Tetamu Kehormat...

May 15, 2011

Saat Kehancuran Dilahirkan

Kali ini kita tidak ada pilihan, melainkan menyokong penuh kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang mahu pihak berkuasa mengheret pelaku di dalam video seks tersebut ke muka pengadilan (baca di sini). Pelaku seks tersebut mesti dihukum dengan seberat-berat hukuman, agar memberi pengajaran kepada orang lain. Perlu juga diberi perhatian, kepada mana-mana pihak yang terlibat menyokong dan mempertahankan si pelaku seks tersebut juga mesti dihukum - atas alasan bersekongkol dengan maksiat.

Sesungguhnya kebenaran sudah teramat hampir dengan kita, InsyaAllah Allah tidak akan mensia-siakan doa serta harapan kita semua yang mahu melihat isu yang membelit Anwar Ibrahim selama ini diselesaikan dengan segera. Keikhlasan kita semua adalah kekuatan politik orang Melayu dalam memastikan pengkhianat umat dilenyapkan terus daripada muka bumi ini. Tugas kita masih jauh - demi mengembalikan kestabilan politik Malaysia, semua musuh yang bersekongkol dengan pelaku seks tersebut haruslah dihukum dengan seberat-beratnya. Wallahualam.

1 comment:

Anonymous said...

bagus, cuba anda dedahkan banyak lagi yang ditulis dalam haramkah, contohnya megatakan kilang arak gad dan carberg ibu segala kejahatan, tetapi sekarang megapa pas tidak membantah, atau menutupnya, adakah pas setuju adanya kilang arak, cuba kupas isu ini, tq,