Tetamu Kehormat...

May 19, 2011

Sekitar Chat Bersama Anwar Ibrahim di Yahoo! Terbukti Hudud Bukan Agendanya!

Anwar Ibrahim telah diberi peluang untuk bersama-sama dengan warga Yahoo selama satu jam bermula jam 11.15 pagi tadi. Di bawah ini saya kutip daripada blog Warta Shubhi berkenaan beberapa dialog menarik Anwar semasa sessi chat dengan warga Yahoo. Yang menariknya adalah berkenaan hukum Hudud - ternyata Anwar Ibrahim masih berdolak-dalik dalam pendiriannya dengan memberikan jawapan bahawa Islam lebih mengutamakan isu-isu keselamatan, kebebasan dan keadilan - bukankah dengan melaksanakan hukum Hudud itu maka tertegaknya keadilan yang sangat diperjuangkan oleh PAS dan PKR selama ini? Soalnya sekarang bilakah Anwar Ibrahim akan melaksanakan hukum Hudud sekiranya PR benar-benar berjaya mentadbir Malaysia? Sudah semestinya Anwar harus meletakkan "jangka masa" - sama ada setahun, dua tahun atau tiga tahun, bagi melaksanakan Hudud di Malaysia sekiranya beliau mempunyai cita-cita ke arah itu. Namun demikian, Anwar Ibrahim tetap berdolak-dalik dalam isu ini! Baca chat bersama Anwar Ibrahim di bawah :

Kemungkinan dipenjarakan?

Anwar Ibrahim: No reason to for me to be jailed based on facts and law. For now, reformasi!

Kenapa Anwar bahaya?

Anwar Ibrahim: Unfortunate for UMNO leaders to resort to dirty politics and pornography. I'm deemed to be dangerous because of my commitment to reform and combat corruption and cronyism.

Comment From David : Give me one good reason why should I vote for you in the next election?

Anwar Ibrahim: For freedom and justice. Enough of racism and corruption.

Betulkah PR makin lemah?

Anwar Ibrahim: mainstream media propaganda. The reality on the ground is still promising. Example: Sarawak elections.

Ramai orang-orang lama PKR dah cabut, komen?

Anwar Ibrahim: Beberapa orang dibeli UMNO. Majoriti yang punyai daya tahan, daya juang dan maruah masih kekal dengan perjuangan. Tenaga baru muncul, lebih wibawa dan dibuktikan dalam PRU yang lalu.

kembali kpd Umno jika ditawar jadi PM?

Anwar Ibrahim: Saya tetap bersama golongan Mustadh'afeen. UMNO sudah tidak relevan kerana dikaitkan dengan kezaliman, keangkuhan dan rasuah.

komen tentang PERKASA

Anwar Ibrahim: Insult to the intelligence of Malaysians with their racist tirade. It's also an UMNO ploy to create mischief and racial tension.

Perlaksanaan Hudud?

Anwar Ibrahim: We must understand what is the higher objectives of the Syariah (maqasid syariah). Our priority is security, freedom and justice for all Malaysians.

Comment From Dr MiM : DSAI, what is the rational of avoiding a simple 'show your omega watch' to the press and public? Logically, this simple move will ease your moral issues?

Anwar Ibrahim: What is the issue? First, Eskay claimed that it was given by a Saudi prince. Then, it was bought in taiwan in 2004 (when I was in jail). Why is there the need for me to explain?

Comment From wasif : Buku apa-tulisan siapa yg paling bnyak mmpengaruhi pemikiran DSAI?:)

Anwar Ibrahim: Al-Quran, kitab hadith, karya-karya besar termasuk Shakespeare, Tagore, Iqbal.

Comment From ily : Sdr memang menjadi sasaran serangan. Mengapa sdr tidak berhati-hati alam memilih pegawai saudara atau sahabat sejak serangan liwat kali pertama

Anwar Ibrahim: Saya tidak mudah menghukum orang. Saya lebih bersifat memaaf dan tidak mencurigai. Jika Saiful yang dimaksudkan, beliau telah dipilih oleh staf lain dan hanya pekerja sementara.

Comment From om: in your opinion, who is the man in the video. pls answer honestly.

Anwar Ibrahim: I have some suspects; big stomach and saggy breasts. ha ha

Komen tentang Mahathir

Anwar Ibrahim: Dr. M kuat disiplin dan kerja. Sosok keras dan tidak sedia menerima kritikan.

Comment From Nik Abdul : Datuk Seri: How is your opinion when expert form South Korea & US confirm that individual from sex tape seems like your face? Do you think that is conspiracy too?

Anwar Ibrahim: Typical example how smart guys like you can be duped by UMNO media. Which expert? Why can't they be transparent?

Comment From PK : Adakah betul dakwaan yang mengatakan Dato seri bersetuju dengan fahaman pluralisme dan bersetuju dengan tindakan Lina joy untuk keluar Islam ats nama kebebasan beragama??

Anwar Ibrahim: Percubaan juak UMNO untuk memfitnah termasuk menteri agama. Syeikh Yusuf Qardawi sedia jadi saksi seandainya saya didakwa dalam isu ini. Kita tidak menggalakkan atau meremehkan soal aqidah tetapi kita juga tidak boleh memaksa.

Sumber : Warta Shubhi.

8 comments:

Anonymous said...

Pemimpin PAS mcm mane leh terima ke tak kenyataan ALjuburi nie tidak akan terima hudud perjuangan PAS,esok nik aziz bg komen kot kita dgr la alasan pihak PAS lak. KEADILAN hanya utk anwar jer bukan untuk rakyat pun

Adi Kencana said...

PAS akan buat2 x nampak kenyataan Anwar ni. Janji dapat kuasa cukup, prinsip negara Islam boleh letak tepi dulu.

Nak tahu pasal taktik terkini Nurul Izzah ambil kredit dari usaha UMNO?

Boleh baca di sini:
http://apakecoh2.blogspot.com/

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

M Ariffin said...

Banyak diantara jawapan-jawapan beliau kurang menyakinkan, atau dengan kata lain sukar diapercayai.

Muhammad Azli Shukri said...

memang itu yang kita rasai...

jack said...

anu menipu, dalam perbualan dengan rakan abim, gagap nak jawab kena soal pasal akidah, penipu besar, sangut kata semua agama sama, kena balun dengan man mina , tak terjawab anu,

jack said...

harap saudara link temubual anu dengan minah mat salleh tu, pasal lina joy, harap teruskan perjuangan, tq,

Muhammad Azli Shukri said...

tq