Tetamu Kehormat...

May 11, 2011

Konspirasi Bunuh : Anwar Diminta Buat Skrip Lebih Baharu!

Plot drama terbaru Anwar Ibrahim sudah bermula. Kisahnya sama, cuma cara sahaja yang berbeza. Jika dahulu beliau menuduh kononnya terdapat konspirasi untuk membunuhnya dengan menggunakan racun arsenik, kini, lain pula kisahnya. Plot cerita tiada banyak yang berubah, iaitu terdapat konspirasi licik yang cuba membunuh "Anugerah Tuhan" ini, dan pada kali ini modus operandinya adalah dengan merosakkan sistem brek kereta yang sering dinaiki Anwar pula, (Baca di sini). Yang peliknya, setiap kali ada cubaan untuk membunuh Anwar Ibrahim - beliau pasti akan selamat, seolah-olah Anwar sudah mengetahuinya lebih awal perancangan tersebut - bahkan yang lebih menghairankan, kisah cubaan untuk membunuh Anwar sering dilakukan pada saat beliau benar-benar memerlukan simpati dan belas kasihan daripada orang ramai. Pada ketika ini - semua orang tahu, Anwar Ibrahim semakin kehilangan sokongan masyarakat, khususnya dalam kalangan orang Melayu, mahu atau pun tidak, Anwar terpaksa "mencipta" isu baharu yang boleh mengembalikan simpati masyarakat kepadanya. Maka, cara mudah untuk meraih kembali sokongan rakyat kepadanya, adalah dengan mendakwa, kononnya terdapat usaha untuk membunuhnya.

Cerita bohong lagi menipu ini rupa-rupanya masih dipercayai oleh sebahagian kecil para pemuja Anwar. Walaupun golongan ini tahu, cerita rekaan pemandu Anwar Ibrahim ini adalah sama sahaja dengan plot filem-filem aksi dari Amerika Syarikat, namun mereka tetap membutakan hati dan memekakkan telinga, kononnya ia adalah kisah benar lagi serius. Oleh sebab terlalu banyak "ulat bulu" yang bersarang di dalam otak para pemuja Anwar Ibrahim, maka segala cerita bohong dan tidak logik seperti ini ditelan bulat-bulat oleh para pemuja tegarnya. Kalau sekali pun pihak kerajaan "teringin" sangat untuk membunuh Anwar Ibrahim, tidak perlu lahpihak kerajaan bersusah payah untuk merosakkan brek kereta beliau, banyak lagi cara untuk menamatkan riwayat hidup Anwar Ibrahim. Kaedah merosakkan sistem brek kereta untuk membunuh seseorang sudah ketinggalan zaman dan tidak digunakan lagi pada zaman ini.

Malulah pihak kerajaan yang mempunyai pelbagai kelengkapan dan kepakaran, tetapi hanya mampu "menanggalkan skru brek kereta Anwar Ibrahim sahaja" untuk membunuhnya. Fikirlah menggunakan otak dan bukan kepala lutut, punyalah hebat polis dan tentera yang ada di Malaysia ini, tak akan itu cara terbaik untuk membunuh Anwar Ibrahim - bodohlah kerajaan UMNO yang serba hebat ini, kalau itu idea yang digunakan. Jadi, lain kali Anwar diminta buatlah plot filem yang lebih mencabar minda para pemujanya, jangan sampai plan "terkantoi" seperti mana terkantoinya video seks beliau. Wallahualam.

10 comments:

kluangman said...

Ini baru permulaan, banyak lagi skrip yang menunggu, yang lebih cemas, yang lebih 'real', yang betul betul terjadi yakni sukar diragukan. malah ke tahap yang sepatutnya dilakukan oleh stunt man tetapi terpaksa dilalui oleh pelakon itu sendiri, siapa yang terpaksa berkorban, siapa yang kena jadi pelakon, siapa yang terkorban, siapa yang jadi mangsa - sukar diramal kerana ia bergantung sejauh mana tekanan dan desakan.

Skrip itupun bukan yang terakhir.

Muhammad Azli Shukri said...

memang benar tu tuan kluangman

Zek said...

Apa yang dimimpikan oleh Zahid Md Arip nampaknya dah menjadi kenyataan.

Maka bersedialah kita menghadapi kelentong Anwar selepas ini.

Macam-macam lagi akan keluar, episod demi episod. Bagi mereka yang mahu berfikir tak jadi masaalah. Mereka sudah bersedia.
Tetapi bagi mereka yang taksub gila, mereka akan percaya segala tipu muslihat dan kelentong daripada raja kelentong yang satu ini.

Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!

Anonymous said...

Akhirnya mungkin Anwar akan bunuh diri kerana sudah tidak tertanggung lagi apa yang telah dilakukannya. Dosa dia kepada seluruh rakyat Malaysia yang dikelentongnya, dan kepada Allah dengan isu kalimah Allah dan lain-lain lagi.

Tentang video sexnya sudah terlalu terang bahawa pelakunya adalah sah ANWAR BIN IBRAHIM (Layari blog Parpukari). Memang jelas wajah Anwar.

Muhammad Azli Shukri said...

tq

Anonymous said...

Berlakun dan berdrama adalah salah satu plan dia untuk mendapat balik sokongan yang hilang.

Plan seterusnya ia dengan memanggil World Class Ulamak Prof Dr Sheikh Wahba Mustafa Al-Zuhaily dari Syria untuk "bersolat hajat Perdana untuk menjauhkan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim."
Lihat di web site ini http://www.keadilandaily.com/anwar-dr-wahba-al-zuhaily-dalam-seminar-maqasid-syariah-di-melaka/

LOcal Ulamak nampaknya terpaksa diketepikan dulu, sebab dlm praya lepas PKR kalah teruk di Sarawak.

Pejuang Revolusi 1957 said...

assalamualaikum

Diharap dapat menglinkkan DAN follow blog kami di blog anda.. dan jika kami belum menglinkkn blog anda diharap memberi maklum balas.. terima kasih

- PEJUANG REVOLUSI 1957 ( BLOGGER BARU DARI PULAU PINANG )

Anonymous said...

SATU KAJIAN KECERDIKAN TELAH MEMBUKTIKAN ANWAR LEBIH CERDIK BERBANDING MAHATHIR. TENTUNYA ANWAR JAUH LEBIH CERDIK BERBANDING NAJIB. UNTUK SAMA2 RAKYAT FIKIRKAN SIAPA LEBIH LAYAK UNTUK JADI PERDANA MENTERI.

Anonymous said...

Anon 10:41 Kajian oleh PKR ke? hex3 Seribu kali cerdik pun kalau perangai lebih dajjal dari dajjal awak nak ke ber PM kan dia? kalau nak jugak, sah awak ni dari golongan yang sama... bernafsu luarbiasa...

Anonymous said...

apa salah menlontarkan secara serkap jarang tentang cubaan membunuh sebelum pembunuhan betul-betul berlaku sebagai pre-emptive. Ini kerana dlm 'perang politik' memang berlaku kes bunuh-membunuh spt yg telah berlaku di Pakistan,India,Taiwan malah di US.
Lagipun suhu politik Malaysia hari ini memang amat panas dgn isu yg luar kemanusiaan spt video lucah, liwat, agama kristian yg musah terbakar jika tidak terkawal.