Tetamu Kehormat...

May 12, 2011

Siapakah Yang Untung Kalau Anwar Dibunuh?

1. Saya tertarik untuk berkongsi dengan para pembaca blog saya berkenaan sebuah artikel yang menarik untuk sama-sama kita fikirkan. Persoalan siapakah yang untung dan siapa pula yang rugi sekiranya Anwar Ibrahim dibunuh dalam waktu terdekat, memerlukan jawapan yang sangat kukuh dan konkrit demi survival politik Pakatan Rakyat pada masa hadapan. Tulisan Terrence Fernandez di dalam portal Malaysia-Instinct ini patut kita renungkan.

2. BLOG ANWAR TELAH memaparkan berita yang telah dijangkai ramai. Pemandu Anwar mengatakan yang kereta Anwar telah disabotaj dan laporan polis telah dibuat. Semua yang mengenali Anwar boleh mengagak apakah rancangan Anwar seterusnya. Dia sedang merancang sebuah drama percubaan bunuh ke atas dirinya sebagai alasan untuk melarikan diri keluar negara dan mengelak tindakan undang-undang.

3. Anwar telah pun kalah untuk kali yang entah ke berapa ratus. Dia telah hilang segala kredibiliti, air mukanya, penyokong, rakan-rakan malah mungkin juga hampir kehilangan isterinya, sepertimana yang kita dengar. Dan apa yang paling menyakitkan ialah Anwar sudah semakin hampir kehilangan kebebasan. Jadi, sebenarnya, permainan ini telah lama tamat bagi Anwar. Tetapi manusia ini degil ingin terus bermain sehingga sanggup mementaskan percubaan bunuh ke atas dirinya sendiri dengan menyalahkan kerajaan, terutamanya Najib.

4. Tetapi, siapakah yang ingin melihat Anwar mati? Apa ke jadahnya Najib ingin melihat Anwar mati? Jika Najib begitu kejam pun, apakah keperluannya menembak musuh yang telah pun rebah? Seorang yang kejam lebih suka melihat musuhnya dimalukan di mahkamah dan mereput di Sungai Buloh daripada melihatnya mati begitu saja.

5. Jika ada pun sesiapa yang ingin melihat Anwar mati, mereka mungkin terdiri dari manusia-manusia di sekelilingnya yang tidak tahan lagi diperbodohkan, dipergunakan dan disalahgunakan dek kepimpinan kukubesinya dan nafsu liarnya. Sekutu politiknya melihat dia sebagai beban kerana sering meletakkan parti dalam keadaan yang sukar. Masalahnya mereka tidak boleh menendangnya keluar kerana takut malu…dan takut kehilangan penyokongnya, tetapi mereka juga tidak sanggup lagi bertoleransi dengan nafsu binatangnya selama-lamanya. Namun, mereka tahu bahawa perkara terbaik bagi parti mereka ialah menghapuskan saja karektornya.

6. Semua orang tahu bahawa motif paling biasa dalam kes bunuh ialah wang, nafsu atau kuasa. Kerajaan Najib sudahpun berkuasa dan kuasa itu semakin kuat hari demi hari. Najib dan kerajaan tidak akan mendapat apa-apa keuntungan kewangan dari kematian Anwar pun. Dan pastinya nafsu bukanlah motif memandangkan Wan Azizah tidaklah begitu menarik berbanding Rosmah.

7. Sememangnya tidak ada sebab atau motif bagi sesiapa jua di dalam kerajaan untuk membunuh Anwar. Sebaliknya, pembangkang, keluarga Anwar dan ‘inner-circle’nya akan mendapat banyak faedah jika Anwar ditemui mati dalam masa terdekat. Keluarganya akan mewarisi harta dan wangnya dan semua penghinaan akan dapat dihentikan manakala Hadi Awang dan Kit Siang bolehlah bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri. Masalah berat yang melanda Pakatan Rakyat akan selesai dengan ketiadaan Anwar…Dan siapa tahu apakah rahsia yang dipegang oleh Anwar mengenai operasi CIA di rantau Asia. Rahsia itu juga akan selamat jika Anwar tiada lagi.

8. Justeru, jika adapun percubaan untuk membunuh Anwar, polis harus terlebih dahulu menyiasat mereka-mereka ini. Dan bermula hari ini, mungkin Anwar perlu sering melihat ke belakang untuk memastikan tangan yang menepuk belakangnya untuk menenangkannya itu tidak turut memegang.

9 comments:

nonbal said...

wahh, seratus persen saya sokong dan turut berfikiran seperti saudara.
Anwar Umpama tikus, waktu hidup menyusahkan dan bila mati juga menyusahkan sebab jadi bangkai.
Pada saya tiada yang istimewa anwar ni selain menjadi agen dajjal yang akan merosakan bangsa malaysia.
Bagi Anwar, Segala perlakuan rakyat dan senario yang berlaku di malaysia perlu disebabkan oleh mangkok ni yang gila glamer. Si Anwar ni sama seperti penjahat lain, cuma dia ni ada penyokong dan agak pandai putar belit. itu kelebihan yang tidak dikehendaki didalam islam.

Muhammad Azli Shukri said...

tq tuqn nonbal

kluangman said...

Walaupun ada teori itu hanya 'plan' Anwar sendiri yang keberangkaliannya sangat kuat tetapi 'konspirasi' itu jika benar benar terjadi tanpa kawalan dan pengetahuan Anwar sendiri sebenarnya sesuatu yang cukup serius.

Jika Anwar terbunuh tanpa kawalannya, UMNO/BN/Kerajaan akan dilihat sebagai tangan ghaib yang melakukannya dan sentimen ini sangat mudah tersebar bagai mencurah minyak ke dalam api di kalangan penyokong yang taksub.

Mampu dan sudahkah pihak keselamatan bersedia akan rusuhan ini?

Siapa yang akan untung?? "tangan yang menepuk belakangnya untuk menenangkannya itu turut memegang."" - memang jawapan yang tepat.

Apa yang terjadi di Mesir dan Libya mampu berlaku di sini demi kepentingan pihak dalam negara dan juga luar negara - Malaysia sudah lama di cemburui.

YB Raz said...

sebenarnya tak ada siapa yang kisahpun kalau anwar ni hidup atau mati..

semua ini cuma permainan politik dia sendiri..dulu dia mengaku telah disuntik arsenik, hiv..tapi masih sihat walafiat sampai sekarang.

masa saiful buat report polis kena liwat, dia lari ke kedutaan turki atas alasan ada orang nak bunuh dia..tak ke lawak namanya tu.

anwar ni sebenarnya tak payah dilayan langsung..bila dia buat ceramah, rakyat ramai ramai boikot..masa tu baru dia sedar sendiri.

Anonymous said...

Financial coordinator Annuar lah siapa lg....kalau dibiarkan lebih lama peluang beliau nak ke PUTRAJAYA hancur dek reputasi Annuar.

Anonymous said...

Ben Ali dan Mubarak semasa masih berkuasa dan dipuja secara agenda oleh media dianggap tokoh negara. Tapi, bila dah tak berkuasa dah mula keluar cerita-cerita busuk dari sehari ke sehari. Begitulah realiti hari ini dimana kebenaran dan 'kecantikan' berpihak kepada yang berkuasa, yang pembangkang dianggap tahap musuh negara setaraf komunis. Bila lagi pembesar-pembesar negara nak bersumpah tidak memiliki harta bertimbun di luar negara mcm mubarak dan ben ali itu.

Muhammad Azli Shukri said...

tq

Adi Kencana said...

Xda saoanya nak bunuh Anwar. Ni semua taktik basi dia nak tagih simpati...

http://apakecoh2.blogspot.com/

LinkMalaysia said...

KEDUTAAN MANA PULAK DIA NAK LARI LEPAS NI//