi orang perpaduang.

Anonymous said...

Tahniah.... akhirnya saudara bersetuju bahawa PAS diterajui oleh kepimpinan ulamak... ucaplah selamat jalan pada UMNO.

Anonymous said...

memangla kita mahukan kepimpinan ulama sprt nasharudin yg mahukan perpaduan antara umno dgn pas..bukan ulama sprt nik aziz

Anonymous said...

Salam..
Berfikirlah secara lebih terbuka dan rasional... jangan terperangkap dlm 'anwarisme' sahaja. Saya dilahirkan dlm kampung yg hanya 2 keluarga UMNO, yg lain semua PAS totok termasuk saya...

Kenapa ahli PAS terlalu mendewa2kan Anwar.. dia 'maksum' kah.. PAS adalah sebuah Parti yang telah cukup dewasa dan panjang sejarahnya berbanding dgn PKR ... kita wajib berdiri atas kaki kita sendiri. Sudah lupakah rakan2 sekelian caci maki dan hinaan Anwar kepada kita sewaktu beliau jadi TPM??? Beliau seakan sesumpah yg boleh merubah dirinya menjadi apa sahaja.. bersama kita berjubah berserban.. bersama MIC dan kerabatnya, boleh pula menari Bhangra.. Apa peduli UMNO, PKR. DAP.. parti kit adalah PAS! Banggalah dengan parti dan diri..

shamshul anuar said...

SAudara Azli,

Maaf jika orang PAS tersinggung jika saya kata Nasaruddin "gagal" sebagai Timbalan Presiden PAS.

Gagal kerana beliau jenis tidak berani buka mulut nyatakan pendirian. Dan siapa beri gelaran "ulama' pada nya? Tak nampak pun ciri ciri ulama.

Dan Mohd Sabu pula lebih dikenali sebab ceramah maki hamun . Lain tak ada. Apa pencapaiannya ? Dia ditolak ditempat kelahirannya sendiri.

samagreen said...

Pemimpin yg jujur harus berwawasan, berani dan bersikap sederhana.

Berani menyuarakan pandangan, berani menegur, berani ditegur, berani mengambil risiko, berani mengaku kelemahan .............

Kata2nya penuh dgn makna, pengajaran, juga 'sindiran'utk orang ramai berfikir.

Akhirnya, dia menyerahkan segalanya kpd Allah SWT utk menentukan!!

"Sesungguhnya tidak ada kamus kalah bagi hambaKu yg beserta dgn Aku"
..................................

TDM adalah contoh terbaik yg dekat dgn kita, beliau antara pemimpin agung yg dilahirkan di abad ini!!

* Teman setuju jugak dgn pandangan sdr shamshul anuar.

samagreen said...

Tetapi ini tak bermakna Mc Sabu tu lebih baik dari Ustaz Nasa!!