Tetamu Kehormat...

May 31, 2011

Kenyataan Harun Taib : Bulan Tidak Lagi Satu

Kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib sangat bertepatan dengan jiwa saya, sudah tiba masanya seluruh ahli PAS menolak mana-mana calon yang bukan dalam kalangan ulama yang berhasrat merebut kerusi panas Timbalan Presiden PAS. Walaupun saya banyak tidak bersetuju dengan PAS, namun demikian dalam hal ini - pada hemat saya kepimpinan ulama PAS perlu dikekalkan - kerana saya percaya golongan Endogran dalam PAS lebih jahat dan lebih merbahaya daripada golongan ulama mereka sendiri. Sekurang-kurangnya golongan ulama dalam PAS masih ada rasa untuk mewujudkan perpaduan dengan UMNO atas nama tuntutan agama. Justeru itu - walauapa sekali pun yang akan berlaku, kepimpinan ulama perlu dikekal dalam PAS demi menghancurkan golongan Endogran yang lebih mirip menyokong dan membela Anwar Ibrahim. Takbir!!! Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR 30 Mei - Pucuk pimpinan Pas perlu diwakili oleh mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan agama bagi menjamin kesinambungan kepimpinan ulama dalam parti itu. Sehubungan itu Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, adalah afdal bagi perwakilan memilih golongan ulama kerana mereka lebih memahami Islam yang menjadi asas perjuangan Pas.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, adalah tidak salah jika perwakilan memilih calon dari latar belakang profesional asalkan calon tersebut akur dengan dasar parti. "Walaupun tidak tersurat tetapi saya secara peribadi berharap tradisi ini dipertahankan kerana dasar Pas adalah Islam. Pas meletakkan Islam sebagai undang-undang tertinggi.

"Secara tersirat, lebih baik dasar Islam ini diteruskan golongan ulama kerana mereka mempunyai pemahaman mendalam mengenai Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Ditanya sejauh mana beliau bimbang dengan gerakan perubahan yang ditunjangi golongan tertentu dalam Pas, Harun berkata, suara perubahan itu sebenarnya tidak kuat.

Katanya, gerakan itu nampak seperti hebat kerana mendapat liputan daripada pelbagai media sedangkan perkara tersebut mungkin hanya melibatkan sebilangan kecil pemimpin Pas. "Kalau mereka mahu melakukan perubahan ke arah kebaikan parti, kita terima, tetapi kalau hendak mengubah dasar parti, saya tidak fikir perkara itu akan menjadi kenyataan," ujarnya.

Mengenai dakwaan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan bahawa wujud pengacau pada pemilihan Pas, Harun berkata, selaku orang lama dalam parti beliau tidak melihat perkara itu berlaku. Katanya, jika dakwaan Nasruddin itu benar, beliau yakin golongan tersebut tidak akan kekal lama dalam Pas kerana pasti akan disingkir oleh perwakilan. "Saya sebagai orang tua tidak begitu nampak golongan ini sebagai pengacau. Mungkin mereka ini cuba nak menonjolkan diri bagi menunjukkan kebolehan memimpin," katanya.

1 comment:

Adi Kencana said...

Amri kita tunggu & lihat halatuju PAS selepas ini.

Nak tahu pasal perangai buruk orang kuat Nurul Izzah? Boleh baca di sini:

http://apakecoh2.blogspot.com/